Skip to main content

Magie Telur Sotong Pantai Sepat.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Sejak PKP ni, memang tak keluar makan kat luar. Selain bekerja dari rumah, ulang alik pergi pejabat, sekali sekala jenguk mak mertua, memang SS dan suami tak makan kat luar. Tambahan pula SS memang paranoid terhadap sekeliling sejak jadi kontrak rapat ke-2 kepada rakan pejabat. Di pejabat pun, memang SS tak kan buka pelitup muka, tak kan makan minum. Kadang-kadang SS puasa. Setiap hari apabila bekerja di pejabat SS akan balik rumah untuk makan tengahari dan solat. Seterusnya sambung masuk pejabat. Syukur rumah tak jauh dari pejabat. 5 minit dah sampai. 

Pahang telah ke fasa 4 pada 8 Oktober 2021 yang lalu. Balik dari kerja, sambil-sambil terbaring merehatkan badan dan minda, tiba-tiba suami ajak makan kat luar. Saja nak tukar selera. Lagi pun kami masing-masing dah tak ada idea nak masak apa. SS terfikir sampai bila nak paranoid macam ni. Lagipun kami dah lengkap dua dos vaksin. Dah lama habis tempoh matang. Kami kena belajar hidup di era endermik ini. 

Hati dan minda terpujuk. Kekalkan jaga S.O.P walau di mana berada. Kerap basuh tangan dengan sabun. Jaga jarak dengan orang. Berdoa semoga Allah lindung. In shaa Allah selamat. Jadi, kami kembali ke salah satu aktiviti kegemaran sejak zaman bujang iaitu food hunting. Akhirnya kami sampai di kedai Maggie Telur Sotong. Macam menarik saja. Ayuh kita cuba.

Sebelum menu sampai, haruslah swafoto untuk kenangan. 

Sebenarnya, suka dengan latar belakangnya.
Macam
wallpaper. 

Suka dengan pemandangan latar belakang pepohon kelapa melambai-lambai ditiup angin pantai. 


Maaf, sepatutnya SS cedok-cedok sikit bawah mee itu untuk menampakkan telur-telur sotong. Waktu ni agaknya dah lapar sangat, sampai saja hidangan terus bergambar dan makan. Tapi udang memang besar-besar. Telur sotong pun banyak. 

Terima kasih sudi singgah, baca entri dan komen.
"Kebersamaan ini memperbaharui perhubungan." 

Comments

  1. Waaaa menarik laa.. kat mane ni?

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Sbb menarik tu yang singgah. tapi saya lebih suka telur sotong goreng. Goreng tepung pun ada kat sini.

      Delete
  3. saya sejak2 lengkap dos ni pon jarang makan di luar, rasanya baru 2-3 kali jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. agak risau sebenarnya. lebih suka tapau n makan dlm rumah hehehe. sekali sekala ok laa. jaga SOP

      Delete
  4. tulah tak nampak telur sotongnya... tapi udang tu nampak besar betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. tU LAH, Lapar sgt sampai lupa nak cedok2 telur sotong tu hehehe

      Delete
  5. Tak pernah makan lagi maggie telur sotong.

    ReplyDelete
  6. telur sotong... udang... memang feveret uncle tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap, kan uncle. Tapi kalau saya, kna tengok cara masak tu mcm mana hehehe.

      Delete
  7. First time la tengok maggi ada telur sotong ni, mesti senyum jer perutnya semut, hihi

    ReplyDelete
  8. Wah sangat unik. Harga bagaimana? Teringin cuba.

    ReplyDelete
  9. cantik view blkg pokok2 kelapa
    santai sekali sekala mkn2 yg penting jga sop

    ReplyDelete
  10. we each have. no idea what to cook. Homework Help Online SS thought until when to be paranoid like this. After all we have completed two doses of vaccine.

    ReplyDelete
  11. lama duduk kuantan dulu , sekali pun tak pernah makan meggi telur sotong nie, biasa g sepat berkhelah dgn family je . Tu pun bawa bekal dari rumah . Kalau celup tepung pantai kempadang tu selalu la makan . Ape pun stay safe sis , kadang kita dah sehabis baik jaga SOP , ikut arahan tapi disebabkan orang dsekeliling yang endah tak endah , kita jadi mangsa seterusnya nanti . Kuantan till now kes 100++ lagi . huhhhh . .

    ReplyDelete
  12. Menarik dan terliur tengok gambar tu, maggi telor sotong belum pernah cuba

    ReplyDelete
  13. aduyai sedapnya besar ga udang tu

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.