Skip to main content

Kayuhan Jalur Gemilang, tapi.....

Cerita pagi Ahad.

Cuaca cerah dan baik 
Perjalanan menuju ke tempat kerja. Biasanya waktu pagi jam 8.00 - 9.00 jalan raya lengang. Kereta tak banyak. 


Tapi hari ni siap ada polis trafik bertugas...
Ternampaklah sekumpulan pengayuh basikal bersemangat waja bersama bendera kecil yang di bawa. Ohhh.... ada program kayuhan merdeka ni. Bersemangat waja mereka berkayuh. Ya, semangat ini yang kita mahukan. Mereka membuat pusingan U lalu melintas di hadapan SS yang sedang berhenti di lampu isyarat dan mereka terus berkayuh sepanjang bahu jalan. Bagus. Seronok menikmati suasana pagi ini dengan melihat pelbagai cara kayuhan dan membawa mini Jalur Gemilang. Ada letak di sisi beg galas, di bahagian hadapan, di pemegang dan di bahagian belakang. Tapi ada sesuatu yang agak mengganggu pandangan SS iaitu bendera kecil yang terletak di bahagian belakang sedang berkibar tepat di celahan punggung pengayuh berseluar ketat....

Lalu SS menekan minyak kereta meninggalkan suasana itu kerana enggan merosakkan pandangan dan aura baik pagi ini.


**Gambar adalah suasana perjalanan menuju ke tempat kerja. 

Comments

  1. wah bersemangat anak muda cintakan negara sambut merdeka

    ReplyDelete
  2. adoi kenapa di situ dia selit!

    ReplyDelete
  3. Saya pun dah lama tak mengayuh basikal. Minggu lepas baru mula kembali.

    ReplyDelete
  4. happy independence dayyy sisss!! <3

    ReplyDelete
  5. ermm betul tu bila terpandang pakaian ketat pengayuh2 ni ada rasa sesuatu yang tak best kan..

    ReplyDelete
  6. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

    ReplyDelete
  7. cantik nya pemandangan ke tempat kerja dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kerja dalam kawasan kampung, aman damai rasa.

      Delete
  8. samalah dgn abe kie.. dah lama x berkayuh. sampai berkarat basikal itu dibuatnya. huhuhu...

    ReplyDelete
  9. He hee rosak pandangan yg indah

    ReplyDelete
  10. Aman damai je jalan raya ke tempat kerja tu.

    ReplyDelete

Post a Comment