KLIK KLIK

11.7.21

TTC's Story #20 : Garam Bukit & Mandi Sebelum Fajar

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Dari Abdullah bin Umar "Sesungguhnya Allah menurunkan empat berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam." 

Garam salah satu anugerah alam yang bermutu dan berkhasiat. Garam merupakan unsur semulajadi ciptaan Allah yang mempunyai kesempurnaan sifat dan memberi banyak manfaat kepad manusia, haiwan dan tumbuhan.

Garam bukit terhasil melalui mendapan garam daripada laut sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Garam bukit wujud sebagai lapisan mineral di bukit-bukau, gunung-ganang, kawasan tanah tinggi, dan kawasan laut yang surut.


Menggamit memori 2016.
-Merupakan tahun yang sangat mencabar aku dari segi kerjaya dan peribadi. Terasa seperti bukan senang untuk berkeinginan meneruskan hidup. Dugaan datang pelbagai sudut. Otak tak henti-henti berfikir sejak dari buka mata hingga waktu tidur. Mimpi-mimpi yang hadir umpama warna-warna asing mencorak kehidupan. Aku terus lalui hidup seperti biasa, mengikut rutin biasa dengan berbekalkan sisa-sisa kekuatan yang masih ada. Hidup ini ada turun naiknya. Bukahkah langit juga tidak selalunya cerah?. 

Aku mencari sesuatu yang luar dari rutin harian untuk memberi sedikit nafas baru dalam kehidupan. Antara inisiatifnya, aku banyak membaca buku-buku motivasi, mendengar ceramah-ceramah agama dan menghubungi kawan-kawan sekolah. Kemudian seorang kawan menceritakan tentang garam bukit bagi membesarkan aura diri. Kawan aku baru berjinak-jinak dengan perniagaan dropship. Dia mencari aura rezeki untuk dia kembangkan perniagaannya. Dia memperkenalkan aku dengan garam bukit ini. Aku pun belek-belek bekas garam bukit itu. Baca labelnya. Dan aku bersetuju untuk mendapatkan satu tanda sokongan dalam perniagaannya.




1001 khasiat rahsia alam garam bukit Aura Rezeki :
  • Menaikan seri wajah
  • Menampal 'aura bocor'
  • Memulihkan semangat diri
  • Di adun dengan wangian mawar
  • Membantu serlahkan potensi diri
  • Merawat & membesarkan aura diri
  • Membantu meningkatkan keyakinan diri
  • Menangani serta menghilangkan stress & tekanan perasaan
  • Membantu menangani & mengelakkan gangguan makhluk halus.
  • Membantu sebagai pelaris semulajadi untuk meningkatkan kemajuan diri.
         Semuanya atas izin Allah S.W.T.


CARA PENGGUNAAN GARAM MANDIAN
  1. Masukkan dua atau tiga sudu garam ke dalam air biasa. Garam tak perlu sehingga larut kerana gelombang/aura garam itu sudah penuh dengan keajaiban khasiatnya.
  2. Mulakan dengan mandi seperti biasa. Pada bilasan yang terakhir, masukkan garam ini ke dalam baldi, selawat 7 kali dan putarkan air mengikut arah lawan jam dan niat yang baik-baik. Fokus kepada hajat/niat. 
  3. Amalkan selamat 21 hari berturut-turut pada waktu pagi sahaja. Sekiranya tertinggal mandian pagi, boleh mandi sebelum jam 6 petang.

CONTOH NIAT/HAJAT.
"Ya Allah, jadikan air ini sebagai asbab penghapus perkara-perkara negatif dalam badan dan jadikan air garam ini sebagai penghalang perkara-perkara negatif yang ada dipersekitaran. (Sambil putarkan air lagi) Ya Allah, jadikanlah air ini sebagai magnet perkara-perkara  yang baik, magnet positif, magnet kebahagiaan, magnet kemakmuran dan segala perkara yang baik."
Kehidupan harian aku hari-hari mengadap laptop dan smart phone. Bila terlalu lama mengadap gajet-gajet ni, badan akan menjadi tidak sihat. Garam bukit salah satu terapi semulajadi untuk melawan tenaga elektromagnetik yang terdapat dalam tubuh badan kita akibat penggunaan pelbagai gadjet. 



Sebekas garam bukit yang aku beli ni mempunyai berat bersih 900++gram dengan harga RM45.00. Sebekas itu, digunakan sehingga 21 hari. 4-5 kali juga aku ulang beli. Kesannya, aku akui lebih tenang. Garam bukit tu dah laa banyak manfaatnya, tambahan pula ia diproses bersama bunga mawar.

Bunga mawar juga salah satu anugerah Allah yang menjadi terapi dan meredakan tekanan.
Bau dia wangi dan menenangkan. Tambahan pula kalau mandi dengan air suam-suam di malam hari sebelum tidur, lagi bertambah relaks. Macam buka spa pula kat rumah. Semua orang suka wangi-wangian kan?. 

Aku amalkan mandi sebelum Subuh. Aura mandi pagi juga sangat bagus untuk diri kita. Mandi dengan air biasa/dingin tau, bukan air panas. Islam juga menggalakkan mandi sebelum fajar dalam pukul 4.00 pagi. Kemudian boleh la disusuli dengan qiamulail. Para nabi dan rasul sentiasa menghidupkan sepertiga malam sehingga fajar. Amalan ini membuktikan para nabi dan rasul merupakan manusia yang paling sihat berbanding umatnya. Aku sendiri dapat rasa perbezaannya. Badan rasa lebih sihat dan bertenaga kerana aura air dingin di waktu pagi mempunyai pengaruh yang positif kepada urat saraf, tulang dan otak. Kajian sains juga mendapati kandungan oksigen diwaktu pagi lebih tinggi berbanding waktu lain dan sangat memberi tindakbalas yang sangat baik terhadap tubuh badan kita. 


 KEBAIKAN MANDI FAJAR

  1. Menyegarkan tubuh
  2. Mengawal suhu badan
  3. Meningkatkan kesuburan
  4. Melancarkan peredaran darah
  5. Menyihatkan rambut dan kulit
  6. Membantu menurunkan berat badan
  7. Meningkatkan penghasilan hormon
  8. Meningkatkan sistem imunisadi tubuh
  9. Mengatasi tekanan/stress/kemurungan
  10. Menguatkan pernafasan dan kebaikan paru-paru

Jadi aku gabungkan mandi sebelum fajar bersama garam bukit untuk pulihkan semangat diri dan membantu meningkatkan kesihatan diri. Dah bertahun juga berhenti mandi garam bukit ni. Tambahan sekarang di musim covid19 dan PKP, aku bertugas secara dalam talian sudah tentu penggunaan telefon dan laptop dalam tempoh yang panjang. Mungkin perlu kembali mengamalkan mandi garam bukit sebelum fajar.

Ketika dalam perjalanan ikhtiar hamil ini, terapi diri ini sangat penting untuk mengekalkan kecergasan diri dan ketenangan. 

 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Bergantung kepada Allah sepenuhnya kerana DIA Yang Maha Menyempurnakan."

18 comments:

  1. amalan org dulu2 mandi sblm solat suboh
    elok utk kecerdasan
    kesihatan

    ReplyDelete
  2. mandi dengan garam bukit badan lbh cergas

    ReplyDelete
  3. Haah mandi dengan air sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menggigil jugak laa ,tapi tetap paksa diri.

      Delete
  4. Bagusnya perkongsian info garam bukit!
    In syaa Allah nak cuba nanti.

    ReplyDelete
  5. WAHH bagus ni garam bukit utk zahir n batin., ;p

    ReplyDelete
  6. Dulu kalau hari kerja memang sebelum subuh dah siap mandi, sekarang ni bila wfh lepas solat subuh sambung tidur, huhuhu cemana tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng jeng jeng. hehe itu normal. tapi kalau dpat bangun pagi2 sebelum Subuh, itu memang seribu nikmat.

      Delete
  7. Mandi fajar memang bagus pernah dengar jugak perkongsian seorang ustaz tapi lupa nama ustaz. Mrs. A memang mandi sebelum subuh cuma masalahnya guna water heater tak tahan air sejuk acaner

    ReplyDelete
  8. Banyak khasiat garam bukit. Boleh dijadikan sebagai terapi. Saya beli garam bukit jenis halus sikit untuk masakan

    ReplyDelete
  9. Mandi sebelum waktu subuh baik utk kesihatan...boleh slim jg..selalu guna garam bukit utk masakan..

    ReplyDelete
  10. Memang, saya sendiri amalkan mandi pukul 4 pagi, tak pakai water heater. Badan rasa lebih segar. Cuma garam bukit je, yang saya belum pernah cuba untuk mandi. Untuk masak, ada, saya guna. :)

    ReplyDelete

Klik Sekali