Skip to main content

Kesan Penggunaan Gajet Terhadap Mata dan Penglihatan

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 




Sejak asyik mengadap telefon dan komputer, kerap juga SS cari info-info tentang kesihatan mata. SS memang ada rabun jauh dan silau. Sekali-sekala kerap juga dapat sakit kepala dan pedih-pedih mata. Risau juga. Mata itu, salah satu pancaindera kita yang paling berharga. Tak boleh bayangkan hidup tanpa penglihatan. Allahu. Ada kesempatan tempoh hari, sempatlah SS sertai satu program dalam talian oleh Bahagian Pembangunan Usahawan MARA yand dikendalikan oleh BizNetwork - Platform Pemasaran & Jualan. Baru SS tahu, rupanya ada platform macam ni dalam negara kita. 


Bahagian Pembangunan Usahawan MARA ini menyediakan kemudahan pensijilan usahawan bagi kluster utama iaitu :
1. Makanan
2. Gaya hidup
3. Automotif
4. Pembinaan 
5. Perkhidmatan

Manakala antara kursus yang ditawarkan adalah :
1. Pengurusan Digital
2. Pemasaran Digital
3. e-commerce
dan sebagainya.

Permohonan secara dalam talian. Sila layari myusahawan 
atau
imbas QR code di laman web MARA - Keusahawanan (Coaching & Mentoring) 
atau
hubungi Pejabat MARA yang berhampiran.


Berbalik kepada topik kesihatan mata, sekali lagi SS mendengar talk yang disampaikan oleh Dr.Mohd Hafidz Ithin - Pakar mata di OPTOM Eyecare. Kepakaran beliau adalah terapi juling terutama di kalangan kanak-kanak. Dr.Hafidz menyampaikan bual bicara bertajuk Penggunaan Gajet dan Komputer serta Kesannya kepada Mata dan Penglihatan. Memang tepat sangat tajuk dan penyampaian berkaitan hal ini di musim penularan Covid19 yang memanfaatkan masa dengan kerjaya dan belajar secara dalam talian, paling penting untuk kita sedar kesan baik dan buruknya kepada tubuh badan kita.



Tajuk ini memang sangat sesuai dengan cara hidup dan kerja norma baru sekarang. Banyak info yang tak pernah SS tahu telah diterangkan oleh doktor antaranya adalah penggunaan gajet di Malaysia, kesan penggunaan gajet pada mata dan penglihatan serta cara penjagaan mata tanpa meninggalkan gajet. Lebih baik kita mencegah daripada merawat kan? Jadi, kesedaran awal itu penting untuk kita mengatur langkah keselamatan dan kesihatan mata kita. 



Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia 2019, pengguna smartphone adalah sebanyak 91% berbanding tahun sebelumnya adalah 89%. Penggunakan internet lebih banyak terarah kepada media sosial seperti facebook, instagram, tiktok dan sebagainya. 

Manakala laporan akhbar daripada The Malaysian Reserve 12 April 2021 menunjukkan akses telefon mobil dan komputer meningkat sehingga 98%. Ini bermakna hampir keseluruhan rakyat Malaysia menggunakan smartphone dan komputer riba

Kajian dari statista.com menunjukkan purata tempoh masa menggunakan internet adalah anggaran sehingga 6 jam sehari. 


KESAN PENGGUNAAN GAJET KEPADA MATA

1. PENINGKATAN POWER CERMIN MATA.
Peningkatan power cermin mata ini menyebabkan bola mata kita makin lama akan semakin panjang dan lama-kelamaan saraf dibelakang mata akan terkoyak. Kesan koyak pada saraf mata akan menyebabkan kebutaan. Terutama untuk kanak-kanak bawah 13 tahun power mata akan cepat meningkat berbanding orang dewasa. Awas! 



2. OTOT FOKUS MATA YANG TIDAK STABIL
Otot mata akan kuat bekerja untuk melihat sesuatu objek dengan lebih dekat. Apabila otot mata terlalu bekerja kuat, lama-kelamaan otot itu akan letih. Keadaan ini yang akan menyebabkan otot fokus mata menjadi tidak stabil.



3. MATA CEPAT PENAT.
Apabila mata cepat penat, kita akan hilang konsentrasi penglihatan yang efektif. 


4. JULING
Apabila kita tengok gajet terlalu lama, saraf otot fokus mata sama dengan saraf penjajaran mata. Apabila saraf otot fokus terganggu, saraf penjajaran mata juga akan terganggu. Apabila mata juling, kita akan hilang keyakinan diri. Doktor menceritakan pengalaman seorang pesakit yang menjadi juling sewaktu dewasa. Perkara ini benar-benar berlaku. Pesakit menceritakan bahawa sewaktu PKP beliau memperuntukkan 5 ke 6 jam sehari fokus kepada gajet untuk permainan dalam talian. Ini menyebabkan mata pesakit juling ke dalam (seperti dalam gambar dibawah). Keadaan ini berisiko kerana ada sesetengah pesakit, tidak dapat dipulihkan. 


5. MATA KERING
Mata yang normal dan selesa adalah mata yang sentiasa basah dengan air mata semulajadi yang terhasil daripada berkelip. Apabila kita tengok gajet, mobil telefon, komputer atau pun membaca dengan jarak terlalu dekat, mata kita akan kurang berkelip. Ini menyebabkan permukaan mata terdedah lebih lama dan menjadi kering. 




CARA PENJAGAAN MATA YANG BERKESAN TANPA TINGGALKAN GAJET.

1.  BEREHAT SEBENTAR.
Apabila kita melihat skrin gajet dalam jangkawaktu yang panjang, kita hendaklah rehat seketika daripada terus melihat skrin gajet tersebut. Berhenti pegang gajet dan lihatlah persekitaran yang lain yang lebih jauh dalam 5 ke 10 minit dan boleh sambung melihat skrin gajet kembali. Biasakan merehatkan mata setiap satu jam sekali selepas melihat skrin gajet. 



2. KANTA KHAS UNTUK PENGGUNAAN GAJET
Pemeriksaan mata boleh dilakukan untuk menggunakan kanta khas bagi melihat skrin gajet untuk perlindungan dan kesihatan mata. 


3. PENGGUNAAN KANTA PENAPIS BERWARNA BIRU.
Apabila penggunaan gajet terlalu lama terutama sehingga larut malam, ia akan menyebabkan gangguan tidur. Melatonin adalah hormon yang mengawal fungsi tubuh untuk tidur. Ini kerana cahaya daripada skrin gajet yang kita gunakan akan mengganggu sistem hormon ini dan menyebabkan gangguan tidur. Skrin gajet yang berwarna putih adalah gabungan cahaya yang berwarna merah, hijau dan biru. Cahaya yang mengganggu hormon tidur ini adalah cahaya yang berwarna biru yang terdapat dalam gajet kita. Disarankan untuk menukar pencahayaan skrin gajet kepada warna oren yang terhasil daripada cahaya berwarna merah dan hijau dan dapatkan cermin mata khas untuk menapis cahaya berwarna biru dari terus ke kanta mata. 


4. GUNAKAN AIR MATA TIRUAN.
Air mata tiruan boleh didapati di farmasi dan optometris. Air mata tiruan ini digunakan ketika mata mengadap gajet terlalu lama dan menyebabkan mata kering. 





ANTARA SOALAN YANG DIAJUKAN :
SOALAN       : Adakah penggunaan gajet menyebabkan peningkatan rabun silau?
JAWAPAN     :   Peningkatan rabun silau adalah berpunca daripada mata yang cepat kering. Apabila mata kering, kita akan mudah untuk menggosok mata. Ini menyebabkan permukaan mata terganggu akibat gosokan dan meningkatkan rabun silau. 

SOALAN     : Apakah kesan langsung kepada mereka yang menggunakan gajet sebelum tidur walaupun lampu bilik telah ditutup, tetapi cahaya dari gajet masih menyala?
JAWAPAN    : Kesannya adalah akan mengganggu hormon tidur. Cahaya warna biru pada gajet itulah yang mengganggu hormon tidur. Kesihatan mata juga berpunca dari tidur yang cukup.

SOALAN: Adakah sama melihat skrin gajet dengan televisyen?
JAWAPAN: Ya, ia merupakan konsep yang sama. Skrin televisyen yang berwarna putih itu mengandungi cahaya warna biru.

SOALAN: Berapa lama tempoh untuk tidak memegang gajet sebelum tidur?
JAWAPAN: Satu jam sebelum tidur.

SOALAN: Terdapat fungsi night shield di telefon, adakah keberkesanan fungsi night shield sama seperti memakai cermin mata anti blue ray?
JAWAPAN: Ya, lebih kurang sama asalkan blue light tidak terus masuk ke mata. 

SOALAN : Adakah terdapat cermin mata anti blue ray yang tanpa power?
JAWAPAN   : Ya, ada. Biasanya kanta blue ray tanpa power ini disarankan untuk kanak-kanak dan pemain e-games untuk menimakan mata letih, kekeringan dan tekanan terhadap cahaya biru gajet.

Ya, komen SS di live tersebut juga turut dibacakan. Begitulah SS setelah mendengar sedikit sebanyak info yang SS dapat tentang penjagaan kesihatan mata. Memang insaf sungguh.








Tawaran istimewa daripada OPTOM BANGI, mereka mengetengahkan pelbagai bingkai cermin mata custom made iaitu bingkai-bingkai cermin mata yang sesuai untuk orang yang berbadan besar, terlalu kurus atau yang mempunyai bentuk badan yang tidak seimbang. Optom memberikan diskaun 50% kepada pelanggan yang berminat terhadap Bespoke Frame / customize. Bespoke frame ini adalah bingkai cermin mata yang direka khas dengan mengambil kira ukuran dari kanan ke kiri muka, bahagian atas dan bawah muka, dan perincian ukuran antara titik dua mata, telinga dan sebagainya. Setiap ukuran yang telah diimbas akan dimajukan di makmal yang diproses di Jerman dan mengambil masa sehingga satu bulan. 

Anda boleh mendapatkan promosi Bespoke Frama dengan diskaun sebanyak 50% menggunakan kod optommara di Optom Eyecare. Promosi ini akan berakhir pada penghujung Februari 2022. 

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan promosi ini?
Anda boleh hubungi Optom Eyecare melalui saluran berikut :

Website       : www.optom.com.my
Facebook    : Optombangi
Instagram    : optombangi
Whatsapp    : 011-11479 093

Bagi yang berada di luar kawasan Bangi atau luar negeri Selangor boleh membuat temu janji terlebih dahulu dan perhantaran akan dibuat ke lokasi kediaman pelangan. Namun adalah disarankan untuk mengunjungi premis Optom bagi merasai sendiri pengalaman dan kualiti pemeriksaan mata oleh pakar optometri. 

 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Sebagai manusia, kita juga bertanggungjawab menjamin kesihatan mata dan penglihatan berada di tahap optimum".

Comments

  1. Tq Fiza untuk perkongsian ni. Biasa kita dgr bab bab buat spek mata jer kan. Susah nak dengar bab bab penjagaan mata dari insan yang bertauliah. Bila ada perkongsian macam mana sangatlah bagus untuk kita sama sama tambah pengetahuan.

    ReplyDelete
  2. Wah! Bagus ya perkongsian LIVE tu, siap ada Q&A session lagi tu... memang bermanfaat sebab kadang-kadang maklumat yang diberikan tu kita sendiri pun tak terfikir kan... #terbaik

    ReplyDelete
  3. Thanks for your article brother and sister

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.