Skip to main content

Kontak Rapat

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Kontak rapat merupakan seseorang yang kontak terhadap kes positif covid. Tapi hari ini SS disahkan oleh majikan sebagai kontak rapat CC2. Selama ni SS memang menjaga S.O.P. Keluar rumah pakai double mask dan face shield. SS juga akan sentiasa semak hot spot kes covid di sekitar SS berada. Semua tempat yang SS pergi memang 0 kes. Kalau terima barang courier pun SS akan jemur dahulu di luar rumah, kemudian sanitize dan cuci barang tersebut. Balik rumah pun SS akan pastikan tangan cuci bersih dengan sabun. Di pejabat juga begitu, SS hanya kekal di meja kerja dan menaip. Dalam sejam hingga dua jam, SS akan cuci tangan lagi. SS memang sangat paranoid terhadap sekeliling SS. SS perlu untuk menerapkan ketidakpercayaan terhadap orang-orang sekeliling SS. Sesiapa pun boleh membawa coronavirus ni, bukan? Walaupun mereka boleh menjadi kontak rapat kes-kes positif. Jadi lebih baik SS terus paranoid demi kesihatan orang-orang terdekat dan keselamatan negara. 



Al-kisah bermula pagi tadi setelah SS mendapat whatsapp daripada rakan sepejabat SS. Berderau juga darah SS dibuatnya. Cepat-cepat semak sejarah imbasan MySejahtera pada 30 Jun 2021 yang lalu. Ya, SS ada masuk pejabat. SS maklumkan kepadanya bagi tindakan selanjutnya. Nama SS telah diberikan kepada Pusat Kesihatan tempat SS bertugas. Sementara menunggu pihak Pusat Kesihatan menghubungi SS, SS telah membuat satu kronologi ringkas seperti berikut :

30 Jun 2021    
Urusan kerja di pejabat.

5 Julai 2021 
Mula rasa tidak sedap badan. Seakan-akan ingin demam sehingga ke hari ini. Suhu masih normal sekitar 35-36 celcius.

8 Julai 2021
Ke Pusat Kesihatan untuk mendapatkan ubatan dan vitamin. Hari ini hari ke-4 badan rasa suam-suam. SS dibekalkan dengan paracetamol, ubat sakit tekak, vitamin C dan vitamin B. SS dinasihatkan untuk keluar mendapatkan matahari pagi dan bersenam.

12 Julai 2021 
Suami rakan sepejabat disahkan positif covid. Rakan sekerja menjadi kontak rapat kepada suaminya. SS pula merupakan kontak ke3 dan perlu kuarantin.

13 Julai 2021
SS diminta untuk kuarantin kendiri. Rakan sepejabat telah menjalani swab test pertamanya. 

Keputusannya paling cepat pada 16 Julai 2021 dan paling lewat adalah pada 19 Julai 2021. SS perlu menunggu sehingga rakan sepejabat SS menjalani swab test ke 2 dan disahkan negatif .

Sehingga ke hari ini, badan SS masih rasa tidak selesa. SS beranggapan rasa itu adalah faktor jadual tidur dan rehat SS yang tidak menentu sejak mula PKP 3.0 atau pun belaku akibat kesan ubat Clomid yang SS ambil pada minggu lepas. Wallahualam.

Mengimbau kembali detik SS berjumpa dengan kawan SS yang merupakan kontak rapat suaminya yang disahkan positif covid. Waktu itu, SS dan dia tidak banyak bersemuka. Dia dan SS juga sentiasa memakai pelitup muka. Meja kami pun berjarak 2 meter. SS hanya tetap berada di meja kerja, manakala rakan sepejabat SS keluar-masuk pejabat banyak kali kerana terlalu sibuk dengan tugasnya. Kami tak banyak berborak pada hari kejadian. Cuma menegur-negur dan bercakap pun tidak memandang antara satu sama lain secara langsung. Tapi apa yang menggusarkan fikiran SS saat ini adalah, kami berjumpa di kawasan yang bertutup dan berhawa dingin. Memang runsing bila difikirkan. SS tak salahkan dia. Tak ada siapa minta jadi macam ni, bukan? Tapi, Allah Maha Mengetahui. 


Mengikut jadual rantaian kontak rapat ini :

Kategori A - Lapisan 1 Kes Positif : 
Suami rakan sekerja SS. Beliau telah dihantar ke pusat kuarantin covid.

Kategori B - Lapisan 2 Kontak Rapat kes positif : 
Rakan sekerja SS dan beliau telah menjalani saringan dan dikuarantin di rumah selama 10 hari.

Kategori C - Lapisan 3 Kontak Rapat kepada B : 
SS lah! SS perlu kuarantin sehingga keputusan rakan sekerja menjadi negatif. 

Kategori D - Lapisan ke 4 Kontak Rapat kepada C : 
Suami SS. Tidak perlu kuarantin. Tapi beliau lebih selesa untuk turut sama kuarantin kendiri. 

Mohon doakan keputusan rakan sekerja SS negatif covid.
Mohon doakan kesejahteraan untuk SS dan keluarga.
Waktu ini SS betul-betul rasa tertekan dan sedaya upaya untuk tidak memikirkannya.

 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Percaya, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya."


Comments

  1. Semoga SS dan yg lain2 juga adalah negatif.. Stay safe k.. Jaga kesihatan jgk k

    ReplyDelete
  2. Semoga urusan SS dipermudahkan. Take care SS. Stay safe k.

    ReplyDelete
  3. mmoga selamat semuanya n tiada masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah, amiin. TErima kasih atas doa kak paridah.

      Delete
  4. Semoga dipermudahkan sis..as part of rawatan kendiri..ambik jer segala macam petua yang orang bagi (yang senang n mudah didapati dalam rumah)..klu ada limau minum airnya..kalau ada vitamin C capsule ambil..paling mudah kalau ada bunga cengkih..ambil 2 biji pagi lps solat subuh..kulum2 bawah lidah..mmg rasa pedas..lps tu gigt2 sket..mcm makan gula2 getah tu..malam sebelum tidur pun sama...kita usaha jer..doa dengan Allah supaya dipermudahkan..dan diberi kesihatan baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu, terima kasih banyak2 atas perkongsian ni. Saya buat semua sebagai ikhtiar. Terima kasih. Bunga cengkih tu paling mencabar. hehehe

      Delete
  5. Moga SS cepat sihat dan tidak dijangkiti.
    SS kena tenangkan diri tau. InsyaAllah semua ni akan berlalu dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas tips. Biasanya saya pun nasihat kawan-kawan mcm tu. heheheh bila kena CC2 ni, struggle jugak nak tenang tu. banyak kali kena set minda dan cakap kat diri sendiri.

      Delete
  6. semoga dipermudahkan urusan cik semut.. aminn

    ReplyDelete
  7. Didoakan keputusan swab test officemate SS negatif dan SS dilindungi dan dirahmati olehNYA.

    ReplyDelete
  8. Semoga dipermudahkan segala urusan SS, dan semoga SS dan keluarga sentiasa berada dalam lindungan Allah. Aamiin.

    ReplyDelete
  9. Semoga dipermudahkan segala urusan SS

    ReplyDelete
  10. Semoga tidak ada apa-apa yang tidak dikehendaki berlaku. Dulu saya kontak rapat dengan seorang kluster tabligh, Alhamdulillah, bila swab test, saya negatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TErima kasih sudi share pengalaman. lepas baca komen ni, saya rasa makin yakin. Terima kasih juga atas doanya.

      Delete
  11. semoga dijauhkan dpd virus c19 tu.. nanti update lah ye SS.. take care tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. pasti update untuk kenangan ni kakmim. Terima kasih atas doa kak mim.

      Delete
  12. Allahu..dalam kita menjaga SOP terselit ujian juga. Semoga result negative dan dipermudahkan segala urusan. Semoga baik baik je dan cepat sembuh.. Aaaminnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn yaa Allah. Terima kasih fizah. itu lah, paling seram varian delta skrang ni. itu yang merunsingkan.

      Delete
  13. semoga SS dan kita semua dijauhkan dari wabak c19..Aamiin.

    ReplyDelete
  14. semoga SS dan kawan pejabat negatif ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin yaa Allah. Terima kasih atas doa norhidana

      Delete
  15. Semoga result kwn pejabat SS negatif..akk pernah jg dlm situasi begini, jd lapisan ke3 bila kwn ofis positif covid..moga kita semua dilindungi Allah swt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiinn... terima kasih atas doa nohas dan sudi share pengalaman. pengalaman ni menjadikan saya lebih paranoid.

      Delete
  16. SS! Saya balas kunjung hehe

    Allahu, berderau ya darah bila dapat tahu kita Close Contact walaupung layer 3. Semoga baik2 saja semuanya, Bila kita sudah berhati2 tapi nak buat macam mana kan. Semoga result rakan sekerja SS negative dari Covid19.

    ReplyDelete
  17. Allahu huhu take care SS huhuuu

    ReplyDelete
  18. Bagus kita ade perasaan paranoid tu sebab kite tak tau siapa yg bawa virus tu. take care ye

    ReplyDelete
  19. Stay safe SS.. Much better dalam keadaan sekarang kita semua perlu paranoid. Naniey yg duk kat rumah tak pergi mana ni pun takut. Semoga semuanya baik2 untuk SS sekeluarga.

    ReplyDelete
  20. Kalau jadi macam ni, mesti risau, sebab kita berada di tempat yang sama. Dengan varian yang airborne tu lagi, benda tak nampak, kan. Semoga SS selamat dan semuanya ok, serta diberi kekuatan mengharungi tempoh kuarantin ni.

    ReplyDelete
  21. semoga dipermudahkan urusan ye..moga kita semua dilindungi Allah drpd bahaya Covid..jaga diri ye

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.