Skip to main content

Ucapan Ulangtahun Kelahiran 2023


Peringatan kepada diri sendiri
(Ucapan sempena ulangtahun kelahiran kepada diri sendiri)
9 Jun yang lalu.....

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Menciptakan,
Sekalung penghargaan didedikasikan kepada mak abah atas pengorbanan kedua-duanya,
Seutuh rasa kasih bersulam ikatan cinta untuk suami tersayang yang menggalas beratnya beban amanah mempunyai aku sebagai isterinya.


Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan tak tercapai dek akal fikiran pada segala kepahitan, kesukaran, kebuntuan, ketakutan, kesengsaraan yang dibalas dengan kemanisan, kemudahan, kematangan, keberanian dan kebahagiaan menjadi seorang manusia. Allahu, betapa baiknya Allah kepada hambaNYA yang penuh noda dosa ini.

Allah ada menemani
walaupun masih banyak hajat dipanjatkan ke hadrat Tuhan,
walau masih banyak khilaf selaku hamba naif,
walau masih banyak janji yang belum langsai,
Allah tetap ada bersama dan terus memberi nafas hingga ke hari ini.

Bernafasnya hari ini bersama kudrat yang masih kuat dan sihat,
tanda nikmat kasih sayang Allah dan masih terbuka pintu keampunanNYA.



Di ulangtahun kelahiranku.... 2023

Pagi-pagi dah dapat whatsapp dari ex-student SS nak ajak keluar makan tengahari.
Cadangnya nak pergi kedai Wiby, tapi kedai tu tutup. Plan B, pergi kedai bubur sedap, pun tutup. Plan C pergi Warung Pekan Lama, tutup juga. Kesudahannya, dah kami berada di sekitar tu, pergi Tealive saja lah. Terima kasih Yusmanajwa, sudi ajak SS keluar dan belanja. 

Adik lelaki SS pula belanja makan kat kedai Pak Arab di Restoran Dallah.
SS order kebab kambing, manakala dua orang adik SS makan nasi Arab.
Terima kasih Faiz, belanja Along. 

Oleh kerana adik bongsu kitorang tak dapat bersama-sama, tapi disebabkan kami pun tak lupakan dia, jadi, acah-acah laa orang lidi tu dia. SS tengah suapkan air tu... gurau adik beradik, jangan simpan dalam hati.

Balik kerja, suami ajak makan sushi. Rezeki jangan ditolak kan. Kebetulan ada reward dari Sushi King sempena hari lahir, apa lagi makanya janganlah sesekali kita mensia-siakannya ya, kawan-kawan.

Kebetulan memang ada pesan Spicy Norwegian Salmon Carpaccio jadi memang rezeki juga laa ni dapat dengan percuma.

Dan percuma pencuci mulut, Brownies Cake with Ice-Cream. Nyam nyam nyaaam....
Terima kasih Sushi King.


Selain daripada ucapan-ucapan di Facebook dan Whatsapp, SS mengabadikan sebahagian ucapan-ucapan bergambar sempena ulangtahun kelahiran ini.

Irsyad

Nissa

Fahmi

Ruzain

Iman

Din

Shahira

 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.

Comments

  1. Alhamdulillah... pesanan buat diri sendiri dan boleh jua jadi panduan kita semua SS naa :)

    ReplyDelete
  2. Selamat ulangtahun buat SS. Samalah kita, June babies 😄 Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  3. Pibeday SS... Tergelak tengok lukisan orang lidi tu 😄

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tahniah hpbday fizah

    ReplyDelete
  5. Happy belated birthday. Hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.