Skip to main content

Serbuk Halia Gunung Memang Dipercayai Mustajab!

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

SS memang selalu juga kena sebu perut dan angin tak lepas keluar dari badan. Zaman muda remaja dulu memang pernah kena gastrik. Tapi bila dah tua dewasa ni, Alhamdulillah gastrik jarang-jarang muncul. Cuma masalah angin sahaja. Pernah juga pergi berurut, tapi memang susah betul angin ni nak keluar dari badan. Kadang-kadang sampai naik ke kepala. Dah laa badan rasa tak selesa, diserang pula sakit kepala. Pedih ulu hati pun kerap juga kena. Entahlah angin apa yang menular dalam badan SS ni. Ada yang mengalami situasi yang sama dengan SS tak?.

Biasanya kalau terjadi macam ni, SS akan buat sup atau masak makan yang menggunakan halia. Tahan laa sikit. Keluar laa juga angin, bila angin keluar dari badan, memang badan akan rasa ringan dan selesa. Kadang-kadang buat jugak teh O halia, atau teh halia. Tapi itulah, kalau banyak sangat urusan memang tak terbuat pun. Nak buang kulitnya, nak potong, nak tumbuk-tumbuk. Kena peruntukkan sedikit sebanyak masa juga di situ. Angin dalam badan? Buat tak tahu sajalah. Sakit, tanggung sendiri. 

 

Kemudian sejak akhir-akhir ni, nampak blogger terkenal tanahair Ben Ashaari asyik tunjuk-tunjuk serbuk Halia #1 ni. Kerap pula lalu lalang kat dinding facebook. Tengok maklumbalas orang pun, memang positif saja semuanya. Macam tau-tau saja SS sedang cari produk untuk lawas angin. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ini. Akhirnya terpengaruh juga SS dengan produk halia tu.  Nampak macam senang saja nak guna.

 

Mula-mula rasa takut juga nak buat air, risau kesan dia mengganggu kehidupan harian nak bekerja. Sebagai permulaan untuk rasa-rasa, SS buat air minuman halia dan lemon. Biasanya lemon ini menyelamat kalau ada rasa pelik-pelik.  Tengok serbuk dia tu nampak pekat dan bersih.  Itu yang rasa seram tu. SS guna hujung-hujung sudu sahaja seperti yang disarankan. Tapi bila dah masuk ke tekak ni, eh eh…. sedap laa pula. Tak ada rasa pelik-pelik pun. Apa lagi, laju laa segelas tu habis. Sekarang ni, air halia lemon dah jadi rutin iftar. Bukan sekadar minuman, dalam masakkan pun SS akan letak terutama buat sup. Rasa dia lebih 'kick' dengan serbuk halia gunung ni. Tak perlu nak potong hiris-hiris atau tumbuk-tumbuk dah. Letak je secubit dua dalam masakan. Dah laa sedap, berkhasiat pula tu.

 

Halia adalah tumbuhan semulajadi yang digunakan turun-temurun secara meluas untuk tujuan masakan dan perubahan altenatif.

Antara 10 khasiat halia untuk kesihatan adalah :

  1. Melegakan loya
  2. Menguatkan imuniti
  3. Membantu penhadaman
  4. Mengurangkan keradangan
  5. Mengurangkan sakit kepala
  6. Merendahkan paras kolestrol
  7. Melegakan batuk & sakit tekak
  8. Membantu mengurangkan berat badan
  9. Membantu melegakan kesakitan akibat haid
  10. Memantu mencegah pertumbuhan sel kanser 


Apa yang bagusnya Halia #1 ni?

Ia merupakan halia mentah terpilih dari Banjaran Crocker dan Banjaran Titiwangsa, ditanam oleh para petani secara tradiosional berabad lamanya.Serbuk Halia Gunung ini telah diproses dengan teknologi terkini bagi mengekalkan khasiat semulajadinya. Hebat, bukan?


Mari SS kongsikan testimoni pengguna Halia #1.








Haa, macam mana? Ada yang terpengaruh tak? Pengaruh yang baik-baik tak mengapa. Untuk kesihatan dan kualiti diri sendiri juga kan? 

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai HALIA NO 1 ini, boleh terus ke instagram HaliaNoSatu

Beminat nak cuba Halia #1 ni, boleh klik link whatsapp ini untuk pembelian.

 Nak beli Serbuk Halia #1


Terima kasih sudi singgah blog.
" Hari ini, harga sebuah kesihatan itu memang mahal. "

Comments

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.