Skip to main content

Melepaskan atau Pertahankan ?

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 



Dalam hidup ini sentiasa ada pilihan. 
Baik atau buruk, kurang atau lebih, banyak atau sedikit, hitam atau putih...
Kadang-kadang memilih dua jalan itu, lebih sukar.

Melepaskan atau terus pertahankan?
Otak dan hati terkadang tidak sehaluan.
Bertingkah hujah, berperang , bersaingan.
Memujuk lembut dan bicara tegas berdebat bergiliran.

"Move on laa..."
"Kadang-kadang melepaskan itu lebih menenangkan."

"Jika masih dianggap penting dan diperlukan, tak salah untuk terus pertahankan. Tapi jika tidak dianggap wujud dan menjadikan kita sebagai pilihan, lebih baik melepaskan."

"Tidak selamanya yang terbaik adalah bertahan, terkadang melepaskan juga menjadi hal terbaik ketika bertahan itu terasa menyakitkan." -Ahquotes

"Jika hak sendiri teruslah pertahankan. Jika bukan, belajarlah untuk melepaskan."

"Pilihlah yang membahagiakan hati kita. Kalau dengan bertahan itu ternyata membahagiakan, teruskan. Kalau sebaliknya, terang-terangan yang mana satu yang perlu jadi pilihan. Semoga Allah bimbing dan pimpin kita ke jalan yang Dia redhai dunia akhirat."

"Kita juang! Bangkit!"

"Melepaskan itu terkadang payah lalu memilih untuk bertahan walau ianya menyakitkan, tapi kadang Allah itu Maha Baik, disaat kita melepaskan tanpa kerelaan, yang ingin dilepaskan itu datang menghampiri dan rupa-rupanya itu yang terbaik untuk kita."

"Walaupun sakit, belajar melepaskan itu adalah yang terbaik daripada mempertahankan sesuatu yang mungkin tak kan mampu lagi untuk dipertahankan."

"Sekiranya tidak nampak peluang kemenangan, kita lepaskanlah. Pada peluang yang akan datang, ayuhlah kita cuba pertahankan."

"Pada mulanya, difikirkan mempertahankan itu adalah berbaloi. Tapi setelah melepaskan, rupanya lebih berbaloi-baloi. Memang akan ambil masa untuk pulih, tapi ianya akan lega selama-lamanya."

"Kenapa tidak keduanya? Melepaskan dan mempertahankan. Jika ada potensi untuk melakukan kedua-duanya tidak perlu untuk limitkan untuk memilih salah satu daripadanya. Pengalaman juga akan dapat berganda."

"Pertahankan jika kesalahan itu adalah yang pertama kali dan boleh menjadikannya semakin baik. Lepaskan jika terdapat kesalahan yang sama berulang-ulang kali walaupun sedia maklum ianya perlu dibaiki."

"Dah penat bertahan tapi tak dihargai. Terkadang melepaskan itu berat tapi itulah yang terbaik. Semakin erat kita menggenggam tali, semakin sakit apabila ditarik. Melepaskan adalah jalan yang terbaik untuk menghilangkan kesakitan itu. Melepaskan adalah pilihan terakhir setelah berusaha." -therose.

"Tepuk dada, tanya iman"

"Kenapa perlu melepaskan jika masih boleh pertahankan?"


Apa pun situasi dan keadaannya, sama ada dalam kerjaya, perhubungan atau apa saja, maka istiqarah adalah sebaik-sebaik jalan untuk memilih laluan persimpangan yang terbaik. 



 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.

Comments

  1. Banyak perkara kena pertimbangkan.

    ReplyDelete
  2. Akal dan hati kena seiring bila buat keputusan. Tetapi yang sebaik2 pengharapan menunjuk jalan adalah padaNya..Ya Rabbb...

    ReplyDelete
  3. Istikharah kalau terlalu sukar membuat pilihan.. semoga ada jalannya dr Allah.. semoga dipermudah

    ReplyDelete
  4. SUKAR MEMBUAT PILIHAN KEPUTUSAN TERPULANG BIJAKSANA PERTIMBANGAN TELITI

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.