Skip to main content

Lubang Misteri


https://drive.google.com/uc?export=view&id=16eT99jrmPKN3xM8jZSJy9JwcJQ7JoyXk


Pada suatu hari Khamis, SS keluar awal dari kebiasaan. Biasanya SS akan keluar rumah jam 8.30 pagi. Tapi hari tu, SS keluar satu jam lebih awal. Sewaktu buka pintu rumah, SS nampak kelibat seorang perempuan seperti cepat-cepat berjalan daripada hadapan pintu pagar rumah SS. 


SS waktu itu terdetik juga dalam hati, apa dia buat pagi-pagi kat depan rumah SS ni?. SS pun tak sempat nak tengok siapa gerangannya kerana perempuan itu membelakangkan SS. Sewaktu keluarkan kereta dari halaman rumah, dan kembali untuk mengunci pintu pagar, SS dapati ada lubang di hadapan pagar itu. SS berasa pelik. SS amati lubang itu seperti bekas cangkul dan bukan seperti di kais kucing. Agak lama SS perhatikan lubang itu. Tapi otak seperti tidak mampu berhubung. Memandangkan SS perlu segera ke tempat kerja, makanya SS buat tangkapan gambar terlebih dahulu. 





https://drive.google.com/uc?export=view&id=1-gV1z_Aidxek9na_BAjVv8p-T3N-N-B7

Sampai ke hari ini, SS masih tak dapat kenal pasti tujuan lubang ini digali dan digali penggunakan apa? Maksud SS, perbuatan manusia atau haiwan? 
Wallahualam.

Comments

  1. Allah lebih tahu. Tidak mahu buat spekulasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya rahsia Allah, terima kasih sedarkan saya.

      Delete
  2. hati2 taburkan garam dalam lubang tu bacalah selawat n surah tiga qul

    ReplyDelete
  3. Semoga yang baik-baik je untuk SS sekeluarga.

    ReplyDelete

Post a Comment