Skip to main content

Servis & Perkhidmatan Optometris Terbaik Hanya di Optom Eyecare Bangi

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 



Teringat waktu PKP dulu, bekerja dari rumah dengan mengadap laptop terlalu lama. Sedar-sedar, mata pun semakin kabur. Cermin mata yang sedia ada pun mula gagal menjelaskan objek yang jauh. Memang dah sampai masa perlu tukar cermin mata. Tapi disebaban Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) makanya SS sangat paranoid untuk keluar rumah pergi beli keperluan. Sedangkan barang dapur pun SS contact runner. Kemudian, bab cermin mata ni, terfikir juga untuk beli secara dalam talian, tapi SS tak berani juga. Risau kalau-kalau dah siap beli, sampai, nanti tak berkenan atau tak sesuai dengan muka. Sehinggalah SS jumpa Optom Eyecare Bangi.

Dikesempatan ini, SS nak kongsikan kenapa Optom Eyecare Bangi menjadi pilihan hati SS.


Walaupun SS tak pernah jejak kaki ke Optom Bangi tu, hubungi saja mereka, berinteraksi secara dalam talian pun masih mampu SS dapat cermin mata yang sesuai dengan keperluan mata. Mereka memang professional. Tambahan pula mereka kerap juga buat perkongsian ilmu dalam talian. Jadi banyak perkara tentang mata dan penjagaannya yang SS belajar. Membuatkan SS lebih menghargai penglihatan dan kesihatan mata.




Servis dan Perkhidmatan Optom Eyecare Bangi.

Primary Optometri Clinic

  • Refraction

  • Anterior & Posterior
  • Eye Examination

 Binocular Vision

  • Squint (mata juling)

 Pediatric Optometry

  • Kids Vision

Opthalmic Dispensing

  • Contact Lenses
  • Prescription Glasses
  • Sunglasses

Hebat sangatkah Optom Eyecare Bangi ni?

Kalau tak hebat, tak perlu SS buang masa kongsikannya. Prinsip SS jika sesuatu perkara itu tidak bagus, SS diamkan saja. Tak mahu tabur pasir dalam periuk nasi orang lain. Biarlah yang pernah berurusan saja yang mengetahui baik buruknya. Tapi, sekiranya sesuatu itu mampu memberi manfaat kepada SS info ini mesti dikongsi  supaya kebaikan ini turut dirasai bersama.

Bagi rakan-rakan yang tinggal di Bangi dan sekitarnya, SS lebih sarankan untuk terus mengunjungi Optom Eyecare Bangi bagi merasai sendiri keselesaan dan keprofesionalismanya dalam menyantuni pelanggan mereka. Kecekapan mereka dalam mengendalikan kes rabun, kes sistem fokus otot mata, kes sistem jajaran penglihatan mata (juling) memang harus diberikan pujian bah kan mereka memberikan perkhidmatan terbaik dalam mengembalikan fungsi asal dan keselesaan penglihatan untuk kita terus menjalani sebarang aktiviti.

Kredibiliti mereka dalam menjamin hak dan kepentingan bersama membuatkan pelanggan memberikan kepercayaan kepada mereka dalam mengendalikan kes-kes seperti di atas. Demi kepentingan bersama, mereka menguruskan kes yang melibatkan kepakaran optometris ini secara berstruktur dan sistematik.

Optom Eyecare ini tidak lokek dalam berkongsi ilmu secara konsisten kepada pelbagai lapisan masyarakat. Optom Eyecare Bangi juga mempunyai kepakaran dalam permasalahan mata seperti di atas. Seorang kawan sekolah SS pernah bagitau,kepakaran yang ada di Optom Eyecare ni telah membantu memulihkan mata anaknya akibat juling. Sekarang pun masih menjalani rawatan tersebut, sehingga ke hari ini, terlalu banyak peningkatan pada keupayaan penjajaran mata anaknya. Allahu, tersentuh hati SS. Jadi ternyata bukan calang-calang kepakaran yang terdapat di Optom Eyecare ini. Terbukti Optom Eyecare Bangi terdiri daripada pasukan professional demi pengalaman istimewa setiap pelanggan mereka. 

Hebat bukan?.

 

Sebarang pertanyaan atau tinjauan sila layari :

Website : optom.com.my

Facebook : www.facebook.com/optombangi

Instagram : www.instagram.com/optombangi

Whatsapp : 011-11479 093

 

Atau ingin merasai sendiri pengalaman dan kualiti pemeriksaan mata bersama Optom Eyecare Bangi?

Terus saja alamat berikut :

Optom Eyecare Bangi

No.37, Jalan 8/1,

Bandar Baru Bangi,

43650 Bangi,

Selangor Darul Ehsan

(Lokasinya berhampiran Marybrown,

Seksyen 8, Bandar Baru Bangi)

 

 


 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Mata layak menikmati segala pemeriksaan profesional demi sebuah penglihatan yang berkualiti."

Comments

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.