Skip to main content

Yee Mee Ala Sizzling Menggunakan Kuali (Pan)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum



Biasalah ada masa tekak ni teringin nak makan ini lah, itu lah. Kali ni terasa macam dah lama tak keluar makan yee mee sizzling. Kalau kat sini, SS selalu pergi food court di Giant, Kuantan. Di situ sizzling terbaik di Kuantan sejak zaman SS sekolah lagi. Tapi tak pasti sekarang ni masih orang yang sama atau tak, masih ada lagi atau tak. Dah lama sangat tak pergi Giant Kuantan tu. Sejak covid ni semakin tak berani nak keluar suka-suka hati sangat. Akhirnya, keinginan ini direalisasikan dengan masak sendiri di rumah. Walaupun bukan mendesis (sizzling), tapi asalkan ada rasa pun dah cukup baik buat pelepas hajat. SS macam biasalah, masak suka simple as well. Jadi sajalah SS nak kongsikan resepi cara SS. Semoga bermanfaat.






Bahan-bahan :
1. Isi ayam di potong kecil
2. Cili kering 
3. Bawang putih 5 ulas dihiris
4. Halia satu inci dihiris
5. Cendawan shitake 1 mangkuk dihiris
6. Mentega 1 sudu besar
7. Minyak masak 1 senduk
8. Sos lada hitam / serbuk lada hitam
9. Sos tiram
10. Kicap pekat
11. Tepung jagung 2 sudu dibancuh air.
12. Kiub pati ayam 
13. Gula
14. Garam
15. Telur
16. Yee Mee

Cara memasak kuah :
1. Panaskan mentega dan minyak
2. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau
3. Masukkan cili kering hingga cili layu
4. Masukkan ayam dan cendawan shitake hingga ayam separuh masak.
5. Masukkan sos tiram dan gaul sebati.
6. Masukkan sos lada hitam / serbuk lada hitam dan gaul sebati
7. Masukkan kicap pekat dan gaul sebati
8. Masukkan air rendaman cendawan shitake.
9. Masukkan air putih. (SS masukkan air sehingga kuah separuh periuk)
10. Masukkan air tepung jagung 
10. Apabila kuah telah mendidih, masukkan bahan perasa iaitu kiub ayam, gula dan garam.

Cara penyediaan yee mee (menggunakan kuali jenis pan).
1. Panaskan minyak.
2. Pecahkan telur (kaedah seperti masak telur mata kerbau)
3. Masukkan 2 senduk sos ke atas dan sekeliling telur.
4. Ketepikan telur (masih dalam kuali)
5. Masukkan 2 senduk sos lagi.
6. Terus masukkan yee mee.
7. Masukkan 2 senduk sos atas yee mee.
8. Biarkan seketika (lebih kurang 30 saat), kacau-kacau yee mee dan balik-balikkan.
9. Masukkan 2 senduk sos lagi dan gaul bersama yee mee.
10. Tuang dalam pinggan bersama telur
11. Tuangkan sos ke atas yee mee. 
Siap! Makan panas-panas.... !!

Tips:
 **cendawan shitake dibasuh bersih sebelum di hiris. Selepas dihiris, rendam dalam air bersih. Air rendaman ini akan digunakan dalam penyediaan kuahnya.
**telur dimasak awal mengikut kaedah telur mata kerbau untuk mengelakkannya melekat dan pecah akibat dari tepung jagung dan air dimasukkan sedikit supaya telur tidak garing.
** 1 kali masak yee mee untuk 1 orang makan.






Terima kasih sudi singgah dan baca.

"Makanan yang enak selalunya cukup dengan rencah kasih sayang".




Comments

  1. RAJINNYA MASAK YEE MEE SEDAP TU

    ReplyDelete
  2. Makanannfav mama dgn syafi ni sedapp

    ReplyDelete
  3. sedapnya nmpk. lama xmkn yee mee sizzling.

    ReplyDelete
  4. sungguh menyelerakan..kena dengan tagline

    ReplyDelete
  5. Nampak menyelerakan. Mesti sedap.

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaaa! Boleh try resepi Ss nanti. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Yee Mee is my favourita de amour! Sedapnya! Baru tengok gambar pun dah tau sodap bangetttt tu. Hehehehe.

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaaa....lama dah nak belajar buat sendiri..tapi x menjadi..hahahaha

    ReplyDelete
  9. Nampak sama macam sizzling yee mee sebenar

    ReplyDelete
  10. sedapnya. saya pun selalu makan sizzling yee mee ni kalau ke mana-mana food court

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Hadiah & Perempuan

Assalamualaikum... Bloggers AND Readers sekalian... Macam mana semangat hari ke-3 di tahun baru ni... Moga semuanya sihat dan ceria.. Interframe sikit kat sini. Perempuan & Hadiah. Cik Semut rasa perempuan dan hadiah memang tak dapat dipisahkan. Saling mencintai.. chewah! Dengan kata mudah. Perempuan memang suka dapat hadiah... Betul tak? Tak kisah dari siapa pun.... Mak ayah? Kekasih hati? Kawan-kawan? Betul tak? Tunggu je birthday, anniversary, hari kenduri kahwin.... Perempuan memang teruja nak buka hadiah kan... sila ke blog Henchik Hensyem yang suka bagi hadiah Tapi Lelaki?? Cool je... mungkin dalam hati excited tapi ego, so cover lah sikit kan... Atau lelaki lebih suka memberi hadiah, dan melihat penerima hadiah tersenyum sampai ke telinga? Mungkin itulah hadiah paling bermakna untuk lelaki? Cik Semut teka saja... Tak dapat nak tafsir hati lelaki ni.... ..minta lelaki lah yang jawab persoalan ini ye, Sebenarnya Cik Semut nak minta panda