Skip to main content

King MYVI Masalah Gearbox

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum....



Apa kes kena tunda King Myvi Ozzy ni? Ini lah kereta banyak berjasa bawa SS kehulu kehilir. Merata-merata pusing Malaysia dah ni. Pernah satu ketika, ketika musim banjir, SS dalam perjalanan dari pejabat pulang ke rumah. SS melalui satu jalan yang dinaiki air. Tidak terfikir jalan itu akan naik air. Punyalah kecut perut SS nak redah air banjir, nak patah balik dah tak boleh. Kereta dan panjang kat belakang. Kereta depan pun nampaknya tawakal redah air. SS pula seorang diri dalam kereta. Memang cuak dan panik. "Eh, aku kan bawa King ni....". Terlupa pula yang SS sedang memandu King. Bila terfikir pasal ni, automatik rasa berani terus terserap dalam diri. Akhirnya SS redah juga. Waktu ni terngiang-ngiang kata-kata suami. "Kalau redah air, jangan berhenti, teruskan saja." Alhamdulillah, selamat juga. Tapi ini cuma satu cerita perkongsian kenangan. Jadi, apa yang menyebabkan King Myvi ditunda ni? 


DALAM TEMPOH 9 BULAN

Kisah bermula Mei 2021 apabila lampu AT mula menyala. Tak tahu kenapa. Nampak macam tak ada apa yang serius. Makanya SS menjalani hidup seperti biasa. Cuma tak berani dah nak bawak jauh-jauh. Lampu AT akan menyala bila memandu lebih daripada 60km/h. Kemudian, terdapat juga bunyi pelik-pelik waktu tengah memandu. Tapi alhamdulillah masih selamat kehulu kehilir. Sehinggalah pada Januari 2022, suatu pagi SS dalam perjalanan ke pejabat. Tiba-tiba waktu tekan minyak hingga 30km/h kereta tak jalan, (kiranya jarum meter tak cecah lebih 30km/h.) Hanya bunyi mengaum. SS dah rasa cuak lain macam, dalam kepala ni terfikir kereta akan meletup je. Apooo! Tapi SS masih mampu bertenang dan berfikir. Nak pusing balik rumah dah dipertengahan jalan. Jarak rumah ke pejabat hanya lebih kurang 5km sahaja. 5-6 minit dah sampai. Teringat di tempat kerja ada bengkel kereta. Jadi SS memandu dengan kelajuan 20kmh sahaja menuju ke bengkel. Rasa macam ada dalam siput. Hahahha. Terasa lambat masa berlalu. Kereta belakang semua dah memintas. Mesti kena sumpah seranah pagi-pagi memandu macam siput. Bertabahlah. Akibat rasa cuak, takut, risau dan segala macam perasaan yang berbaur dalam diri, SS terlupa nak tekan lampu kecemasan. Apa daaa.... (tepuk dahi).

Sampai saja di bengkel, minta tolong staf bengkel tengok-tengokkan kereta. Seharian juga tinggal kereta di situ sampai jam 4.30 petang. Kata staff bengkel tu, mekaniknya mengagak terdapat masalah pada gearbox, tapi staff itu mengagak masalah berpunca daripada enjin. Alamak, mana satu ni?!. Dia minta SS menghantar ke bengkel luar kerana staff bengkel tidak mencukupi. Kereta perlu tinggal jauh dengan jangkawaktu yang lebih lama. Buat masa ini, kereta masih boleh bergerak. SS keluar dari bengkel tanpa sebarang cas dikenakan. 


KONFLIK GEARBOX

Pulang ke rumah, SS bincang dengan suami mengenai solusi kepada masalah ini. Suami pun pening juga nak fikir. Bab servis memang setiap kali servis hanya di Produa. Biasanya servis tepat waktunya, kadang-kadang saja terlajak sikit bergantung pada duit belanja dan kelapangan masa juga. Suami pun pernah bertanyakan mekanik di Perodua berkaitan masalah gearbox sama ada mekanik Perodua boleh baiki atau tak. Tapi jawapan yang diberi adalah mereka tidak boleh baiki dan solusinya kami perlu tukar gearbox. Gearbox original untuk Myvi Auto adalah lebih kurang RM10,000.00 atau lebih. Kalau macam ni harganya, lebih baik bayar muka beli kereta baru kan?. Pilihan kedua adalah menggunakan alat ganti recone (alat ganti yang rosak dibaiki semula dengan menggantikan bahagian yang rosak sahaja). Harga recone lebih murah berbanding original. Untuk gearbox Myvi Auto anggaran harga recone adalah lebih kurang RM1,100.00. Tapi suami tak bersetuju untuk tukar kepada gearbox recone ataupun beli gearbox original yang baru. Suami mengandaikan mekanik di Perodua sepatutnya boleh membaiki komponen yang rosak dalam gearbox tu. Kami masih mencari penyelesaian.

Suami pun bertanya-tanyakan bengkel-bengkel di sekitar Kuantan & Pekan mengenai permasalahan gearbox Myvi dan angaran kos. Rata-rata anggaran kos untuk baiki gearbox lebih kurang RM4k. Itupun recone juga. Sementara mencari bengkel yang bersesuaian, suami minta rehatkan King Ozzy dahulu. Hampir dua minggu juga kereta terperap di rumah. Kereta suami ditinggalkan di rumah mak ayahnya untuk memudahkan urusan keluarganya. Makanya SS merempit dengan suami ke tempat kerja. Syok juga naik motor ni. SS tak pandai bawa motor, jadi suamilah yang hantar setiap hari. Adalah kenangan bersama. Cuma tak sempat nak ambil gambar berdua, sebab sepanjang tempoh ini, cuaca kerap hujan. 


TRAK PENUNDA

Kamal, sahabat baik SS sejak sekolah menengah. SS hubungi Kamal untuk minta pendapatnya. Kemudian, dia hubungi kawannya yang ada bengkel kereta dan pakar gearbox untuk minta khidmat nasihat. Setelah suami berbincang dengan Kamal, makanya mereka putuskan untuk menghantar King Ozzy ke bengkel kawan Kamal. Kamal akan tengok-tengokkan King Ozzy sewaktu di sana nanti. Makanya 7 Februari lepas, King Ozzy ditunda ke bengkel kereta di Kemaman, Terengganu.

Pertama kali naik trak penunda


Dari jauh dah nampak

INSURAN MENUNDA KENDERAAN

Al-kisahnya begini, suami hubungi agen insuran untuk memaklumkan hal ini dan mendapatkan kepastian sama ada pihak insuran ada pelindungan untuk menunda kenderaan. Kemudian suami hubungi syarikat penundaan kenderaan pula memaklumkan pembayaran melalui insurans. Tapi syarikat tersebut tidak membuat penundaan dari Pekan terus ke Kemaman. Yang terdekat adalah dari Kuantan. Jadi, trak penunda akan datang dari Kuantan ambil King Ozzy di Pekan dan bawa ke Kemaman.

Untuk bayaran pula, pihak insuran hanya menanggung bayaran untuk jarak perjalanan sehingga 100km pertama sahaja dan selebihnya adalah tanggungan sendiri. Alhamdulillah syukur sangat tak perlu kami keluarkan banyak sangat duit untuk kos penundaan kenderaan. SS pun bank in baki kepada Kamal supaya Kamal dapat membuat pembayaran kepada pemandu trak penunda apabila King Ozzy sampai di bengkel Kemaman. 

Kuantan - Pekan - Kemaman

(Lebih kurang 150km)

King Ozzy dah selamat tiba di bengkel.

MASALAH BEARING PULA.

Setelah abang mekanik membuat ujian pemanduan keatas King Ozzy, katanya memang ada masalah gearbox. Kali ni memang kami memberi kepercayaan sepenuhya kepada Kamal untuk berbincang dengan mekanik. SS dan suami dah pasrah berapa harga bakal dikenakan. Setelah bersetuju dengan harga, mekanik akan mula membaiki. 

Fasal bearing ni pun ada kisahnya. Memang rasa tak selesa waktu memandu dan ada dengar bunyi yang kurang enak. Kemudian, seperti biasa SS dan suami akan hantar ke pusat servis Perodua untuk membuat pemeriksaan. Suami maklumkan selain gearbox, King Ozzy seperti ada masalah bearing tayar sebelah kanan tetapi katanya King Ozzy memang ada masalah bearing tapi di tayar kiri. Tapi suami menegaskan masalah itu di sebelah kanan. Eh, mana satu ni! Kanan ke kiri ni?. Kemudian suami bertanya adakah dengan menukar bearing tayar kiri itu boleh selesaikan masalah bearing tersebut? Tapi mekanik Perodua tidak dapat memberikan jaminan. Maka, suami pun merasa berat hati dengan jawapan tersebut dan tidak meneruskan servis bearing di Perodua. Alang-alang King Ozzy dah ada di bengkel, setelah berbincang dan mendapat persetujuan harga, mekanik akan selesaikan masalah bearing ini juga. Dan memang tepat naluri suami. King Ozzy ada masalah di bearing kanan. 


Ini salah satu masalah tambahan.


Masalah tambahan

 
Antara perkara yang diselenggara di bengkel ini adalah :
  1. Clutch set
  2. Gasket set
  3. Piston set
  4. Overhaul kit set
  5. Oil filter
  6. Bearing gearbox
  7. A.T.F
  8. Top comuter repair
  9. Bearing tayar depan
Semuanya dengan harga yang berpatutan. Kalau tak, tidaklah SS nak selenggara jauh-jauh sampai ke luar negeri (Pahang - Terengganu je punnn) hehehhee. Pula tu, King Ozzy dapat waranti selama 6 bulan.  Jika dalam tempoh 6 bulan ni ada masalah, boleh rujuk dengan bengkel berkenaan. Alhamdulillah. Sehingga ke hari ini, King Ozzy sihat walafiat di jalanan.



Dalam masa seminggu King Ozzy pun dah siap


Inilah Kamal, sahabat baik SS

Sibuk setiap masa.

Terima kasih Kamal, sudi hantar King Ozzy ke Pekan.


Agak merisaukan juga kerana keadaan di Kemaman waktu itu, banyak tempat dinaiki air akibat hujan lebat di sesetengah kawasan. Dah penat-penat tolong uruskan King Ozzy, SS dan suami mengajak Kamal dan kawan-kawan pergi makan malam di Restoran Sumpit-Sumpit. Nasib baik mereka akur, kalau tak, waktu tu juga SS sumpit dorang! heeheeeee gurau saja. 

Inilah bengkel yang membaikpulih gearbox dan bearing King Ozzy. MS Auto Garage - Pakar Gearbox Kemaman.


Servis terbaik, rundingan harga terhebat, masalah selesai.

Jika ingin mendapatkan servisnya boleh ke alamat berikut :

MS Auto Garage
1385-2 Jalan Terengganu Meraga Beris
Kijal, Kemaman
Terengganu
No. Tel :013-999 1432 / 013-914 0921

Facebook : MS Auto Garage


Terima kasih sudi singgah, sudi baca
"Pergilah ke mana pelosok negeri sekalipun, sahabat baik sukar dicari ganti".

Comments

  1. Alhamdulillah settle akhirnya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah bertemu pakar sebenar gearbox

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Kena jumpa doktor pakar. 😁

      Delete
  3. Hai sis.. Boleh share brpa anggaran kos? Sbab kes sy pn sma dgn msalah sis 😓

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anggaran dalam 3k-4k, apa pun mmg kena pergi check dulu, kenalpasti masalah sebenar dia.

      Delete

    2. Salam, masalah myvi saya model 2012 Auto. Lamapu OD OFF tiba-tiba blinking semasa pemanduan. butang OD tidak berfungsi. Bunyi enjin mengaum dan gear tidak boleh shift. Pemeriksaan Cucuk komputer pun sudah.. Didapati sensor auto rosak. dan sudah ditukar dan minyak ATF pun sudah tukar. Sekarang masalah yang sama masih berlaku lagi OD tiba2 blinking semasa memandu. Boleh bantu saya dengan masalah ini?

      Delete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.