Skip to main content

Program Kesihatan Mental di Tempat Kerja

Simpan untuk dikenangkan. 

Bila kali akhir anda ketawa begini?


Ada rasa tidak terluah. Ada ilusi tidak tergambar. Tapi bengkel tempoh hari sangat membantu dalam perjuangan diri meneruskan kehidupan. Segarkan kembali minda dan jiwa. Buat suplemen di hari esok. Lama tak jumpa rakan-rakan yang pernah sebumbung dulu.


SS menyertai Program Kesihatan Mental di Tempat Kerja. Sejak akhir-akhir ini, SS banyak rasa kurang semangat. Tak pasti kerana faktor kerja atau diri sendiri. Tapi menyertai program seperti ini sikit sebanyak dapat meningkatkan ilmu dan membuka minda SS. Beri tumpuan kepada sesuatu yang diluar rutin harian hidup SS. 


ICE BREAKING - Tulis huruf kegemaran atas kertas A4, 
Cari kawan dan bina satu patah perkataan. SS tulis huruf S. Waktu ice breaking ni kami dapat cari 4 org membentuk perkataan N.A.S.I. Tak mudah juga kerana ramai di antara kami yang tidak mengenali antara satu sama lain.



Antara aktiviti yang mencuit hati. Penceramah menyampaikan olahan tubuh untuk seorang peserta manakala peserta yang lain tidak mengetahuinya. Kemudian, peserta pertama perlu menyampainkan gerakan itu kepada peserta kedua. Begitulah seterusnya  sehingga peserta akhir menunjukkan gaya yang disampaikan kepadanya. Kami ketawa melihat aksi setiap peserta sewaktu proses maklumat disampaikan. Macam-macam gaya. 

Sesi brainstorming aktiviti berkumpulan. Membawa bola pingpong atas gelas yang ditelangkupkan atas sekeping pinggan kertas. Kami perlu alihkan dari meja kami ke meja sebelah hanya menggunakan tali rafia. 

Gandingan 2 penceramah ni memang terbaik. Tak sempat nak mengantuk.  

 

Comments

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.