Skip to main content

Nasi Minyak Ayam Kurma Kuarantin Kendiri

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Dikesempatan ini, SS nak ucapkan Salam Aidiladha kepada semua rakan-rakan blogger SS. SS masih kuarantin kendiri di rumah. Kuarantin SS in shaa Allah akan berakhir 22 Julai 2021. Tak sabarnya!. Walaupun masih tak dapat keluar macam dulu-dulu, tapi hati rasa lega bila dah bebas kuarantin ni. Walaupun SS hanyalah kontak rapat CC2 tapi SS rasa bertanggungjawab untuk kuarantin kendiri di rumah. Cadangan asal Aidiladha ni, nak balik rumah mak mertua yang satu daerah sahaja. Kemudian nak masak rendang dah terbantut sebab tak boleh keluar beli bahan-bahan rendang. Jadi menu Aidiladha telah bertukar kepada Nasi Minyak Ayam Kurma.


Namanya Nasi Minyak Ayam Kurma Kuarantin Kendiri disebabkan SS hanya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah sahaja. Menjadi kebiasaan SS untuk tambah stok-stok dapur seminggu sekali sahaja. Bila dah kuarantin dua minggu, maknanya banyak juga stok barang dapur dah hampir kehabisan. Jadi, sempena meraikan Aidiladha ni, SS guna saja bahan yang sedia ada. Godek-godek dapur, nasib baik masih ada rempah kurma dan rempah 4 beradik tu.Godek-godek peti air, ada lah cili besar. Tomato dan kentang pun dah habis. Syukur sangat-sangat. Bahan asas yang sedia ada memang cukup-cukup untuk masak nasi minyak dan ayam kurma. Alhamdulillah. Lagi pun, SS suka cara masak yang ringkas-ringkas sahaja terutamanya yang main campak-campak. Hehehhe. 




Nasi Minyak Kuarantin.

Bahan-bahannya :
  1. Beras 5 pot yang dibersihkan
  2. Minyak sapi 2 sudu
  3. Planta 2 sudu
  4. Bunga cengkih
  5. Bunga lawang
  6. Kulit kayu manis
  7. Buah pelaga
  8. Bawang merah 5 ulas dihiris.
  9. Susu cair 1 cawan.
  10. Sunquick Mandarin 1 sudu
  11. Garam 
Cara penyediaan.
  1. Panaskan minyak sapi dan planta sehingga cair
  2. Tumis bawang merah, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau.
  3. Tuangkan bahan tumis dalam periuk nasi yang berisi beras (telah dibersihkan).
  4. Masukkan susu cair.
  5. Masukkan air ikut sukatan masak nasi seperti biasa dan gaul sebati.
  6. Masukkan 1 sudu Sunquick Mandarin.
  7. Masukkan garam secukup rasa.
  8. Tekan butang 'cook' dalam periuk elektrik. Senang, bukan?
  9. Lepas nasi dah masak, gaulkan nasi supaya susu tidak berketul. Gaul sebati dan biarkan nasi panas seketika/sehingga sedikit kering. Dah siap!
Ayam Kurma Kuarantin Kendiri

Bahan-bahannya :
  1. Ayam 1kg
  2. Bawang merah 5 ulas dihiris
  3. Bawang putih  5 ulas dihiris
  4. Halia 1 inci dihiris
  5. Bunga lawang
  6. Bunga cengkih
  7. Kulit kayu manis
  8. Buah pelaga
  9. Serbuk rempah kurma (dibancuh air sehingga pekat)
  10. Air
  11. Susu cair
  12. Cili besar (merah & hijau) dihiris dua memanjang.
  13. Asam jawa Xtra Adabi 1 sudu kecil
  14. Garam
  15. Minyak masak
  16. Gula merah
Cara Penyediaan.
  1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 beradik (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga) sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh air. Sebatikan bersama bahan tumis.
  3. Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutup periuk supaya ayam terperap bersama rempah.
  4. Masukkan air separas ayam.
  5. Kacau dan tutup periuk sehingga mendidih.
  6. Masukkan cili besar.
  7. Masukkan asam jawa 1 sudu kecil sahaja.
  8. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
  9. Masukkan gula merah dan garam secukup rasa. Dah siap!

Nasib baik bahan-bahan kering waktu Aidilfitri hari tu masih ada dan masih elok. Lagipun tinggal untuk dihabiskan. Jadi inilah kesempatan untuk kita habiskan. Tidak lah membazir kalau terus tak guna sehingga tarikh luput kan?. Waktu sekarang memang perlu berjimat cermat. Terima kasih juga kat jiran sebelah yang hantar ketupat palas dan tapai pulut. Dua-dua memang kegemaran sewaktu menetap di Kedah dan Terengganu. Alhamdulillah. Walaupun Nasi Minyak Ayam Kurma Kuarantin Kendiri untuk 3 orang sahaja di rumah, tapi apa salahnya masak lebih sikit untuk jiran sebelah. Bertambah muhibbah.

Oh, satu lagi perkara SS nak kongsikan. Alhamdulillah suami rakan sepejabat SS yang disahkan positif covid dan dibawa ke pusat kuarantin, telah dibenarkan pulang hari ini. Syukur sangat-sangat. Bermakna SS pun akan bebas kuarantin.

~SELAMAT BERKORBAN~





 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.

"Tidak akan kelaparan rumahtangga seseorang yang memiliki kurma di dalamnya."
(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Comments

  1. Wkmsalam
    Selamat menyambut raya qurban
    Esok bebaslah kuarantin

    ReplyDelete
  2. Salam Aidil Adha SS.
    Alhamdulillah. Rezeki hari raya. Syukur atas nikmat-Nya.

    ReplyDelete
  3. Salam aidiladha buat SS dan keluarga!
    Alhamdulillah sehari je lagi nak habis kuarantin.
    Stay safe SS! Take care :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah.... semua pun dah bebas dari kuarantin ye..
    salam aidil adha SS :)

    ReplyDelete
  5. Semoga semuanya baik-baik sahaja.. Selamat hari raya aidiladha juga buat puan sekeluarga.

    ReplyDelete
  6. Hehe pandai guna bahan yang ada.

    ReplyDelete
  7. Salam Aidiladha buat SS sekeluarga. Stay safe

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah ini pun nampak sedap, akhirnya berakhir juga semalam ye sesi kuarantin diri

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya aidil adha. mujurlah SS cuma jadi contact rapat, bknnya pesakit covid. jaga diri ye.

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Raya.

    nampak sedap.

    ReplyDelete
  11. Waalaikumussalam
    Selamat hari raya Aidiladha

    ReplyDelete
  12. salam aidiladha, maaf zahir batin ;p

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Raya Aidiladha kak. Sedapnya nasi minyak. Saat macam ni kena gunakan apa yang ada. Betul, tak membazir. Alhamdulillah semuanya akan bebas dari kuanrantin.

    ReplyDelete
  14. walaupun dah 10 hari berlalu berlalu, nak wish jg Salam Aidil Adha utk SS..

    Alhamdulillah..sedap nasi minyak ayam kurma..oo..ada Sunquick Mandarin jg..

    ReplyDelete
  15. Tengah mencari idea nak masak😆. Bila nampak menu ayam kurma ni macam nak buat pun ada😁.

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.