KLIK KLIK

6.1.22

TTC's Story #25 : Pati Delima, Jus Lemon, Madu & Cuka Epal Membantu Meningkatkan Kesihatan Wanita.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Lama betul tak sambung cerita tentang ikhtiar hamil. Masih lagi cerita kegigihan 2016 yang masih aku amalkan sehingga sekarang. Salah satunya adalah mengamalkan minum pati delima, jus lemon, madu kelulut dan cuka epal. Macam mana cara minumnya? Mari aku kongsikan.


Pati delima. 
Aku pernah cerita tentang buah delima dalam entri sebelum ni. Boleh klik SINI.
Tapi kadang-kadang agak sukar untuk aku menjumpai buah delima yang betul-betul elok. Pilihan lain adalah dapatkan pati delima. Khasiatnya sama seperti buah delima. Tapi pastikan pati delima tanpa gula. 

Jus lemon.
Lemon juga salah satu buah kegemaran aku. Aku memang suka masam-masam. Tambahan pula rasa lemon itu akan membuatkan aku berasa lebih segar. Tapi kadang-kadang nak cepat buatkan jus lemon, aku guna saja jus lemon yang sedia ada di pasaran. Jadi, jimat masa berbanding membasuh, memotong dan memerah jus lemon. Pastikan jus lemon juga tanpa gula. Tapi di masa yang lapang  aku lebih suka perah jus lemon dalam air suam, teh O mahupun air sirap. Paling suka air herba iaitu air lemon yang dicampur serai, halia, dan daun mint. 

Madu kelulut
Aku ni menghadapi masalah untuk menelan madu lebah. Bukan itu saja, kuih-muih yang lembik-lembik pun aku tak boleh telan dengan cepat. Puding, jelly juga sama. Boleh nak telan, tapi ia akan makan masa yang terlalu lama utk menelan. Tak tahu laa apa sebabnya. Makanan lain laju je telan. Tapi lepas jumpa madu kelulut, kelihatan ianya sedikit cair berbanding madu lebah. 


Cuka epal
Dalam banyak-banyak minuman di atas, aku sebenarnya paling kurang suka dengan cuka epal. Mungkin kerana rasa dan baunya lebih tajam. Tapi kerana telah disarankan oleh ustaz dan mengetahui kebaikan cuka epal maka aku gagahi jua. Lagipun bila dah dicampur-campur dengan bahan yang lain, kuranglah rasa ketajamannya itu. 

Cara minum.
Campurkan satu sudu pati delima, jus lemon, madu kelulut dan cuka epal dalam segelas air suam/dingin. 

Sedaaaaapppp...
Walaupun semua terasa masam tapi gandingan bersama madu kelulut ada manis-manisnya. Aku amalkan sekali setiap hari. 

Apa kesan mengamalkannya?
Badan rasa selesa, ada tenaga dan turun berat badan. 

Terima kasih meluangkan masa di blog ini.


"Terus kekal usaha"

1 comment:

Klik Sekali