Skip to main content

Isterisihat Cetus Rumahtangga Bahagia

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

WANITA NADI RUMAHTANGGA.

Wanita merupakan makhluk terindah ciptaan Allah S.W.T, sehingga terdapat surah An-Nissa satu-satunya surah yang menceritakan keseluruhan perihal wanita dalam Al-Quran. Wanita, seorang isteri, ibu, kakak, adik, anak semuanya merupakan hiasan dunia. Boleh bayangkan dunia tanpa wanita? Apa jadi agaknya?. Biasa kita dengar ayat; “disebalik kejayaan lelaki berdirinya seorang wanita”, “disebalik kejayaan seorang anak ada doa seorang ibu – doa ibu yang tiada hijabnya”. 


Betapa peranan wanita sangat penting kepada individu dan keluarga. Apabila seorang wanita menyedari kepentingan ini, perkara paling utama yang perlu diambil berat adalah tentang kesihatan wanita. Wanita mempunyai semangat yang luar biasa dalam mencorak rumahtangga kerana seorang wanita itu merupakan nadi rumahtangganya. Oleh itu, adalah menjadi kepentingan untuk kita kekal sihat supaya terus dapat menyumbang kepada pembinaan keluarga sekaligus membentuk rumahtangga yang bahagia.


KESAN NORMA BAHARU KEPADA WANITA.

Akibat pandemik Covid-19, kita perlu menerima hakikat untuk hidup dalam norma baharu. Bekerja dan belajar dari rumah adalah salah satu perkara yang perlu dijadikan kebiasaan. Di zaman dunia teknologi yang semakin canggih ini, mungkin tidak menjadi masalah utama apabila semua info yang berlaku seantero dunia boleh di dapati hanya dihujung jari. Semua tersedia di depan mata. Kebiasaan ini agak merisaukan kerana kesannya telah menjadikan manusia semakin malas bergerak atau bersenam. Lihat keadaan sekarang apabila mula bekerja dan belajar dari rumah, bermula dari bangun tidur, solat, masak, makan, bekerja, dan belajar, rutin harian ini dilakukan dalam jarak yang dekat dan tempoh yang singkat. Aku sendiri boleh anggarkan sekitar 50 langkah saja pergerakan dalam rumah dalam masa sehari. Terlalu banyak duduk mengadap laptop menjadikan aku semakin sakit belakang. Dalam menyiapkan tugasan dan mesyuarat secara dalam talian semakin hari semakin aku merasakan otak menjadi semakin tepu untuk berfikir dan badan menjadi penat serta kurang tenaga. Kadang-kadang aku juga diserang migrane.

Kesedaran awal mengenai masalah yang mula muncul ini, adalah perlu untuk aku membuat perubahan kepada diri sendiri. Paling utama adalah mengambil berat terhadap penjagaan kesihatan. Kesihatan fizikal, mental, emosi, rohani semuanya menjadi keutamaan dalam membentuk diri menjadi wanita yang berkualiti. 


PENJAGAAN KESIHATAN SEKSUAL BUKANLAH SESUATU YANG 'TABOO'.

Selain kesihatan fizikal, mental, emosi dan rohani, penjagaan kesihatan seksual juga harus diberikan perhatian yang lebih. Dunia semakin moden, sebagai manusia kita juga harus berfikir secara terbuka. Pendidikan seksual oleh pakar-pakar bertauliah boleh didapati dari mana-mana platform dalam talian. Ramai yang berkongsi ilmu, petua dan pengalaman di aplikasi Tiktok, Instagram, Facebook, website dan sebagainya. Ini juga menjadi salah satu usaha dalam membantu wanita menjadi lebih berkualiti. Penjagaan kesihatan seksual juga menjadi salah satu kepentingan dalam kehidupan seorang wanita. Seorang wanita yang lasak kebiasaanya penuh dengan aktiviti sama ada di rumah, mahupun diluar. Pernah dengar, orang-orang tua berpesan “jangan naik basikal lasak-lasak sangat, nanti peranakan jatuh” atau “kamu tu perempuan jangan angkat berat-berat, nanti peranakan jatuh”. Peranakan di sini membawa maksud sistem peranakan wanita iaitu rahim. Jadi, apa maksud peranakan jatuh? Rahim jatuh ke bawah ke? Oh, tidak sama sekali. Mana mungkin terjadi begitu. Maksud rahim jatuh itu adalah kedudukan rahim yang lebih rendah dan menurun daripada tempatnya. Wanita perlu ambil berat tentang peranakan jatuh, kaedah mengetahuinya dan kesan terhadap wanita.



KEGUGURAN TIDAK BOLEH DIPANDANG REMEH

Menyentuh tentang topik peranakan atau rahim, semua kita sedia maklum, rahim adalah tempat zuriat membesar sebelum dilahirkan. Namun, ada wanita yang tidak menyedari bahawa mereka keguguran. Malah ada diantara mereka yang bersikap sambil lewa apabila keguguran. Ada banyak punca yang menyebabkan keguguran dan ada juga saranan doktor untuk menggugurkan kandungan demi keselamatan si ibu mahupun anak dalam kandungan. Namun sejauh mana ilmu pengetahuan para ibu tentang perkara ini? Pelbagai cara gugurkan kandungan perlu diberi perhatian yang lebih demi menjamin kesihatan dalam kehidupan wanita.



MASALAH KESUBURAN DI ALAF BARU

Merujuk kepada Jabatan Perangkaan Malaysia 2019, Kadar kesuburan jumlah (TFR) menurun sejak tiga dekad yang lalu. Kadar kesuburan jumlah bagi wanita berumur 15-49 tahun mencatatkan penurunan daripada 4.9 bayi pada 1970 kepada 1.8 bayi pada 2018. Sejak 2013, TFR negara telah direkodkan di bawah paras penggantian 2.1 yang menunjukkan bahawa purata bilangan bayi yang dilahirkan oleh seorang wanita sepanjang tempoh kesuburannya tidak mencukupi untuk menggantikan dirinya dan pasangannya. Statistik ini menunjukkan status kesuburan wanita Malaysia berada di tahap yang membimbangkan. Mungkin kurang kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan menjaga pemakanan. Pasangan yang baru berumahtangga juga tidak terkecuali menghadapi masalah kurang subur. Apabila usia meningkat ke umur 40 tahun, kita perlu sentiasa memantau tahap kesihatan kita kerana waktu ini kita berdepan dengan risiko kencing manis, kurang libido dan sebagainya. Ketidaksuburan tidak hanya berlaku kepada golongan wanita sahaja. Lelaki juga tidak terkecuali. 





SINDROM OVARI POLISISTIK (PCOS)

PCOS merupakan salah satu sindrom yang popular dikalangan wanita zaman kini. Anda boleh mengenalpasti simptom PCOS yang terdapat pada diri anda seperti haid tidak teratur, pertumbuhan bulu lebih banyak di muka dan badan, rambut gugur / botak / nipis dan sebagainya. PCOS ini boleh disahkan oleh doktor melalui ujian hormon dan imbasan ovari. Ketahui lebih mendalam tentang apa itu PCOS?.


ISTERISIHAT.COM – PORTAL KESIHATAN SEKSUAL : JOM JADI ISTERI YANG PRIHATIN

Sebuah laman web yang memberi pendidikan dan kesedaran kepada seluruh wanita tentang penjagaan kesihatan. Ia merupakan salah satu usaha bagi memastikan semua wanita sama ada yang telah berkeluarga mahupun yang bakal berumahtangga menjadi golongan yang berilmu. Isterisihat.com buka sekadar berkongsi topik-topik kesihatan seksual malah pelbagai ilmu dan nasihat mengenai hak isteri, kewangan, kekeluargaan, dan komunikasi rumahtangga turut dikongsikan terus daripada pakar. Semuanya kini dihujung jari kita. Mudah bukan?

Segala informasi mengenasi Isteri Sihat, anda boleh dapatkan di facebook IsteriSihat dan website isterisihat.com.my


 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Jadilah wanita yang berilmu dan sihat demi kesejahteraan rumahtangga."

Comments

  1. yup betul tu
    wanita kena jaga kesihatan
    org tua dulu byk pesanan tentang peranakan ni dan ianya yg memang betul cuma skrg moden org tak ikut konon ada alasan2 tersendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana yang baik dan tak memudaratkan diri sendiri, x salah nak ikot kan.. org dulu2 lagi banyak makan garam..

      Delete
  2. Kawan saya pernah kata, cerita tentang penjagaan kesihatan dan kecantikan perempuan, satu hari satu malam pun tak habis. Maknanya memang banyaklah perkara yang kita kena tahu dan amalkan mana yang perlu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun setuju tu. Perihal wanita ibarat seluas lautan. Tapi bersyukur jugak jadi wanita. Banyak hikmahnya.

      Delete
  3. kadang wanita sendiri pun kurang arif tentang penjagaan kesihatan wanita... dalaman dan luaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. sbb tu kalau ada ilmu2 kewanitaan haruslah dikongsi bersama.

      Delete
  4. Sekarang saya banyak bergerak. Iking/brisk walking boleh elak otak tepu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waahh
      .bagus bagus. Itu salah satu cara utk untuk kekal sihat. Terus semangat kakwina!!!

      Delete
  5. bersyukur sangat dilahirkan sebagai seorang wanita.Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  6. mama setuju isteri, suami semua kena sama2 sihat

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.