Skip to main content

Cermin Mata Unik Hanya di Optom Eyecare


Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t......


Waaahhh... kotak keriangan dah sampai. Nampak kan, betapa eksklusifnya. Mula-mula terima kotak ni, dah rasa berbunga-bunga dalam hati. Sungguh teruja dibuatnya. 


APA ITU OPTOM?

OPTOM  adalah sebuah pusat Optometri dan pakar cermin mata yang menyediakan perkhidmatan penjagaan awal mata secara profesional. 

SS dah lama tengok kawan-kawan asyik keluar masuk kedai cermin mata Optom di Bangi. Setiap kali mereka pergi, pasti jawapan sama yang SS terima. Servis terbaik dan cermin mata versatile. Bila kerap sangat tengok mereka ke sana, maka SS pun seakan teracun untuk mempunyai satu cermin mata daripada Optom. Tapi SS jauh di luar negeri, walaupun dah boleh rentas, tapi SS masih mengambil langkah berjaga-jaga untuk keluar rumah, apatah lagi merentas ke negeri lain. Rupanya, boleh tempah melalui dalam talian. Apa lagi, SS pun terjah website dan facebook Optom.

TEMPAH SECARA DALAM TALIAN 

Hubungi Optom dan maklumkan bahawa kita nak buat tempahan secara dalam talian. Kemudian, pihak Optom akan hantar gambar cermin mata untuk kita pilih. Rambang mata dibuatnya. 7 hari 7 malam masih belum boleh buat keputusan sebab cantik-cantik sangat cermin matanya. Pelbagai jenis, pelbagai jenama. Apabila telah ada pilihan dihati, terus saja hubungi Optom. Mereka yang rabun, perlu membuat pemeriksaan mata di optometris terdekat bagi mengesahkan kadar rabun anda, kadar rabun silau, dan mendapatkan jarak antara dua anak mata. Biasanya semua kedai cermin mata memberikan perkhidmatan percuma untuk pemeriksaan mata ini. Kemudian, setelah memaklumkan kepada pihak Optom, tunggu sahaja cermin mata pilihan anda sampai depan pintu rumah. Senang bukan?.


Inilah antara sebahagian cermin mata yang membuatkan SS sukar membuat pilihan 7 hari 7 malam masih tidak jumpa jawapan. 

CERMIN MATA BERGAYA VS KESIHATAN MATA TERJAGA

Jika anda tidak rabun, tidak mengapa. Anda juga boleh memiliki cermin mata untuk bergaya. Sesuaikan dengan bentuk paras rupa, pakaian, hijab dan fesyen anda. Atau pun, anda boleh menempah kanta khas untuk mengadap gadjet. Nak tempah nama di atas bingkai cermin mata pun boleh. Hebat, bukan?. Di OPTOM, anda akan dibantu oleh pakar mata / optometris bagi menguji kesihatan mata anda. Mereka akan memberi cadangan yang terbaik dan selesa untuk mata kita. Jadi, kesihatan mata anda akan lebih terjamin. Pelbagai jenis kanta terbaik dan bermutu boleh didapati di OPTOM. 

Moden kan? Berkenan juga stail macam ni.

Big boss buat pemeriksaan mata

Canggihkan alatnya
Alat bertaraf 5 bintang ni.

Dah keluarkan dari kotak. Itulah cermin mata pilihan SS.

CERMIN MATA PILIHAN HATI.

Memang kali ni nak cari yang besar sikit. Luas pemandangan kalau pakai spek. Warna pula, SS pilih warna chrome. Atau seperti warna besi. Tak pernah ada lagi. Lagipun sesuai masuk dengan pelbagai warna pakaian. Cuma ya lah, SS kan tempah dari jauh, tak boleh nak rasai sendiri pengalaman membuat pemeriksaan mata bertaraf 5 bintang di Optom Eyecare. Tapi tak mengapa, servis mereka tetap terbaik walaupun dari jarak jauh. Memang berpuas hati. Kita swafoto untuk tengok hasilnya di muka. Apa komen anda? Ok tak dengan SS?




LOKASI OPTOM 

OPTOM Eyecare 
No.37, 
Jalan 8/1, Seksyen 8
Bandar Baru Bangi
43650 Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel : 011-1147 9093
(Bersebelahan Restoran Marrybrown &  Secret Recipe)

OPTOM Eyecare Kedah
No.17-GF
Taman Bandar Baru Mergong
05150 Alor Setar, 
Kedah Darul Aman
Tel : 011-10641167
(Bersebelahan Restoran Secret Recipe & Tesco Bandar Baru Mergong)

Facebook : Optom Eyecare
Instagram : Optom Bangi


 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Mata adalah anugerah terindah dari Allah setanding dengan organ tubuh yang lain. 
Mata juga layak untuk menikmati segala pemeriksaan yang menjamin kesihatan."

Comments

  1. Wow bestnya.. banyak pilihan.. nampak berkualiti tu..

    ReplyDelete
  2. WAH CANTIKNYA MODEL CERMIN MATA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak paridah. sekali sekala jadi model tak bertauliah. ehhehe

      Delete
  3. terus rasa nak p check mata sekarang hahahhahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. pi pi. ehheh kalau ada dekat sekitar kedai dia lagi syok pi check sana. alat depa baguih2

      Delete
  4. Wah! cermin mata pun boleh order online..
    Tuan spek nampak muda 10 tahun...hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, sekarang kan. kena biasakan belian online. ehehhe. waaa.. tu sebab tuah spek tu yg nampak cam 10 tahun muda tu heheheh

      Delete
  5. oh kat Bangi
    kena cuba jgak ni
    cik nur rabun dekat he he

    ReplyDelete
  6. Sekarang trend cermin mata besar. Hehe.
    Akak masih suka separuh bingkai.

    ReplyDelete
  7. boleh lah sy buat cermin mata baru nanti kat sini..

    ReplyDelete
  8. tu dia spek hexagon ada berani ka

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Hadiah & Perempuan

Assalamualaikum... Bloggers AND Readers sekalian... Macam mana semangat hari ke-3 di tahun baru ni... Moga semuanya sihat dan ceria.. Interframe sikit kat sini. Perempuan & Hadiah. Cik Semut rasa perempuan dan hadiah memang tak dapat dipisahkan. Saling mencintai.. chewah! Dengan kata mudah. Perempuan memang suka dapat hadiah... Betul tak? Tak kisah dari siapa pun.... Mak ayah? Kekasih hati? Kawan-kawan? Betul tak? Tunggu je birthday, anniversary, hari kenduri kahwin.... Perempuan memang teruja nak buka hadiah kan... sila ke blog Henchik Hensyem yang suka bagi hadiah Tapi Lelaki?? Cool je... mungkin dalam hati excited tapi ego, so cover lah sikit kan... Atau lelaki lebih suka memberi hadiah, dan melihat penerima hadiah tersenyum sampai ke telinga? Mungkin itulah hadiah paling bermakna untuk lelaki? Cik Semut teka saja... Tak dapat nak tafsir hati lelaki ni.... ..minta lelaki lah yang jawab persoalan ini ye, Sebenarnya Cik Semut nak minta panda