Skip to main content

Tips Penjagaan Mata Kanak-kanak Tanpa Meninggalkan Gajet.

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 


Anak-anak dengan gajet memang tak boleh dipertikaikan. Tak boleh nak banding dengan keadaan kita seusia mereka dahulu. Semuanya pantas seiringi peralihan zaman ke zaman. Tapi, sebagai ibu bapa memang ini salah satu cabaran yang perlu kita hadapi setiap hari supaya kesihatan mata dan mental anak-anak terjaga tanpa mengabaikan teknologi terkini.

SS lebih suka mengambil pendekatan yang lebih positif. Gajet itu tidak salah. Tapi bagaimana ibu bapa itu mengawal dan menjaga kesihatan anak-anak terhadap gajet. Fikir positif dan cari penyelesaian yang positif. Pasti ada jalannya. Apa yang ingin SS kongsikan hari ini adalah mengenai penjagaan mata kanak-kanak. Melihat mereka fokus dengan gajet yang serba-serbi dihujung jari, membuatkan SS terfikir tentang kesihatan mata mereka. Ramai kanak-kanak mula memakai cermin mata akibat rabun kerana terlalu meluangkan masa bersama gajet. Setiap apa yang berlaku pasti ada baik buruknya kan?

 

ANTARA KESAN PENGGUNAAN GAJET PADA MATA KANAK-KANAK 


1. Peningkatan power cermin mata 
Peningkatan power cermin mata akan berlaku apabila mata digunakan tanpa kawalan dan fokus secara berterusan yang akan menyebabkan pemanjangan bola mata. Lebih kritikal apabila keadaan ini akan menyebabkan urat bola mata terputus dan buta.


2. Otot fokus mata yang tidak stabil
Kanta mata manusia mempunyai fungsi untuk fokus. Penggunaan gajet yang berterusan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan pada fungsi fokus pada mata dan menjadikan otot mata tidak stabil.


3. Mata cepat penat dan kering

Mata yang sihat mempunyai satu proses mengeluarkan cecair bagi melindungi mata. Penggunaan gajet yang tidak terkawal akan menyebabkan mata cepat penat, kering dan pedih. Apabila keadaan ini berlaku, kita akan mudah menggosok mata walaupun tindakan ini akan menyebabkan luka dan kerosakkan mata.


4. Juling
Faktor peningkatan power cermin mata, otot fokus mata yang tidak stabil dan mata cepat kering dan penat boleh menyumbang kepada mata menjadi juling. Tambahan pula mata kanak-kanak yang jauh lebih mudah mengikut gaya hidup yang mereka lalui.


5. Insomnia (Sukar tidur)
Penggunaan gajet pada waktu malam terutamanya akan mengganggu sistem hormon tubuh badan yang menyebabkan sukar untuk tidur dan gangguan sistem tubuh badan akibat kurang rehat.

 

Jadi macam mana tu?

Tak boleh bagi gajet kepada anak-anak?

Takutlah! Risaulah!

Anak-anak nanti jadi rabun, jadi juling, mata kering, susah tidur malam…

Runsing, bukan?

 

Tapi setiap apa yang berlaku itu pasti ada jalan penyelesaiannya. SS kongsikan tips penjagaan mata kanak-kanak.

 

BEREHAT SEBENTAR DAN BOLEH SAMBUNG SEMULA PENGGUNAAN GAJET
Anak-anak ni kena pandai psiko dan memujuk kan? Minta anak-anak berhenti atau berehat sebentar untuk mengalihkan perhatian mata pada benda lain. Keadaan ini boleh merehatkan mata sebelum mereka menggunakan kembali gajet mereka. Dapat merehatkan mata sekurang-kurangnya sejam sekali sudah mencukupi.

 

GALAKKAN AKTIVITI DI LUAR RUMAH
Ibu bapa perlu kreatif dalam menggalakkan aktiviti di luar rumah. Faham, zaman Covid19 agak banyak aktiviti yang terbantut tetapi, aktiviti yang dapat manfaatkan masa bersama juga menjamin kualiti kebersamaan ibu bapa dan anak-anak. Contohnya berkebun, mencabut rumput, bermain teng-teng, bermain guli sebagainya. Memantau anak-anak berlari berkejaran atau bermain sembunyi-sembunyi bersama adik-beradik yang lain. Semuanya boleh dilakukan di kawasan rumah sahaja. Seronok bukan? Kita pun boleh menggamit masa kanak-kanak kita. Selain tu boleh ajak seisi keluarga berkelah dipantai, mendengar deru ombak dan menikmati saujana lautan luas. Mendamaikan perasaan.
 

KANTA KHAS UNTUK PENGGUNAAN GAJET
Menyediakan kanta khas untuk penggunaan gajet ini amatlah disarankan supaya kesihatan mata anak-anak dapat dijaga dari awal. Ianya dapat mengawal cahaya gajet terus ke dalam mata. 
Kanta khas penapis yang mempunyai penapis cahaya berwarna biru juga mampu mencegah kerosakkan mata dari awal sebelum melarat.

 

BERI GANJARAN PADA ANAK
Ganjaran ini tidak semestinya berbentuk duit. Ibu bapa perlu kreatif dalam memberi ganjaran kepada anak-anak mengikut tempoh waktu yang ditetapkan bagi penggunaan gajet dirumah. Ini juga dapat meningkatkan semangat dan disiplin diri anak-anak.

Mari kita sama-sama dengarkan kata-kata Pakar Penglihatan Kanak-kanak & Juling dibawah ini.






BERITA BAIK! BERITA BAIK!!

OPTOM EYECARE menawarkan perkhidmatan rawatan khas untuk kanak-kanak iaitu KIDDOS EYECARE.

11 Disember 2021 (Sabtu) : Pemeriksaan mata kanak-kanak bersama Dr. Mohd Hafidz Ithin. Rebutlah peluang ini untuk sama-sama jelas dan faham tentang penjagaan mata kanak-kanak tanpa mengabaikan gajet. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Optom Eyecare di talian 011 – 11479093.

            LOKASI :

                        OPTOM Eyecare 

                        No.37, 
                        Jalan 8/1, Seksyen 8
                        Bandar Baru Bangi
                        43650 Bangi
                        Selangor Darul Ehsan
                        Tel : 011-1147 9093
                        (Bersebelahan Restoran Marrybrown &  Secret Recipe)

 

Website : Optom.com.my

Facebook : Optom Eyecare

Instagram : Optom Bangi

 

Terima kasih meluangkan masa di blog ini.


"Mata adalah anugerah terindah dari Allah setanding dengan organ tubuh yang lain. 
Mata juga layak untuk menikmati segala pemeriksaan yang menjamin kesihatan."

 

Comments

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Hadiah & Perempuan

Assalamualaikum... Bloggers AND Readers sekalian... Macam mana semangat hari ke-3 di tahun baru ni... Moga semuanya sihat dan ceria.. Interframe sikit kat sini. Perempuan & Hadiah. Cik Semut rasa perempuan dan hadiah memang tak dapat dipisahkan. Saling mencintai.. chewah! Dengan kata mudah. Perempuan memang suka dapat hadiah... Betul tak? Tak kisah dari siapa pun.... Mak ayah? Kekasih hati? Kawan-kawan? Betul tak? Tunggu je birthday, anniversary, hari kenduri kahwin.... Perempuan memang teruja nak buka hadiah kan... sila ke blog Henchik Hensyem yang suka bagi hadiah Tapi Lelaki?? Cool je... mungkin dalam hati excited tapi ego, so cover lah sikit kan... Atau lelaki lebih suka memberi hadiah, dan melihat penerima hadiah tersenyum sampai ke telinga? Mungkin itulah hadiah paling bermakna untuk lelaki? Cik Semut teka saja... Tak dapat nak tafsir hati lelaki ni.... ..minta lelaki lah yang jawab persoalan ini ye, Sebenarnya Cik Semut nak minta panda