Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t......
2016 : Masuk alam perkahwinan pada tahun ke-4. Ada kawan sekolah contact aku melalui facebook. Dia cerita kat aku mengenai dia yang juga TTC. Kemudian dia cadangkan aku buat group whatsapp bersama 3 lagi rakan yang turut sama berjuang untuk hamil. Kami namakan group tu TTC. Banyak yang kami bualkan tentang pengalaman masing-masing dalam ikhtiar hamil. Kami juga saling memberi semangat antara satu sama lain untuk terus ikhtiar. Mereka membuatkan aku rasa betapa pentingnya mempunyai kawan-kawan perempuan sejak zaman persekolahan. Terima kasih kepada Aida Riena, Miza, Fatimah dan Suziana.
Asid folik adalah Vitamin B9. Ia bukan ubat kesuburan atau pil perancang. Asid folik merupakan satu suplimen penting untuk persediaan kehamilan dan sepanjang hamil. Asid folik berperanan mengurangkan kecacatan janin semasa mengandung, menguatkan rahim, mengurangkan keguguran, lahir mati atau kelahiran pra matang, dan anemia (kekurangan darah). Asid folik juga dapat menambah kepekatan haemoglobin dalam darah. Walaupun diambil oleh perempuan yang belum berkahwin dan mengandung, asid folik tetap berperanan mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser. Asid Folik boleh diambil walaupun sedang haid. Lelaki juga boleh makan asid folik bagi merawat kesuburan dan meningkatkan kualiti sperma.
Bermula tahun ke-4 perkahwinan ini, barulah aku mula mengenal asid folik. Aku tak pasti kenapa sebelum ini tak pernah siapa pun cerita pasal asid folik dan aku sendiri tak pernah tahu. I've no idea. Aku mula consume 2016 sehingga ke hari ini pada usia perkahwinan yang ke-9. Aku biasanya beli di Watson atau Guardian, Asid Folik jenama Appeton. Melalui survey aku di blog-blog, ramai yang sarankan makan asid folik jenama Appeton. Harga dalam RM46.00-RM52.00 dan ada 90 pil untuk dihabiskan selama 3 bulan. Beli kalau waktu promosi boleh cecah sampai RM26.00. Aku juga bertanya dua pupu aku yang juga seorang ahli farmasi. Menurutnya, asid folik jenama Appeton adalah yang salah satu asid folik yang terbaik.
Mula saja aku makan asid folik ini selama tiga bulan, period aku keluar banyak dan aku sangat-sangat berpuas hati. Waktu tu ilmu dan pengalaman tak banyak. Lepas je senang hati dengan period keluar banyak, aku dah berhenti makan asid folik. Termakan dengan cakap-cakap orang kena makan tiga bulan sebelum hamil. Sedangkan aku lupa, yang setiap badan perempuan itu tidak sama. Lepas tiga bulan itu, period aku kembali ke pattern biasa iaitu malu-malu dah nak keluar. Aku pernah tanya kawan aku seorang Medical Assistant (M.A) berkenaan hal ini. Tapi katanya tak ada kesan apa pun makan asid folik, tapi bagus untuk tambah darah juga. Wallahualam.
Cara makan asid folik:
Sehari sekali sebelum sarapan. (Dos yang disarankan oleh doktor adalah sebanyak 400mcg)
Disarankan mengambil asid folik bersama vitamin C. Boleh buat jus oren atau lemon.
Antara sumber asid folik yang tinggi:
- Oat
- Roti
- Barli
- Pasta
- Telur
- Ayam
- Bijirin
- Daging
- Kekacang
- Hati ayam
- Beras perang
- Susu kambing
- Sayuran berdaun hijaug gelap
- Sayuran dan buah berwarna kuning
Terdapat juga beberapa minuman segera yang mempunyai kandungan asid folik seperti Ovaltine. Namun AWAS dengan kandungan gulanya.
Asid Folik tidak terus bertindak selepas makan untuk kali pertama. Ia akan mengambil masa 3 bulan untuk memberi manfaat kepada badan. Pengambilan asid folik yang berlebihan adalah tidak diperlukan oleh badan kerana tidak memberi sebarang faedah tambahan. Ianya akan dikeluarkan oleh urin. Jadi, buatlah persediaan untuk hamil. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan, bukan?.
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
Sha pun makan asid folik jenama appeton ini..
ReplyDeletekaan... mudah dpat kat mana2.
Deletekalau rasi dgn tubuh elok amalkan
ReplyDeletealhamdulillah. setakat ni rasa dengn tubuh.
DeleteIngat dulu lps kawin makcik trs suh ambik asid folik.. bila gali2 info asid folik ni penting utk perkembangan baby sbb tu disarankan ambik jika plan utk hamil.. keep it on SS.. bykkan berdoa jugak ye.. stay positive 💪🏻💪🏻
ReplyDeleteuntung la awal2 makcik dah pesan kat kak mim. Terima kasih kak mim atas sokongan moral ni.
Deleteso maknanya dh 5 tahun makan asid folik ni erk..
ReplyDeleteooh baru wak tau TTC tuuu ., ;p
Aah laa wak, baru perasan. dah 5 tahun makan rupanya.
DeleteHarap SS terus makan.
ReplyDeleteIn shaa Allah. usaha masih terus.
DeleteMacam2 produk appeton ni kan?
ReplyDeleteAah. dulu paling famous Weight Gain. hehehe
DeleteBetul tu SS, sediakan payung sebelum hujannnn.
ReplyDeleteKakak saya haritu pun makan brand appeton ni jugakkkk.
kan... appeton mudah jumpa di mana2.
DeleteTeringat masa mengandung dulu. Setiap kali jumpa doktor check-up, doktor bagi asid folik.
ReplyDeleteSkrang,Nur nak mengandung pun boleh lagi kan... hehehhe
DeleteSeingat saya isteri saya pun ada ambil ni semasa mengandung dahulu.. Perkongsian yang baik.
ReplyDeletememang wajib ambil terutama ketika pregnant. bagus utk bayi dlm kandungan.
Deletebagus sharing ni. Asid folic ni memang sangat-sangat penting untuk ibu-ibu hamil. saya start ambik asid folik sejak masa belajar kat universiti (bujang).
ReplyDeleteSaya apun consume asid folik appeton ni. Lepas tak ada kesan stop dah. huhu
ReplyDeleteassalamualaikum. singgah sini..baca entry
ReplyDeleteterus terang, aida makan ni hanya time pregnant :)
ReplyDeletesejenis yg malas makan ubat, aida la tu.
now. kembali consume multi vitamin. ada asid folik juga.