KLIK KLIK

26.7.22

Sesat di Kuantan - Bertemu Kak Amylia

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM

Kalau dah jodoh, tidak kemana. Sebuah percaturan Allah yang indah.

Alkisah Sabtu lepas SS bertugas di Balok, Kuantan. 10 minit keluar dari rumah, suami menelefon SS bagitau yang SS tertinggal kunci rumah. Suami tak boleh nak hantar kerana dia pun bertugas luar kawasan. Nak patah balik, risau terlambat sampai. Jauh lagi perjalanan SS dari Pekan ke Balok. 

Plan A, waktu balik outstation SS akan hubungi suami, dan pergi dapat kunci.
Plan B, waktu balik outstation SS akan tunggu suami sehingga selesai urusannya dan balik konvoi bersama.

Selesai urusan di Balok, sahabat jauh SS dari Perlis, Kak Amylia (Kak Ya)  WhatsApp SS bagitau dia ada di IIUM Specialist Medical Centre, Kuantan. Kebetulan SS pun dalam perjalanan nak ambil kunci rumah dari suami. Suami pula berada berdekatan lokasi Kak Ya. Kami berkenalan dalam sebuah kursus kejurulatihan tari anjuran Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN). Dari situ facebook mengerat hubungan kami. 


.

Tapi masalah SS, SS tak familiar jalan Indera Mahkota. Sejak ambil lesen kereta kat sana, sampailah sekarang masih tak mampu nak hafal arah jalan sana. Jadi SS pun guna aplikasi Waze. Waze pula guna jalan pintas. Cuak juga apabila lalu 'jalan kampung' di kebun-kebun durian. Mula rasa curiga adakah ini jalan yang benar?. Tawakal sajalah. Kalau sesat pun, masih dalam Kuantan.  Dalam masa yang sama, risau juga kalau suami KakYa dah selesai urusan ziarah kawannya di hospital. Serba salah nak minta tunggu pula. Akhirnya pasrah sajalah. Andai ada takdirnya, pasti bertemu jua.


SS terus ke IIUM. Masalah lain pula timbul apabila SS dah keliru mana satu IIUM Specialist Medical Centre ni? Kak Ya hantar lokasi. Walaupun SS guna aplikasi Waze dan Google Maps, SS masih keliru. SS ada pengalaman guna Waze tapi entah ke mana dia bawa SS. Tak jumpa destinasi. Maka, rasa cuak SS ini lah yang buat SS sesat. Sudahlah berbelas tahun dulu SS ada sejarah sesat di Perlis bersama KakYa. Sampai sekarang kami masih mengenang kenangan tu. Jadi, Kak Ya terus menunggu di parkir kereta. Lokasi yang KakYa hantar tu, SS pernah sampai sebelum PKP dulu. Tapi waktu tu, tak ada seorang pun petugas disitu. SS seorang diri berjalan dalam bangunan tu mencari klinik. Tapi suasananya seperti bangunan itu telah lama tidak dihuni dan suram. Agak seram. Kata pengawal keselamatan, klinik tu telah ditukarkan ke hospital baru. tTapi kali ini, disitu lah lokasi yang Kak Ya sedang menunggu.

.


Tawakal sajalah. Ikut Waze. Saling kongsi 'live location'. Akhirnya hajat dimakbulkan Allah. Dapat juga kami berjumpa. Rupanya bangunan suram itu telah beroperasi sebagai Emergency Department (ED).  Kami berjumpa dibawah pokok berhadapan ED. 

Alhamdulillah, Allah telah merencanakan yang terbaik untuk kami. Walaupun singkat pertemuan ini, syukur dapat bertemu akhirnya. Pertemuan yang tidak dirancang biasanya menjadi kenyataan. Simpan cerita ni untuk kenangan. Bila berjumpa Kak Ya ni, dapat la cas tenaga-tenaga positif yang SS perlukan untuk menyokong kehidupan SS.

Terima kasih KakYa belanja McCafe dan burger. (Brother McDelivery tu pun sesat 🤣). Dapat berkelah bawah pokok dengan Kak Ya, memang syok. 

5 comments:

  1. Semoga ukhuwah terus berpanjangan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Allah sebaik2 perancang.

    ReplyDelete
  3. Seronok dapat jumpa kawan yg dikenali lama dulu dan dah lama tak jumpa... lagila kawan jauh bila jumpa seronoknya lain macam

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dh tersurat pertemuannya

    ReplyDelete
  5. aaaa this is so sweet! i love your vibes!! <3

    ReplyDelete

Klik Sekali