Skip to main content

Al'Ard Palestine Premium Organic Extra Virgin Olive Oil Produk Berkualiti, Pilihan Terbaik.



Sejak menyedari betapa pentingnya harga sebuah kesihatan, minyak zaitun telah menjadi salah satu bahan yang tidak asing lagi dalam hidup SS. Terdapat terlalu banyak khasiat dalam kandungan minyak zaitun. Jadi, SS banyak menggunakannya dalam makanan dan masakan terutamanya. SS pasti ramai yang telah mengenalpasti pelbagai jenis minyak zaitun dan pelbagai jenama di pasaran serta kegunaanya dalam kehidupan. 


Jenis-jenis minyak zaitun di pasaran :

1.Extra Virgin Olive Oil
-Perahan pertama buah zaitun
-Sesuai untuk dressing dan sos
 
2. Refined Olive Oil
-minyak zaitun yang melalui proses penyaringan
-sesuai untuk memasak.
 
3.Virgin Olive Oil
-minyak yang tidak melalui proses penyaringan
-sesuai untuk salad dressing
 
4. Pure Olive Oil
-campuran virgin olive oil
-sesuai untuk menumis dan menggoreng.
 
5. Light/Extra Light Olive Oil
-minyak zaitun yang melalui banyak proses penapisan
-sesuai untuk menggoreng dan memanggang.

6. Pomace Olive Oil
-ekstrak sisa-sisa biji zaitun
-sesuai untuk kegunaan dalam pengindustrian makan dan kosmetik.

Minyak zaitun Al'Ard antara pilihan terbaik yang membantu kesihatan diri. Tambahan pula minyak zaitun Palestine Premium Organic Extra Virgin Al'Ard merupakan minyak zaitun yang mempunyai khasiat yang premium dan terbukti produk yang berkualiti. 




SS pertama kali makan minyak zaitun Al'Ard ni. Asalnya takut-takut juga andai tak mampu telan. Tapi rupa-rupanya rasa minyak zaitun Al'Ard ni sangat mild berbanding minyak zaitun yang pernah Sis makan sebelum ni. Anak saudara Sis pun boleh makan dengan selamba saja tau!. Katanya sedap, tak sakitkan tekak. Teruja nak makan lagi. 

Mana tidaknya, baca saya 13 perkara premium berkaitan Al'Ard Palestine Premium Organic Extra Virgin Olive Oil ini :

1. Minyak Zaitun Awal Musim Terbaik 'Early Harvest' (Limited Stock)

2. Extra Virgin (Perahan Pertama) dan Cold Pressed (ekstrak sejuk bagi memelihara kualiti)

3. Pilihan daripada buah zaitun hijau terbaik yang dipetik dengan tangan dan diproses pada hari yang sama. 

4. Mempunyai kandungan acidity yang rendah iaitu kurang 0.5%

5. Minyak dari pokok zaitun asli di Palestin jenis Nabali, Roomy dan Souri.

6. Pengikhtirafan organik EU & JAS (Japanese Agriculture Standard)

7. Pengiktirafan ISO-22000, Fairtrade & Halal Palestine.

8. Mempunyai Certificade of Analysis (CoA) daripada Kementerian Pertanian Palestine, Independent Laboratory dan IOC Certified Laboratory serta Certificate of Origin (CoO) dari Palestinian Ministry of National Economy.

9. Hasil dari ladang di kawasan tanah tinggi sekitar Nablus, Tebing Barat Palestine.

10. Buah dari pokok zaitun tua melebihi 500 tahun yang mengandungi khasiat antioksidan vitamin dan mineral yang lebih tinggi.

11. Pemprosesan secara moden menggunakan teknologi terkini mengikut Standard & Piawaian Internation Olive Council (IOC).

12. Pembotolan secara 'Nitrogen Injection Bottling' bagi mengekalkan kandungan khasiat antioksidan.

13. Didatangi dalam saiz botol 250ml dan 500ml
 

Hebat bukan? Memahami tahap kualiti minyak zaitun yang tersendiri ini, Extra Virgin Olive Oil adalah yang terbaik. Manakala SS rasa bertuah mengenali Al'Ard Palestine Premium Organic Extra Virgin Olive Oil ini yang mementingkan kualiti dan penjagaan, membuatkan SS yakin tentang khasiat dan kesannya kepada tubuh badan.



Target SS adalah untuk merendahkan kolestrol, menurunan berat badan dan membantu SS untuk proses ikhtiar hamil maka, minyak zaitun adalah keperluan untuk diamalkan setiap hari.


4 Tips dan Manfaat Minyak Zaitun untuk Merendahkan Kolestrol.
1. Minyak zaitun merupakan sumber lemak sihat monounsalturated fatty acid (lemak tak tepu tunggal) yang terbaik dalam pengambilan diet sihat.
2. Pengambilan minyak zaitun bersama aktiviti fizikal (senaman) memberi kesan berganda dalam menurunkan kadar kolestrol jahat (LDL) dalam darah.
3. Amalkan dua sudu minyak zaitun bersama vitamin E sebelum bersenam akan mengurangkan pengoksidaan lemak (lipid oxydation) yang menyebabkan saluran darah tersumbat. 
4. Penggunaan minyak zaitun akan menjadi serampang dua mata dalam menurunkan kadar kolestrol dan menurunkan berat badan. 

4 Tips dan Manfaat Minyak Zaitun untuk Ikhtiar Hamil
1. Kehadiran lemak monounsalturated dalam minyak zaitun berperanan mengurangkan keradangan dalam badan akan membantu proses kehamilan bebas komplikasi.
2. Kandungan antioksidan yang tinggi dalam minyak zaitun akan membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.
3. Fungsi antioksida dlaam minyak zaitun membantu menyahaktifkan radikal bebas dalam tubuh badan yang boleh merosakkan sel-sel sperma dan telur.
4. Kesan mengamalkan pengambilan minyak zaitun setiap hari mampu meningkatkan aliran darah ke organ pembiakan lelaki dan wanita, membantu pengawalan hormon tubuh, meningkatkan pengeluarkan lendir serviks, menggalakkan ovulasi dan membantu mengekalkan daya pengeluaran sperma.




Cara Penggunaan Minyak Zaitun Yang Disyorkan :
1. Minum 1 sudu makan setiap hari sebelum sarapan dan sebelum tidur, ketika perut kosong.
Elak minum air selama 3 minit selepas minum minyak zaitun.

2. Minyak zaitun boleh dicicah dengan roti yang dicampur zaatar, cuka kurma/anggur untuk menambah rasa.

3. Campurkan 2 sudu besar minyak zaitun kedalam semua jenis makanan panas dan sejuk seperti kari, sup, masak lemak, masak kicap, pelbagai sambal, makanan berkuah, makan bergoreng dan pelbagi jenis lauk-pauk.

4. Sapukan minyak zaitun pada kulit untuk menghilangkan kesan parut, melembabkan kulit, sesuai untuk masalah Eczema, radang kulit, masalah sendi dan lutut serta melebat dan menghitamkan rambut.



Ini adalah salah satu kudapan kegemaran SS. Selalunya menu ni terjadi waktu malam rasa nak mengunyah. Menu ni di ajar oleh seorang kawan SS dari ayahnya yang seorang ustaz. Katanya cara makan waktu ayahnya belajar di tanah Arab suatu ketika dulu. Mudah, sihat dan kenyang.

Menggunakan 3 bahan paling ringkas.
1. Al'Ard Palestine Premium Organic Extra Virgin Olive Oil
2. Timun dihiris
3. Serbuk lada hitam


Ini pula adalah cara detoks bagi menyahtoksin dalam badan. 



Walaubagaimana pun,tidak semua minyak zaitun itu terbaik. Terdapat juga minyak zaitun yang memudaratkan kesihatan. Maka, sebagai pengguna, kita perlu berhati-hati dan baca label setiap kali pembelian.  Kita WAJIB menjadi pengguna yang bijak memilih. Ini antara tips yang membantu pemilihan minyak zaitun dan faktor-faktor kemudaratan. 




Selain minyak zaitun, Al'Ard juga mempunya produk premium yang sangat baik membantu kesihatan diri. Salah satu yang menjadi pilihan SS adalah Premium Palestian Za'atar Blend (Tymes). Ia merupakan campuran herba thyme dan bijan yang mengandungi khasiat antioksidan, vitamin dan mineral. Za'atar ini juga dikenali sebagai 'Food For The Brain yang menjadi amalan pemakanan masyarakat Palestin sejak berkurun lamanya. Pilihan herba thyme pula adalah dari kawasan tanah tinggi sekitar Nablus, Tebing Barat Palestin. Hasil daripada resepi asli palestine sejak ribuan tahun lalu yang diproses menggunakan teknologi moden bagi menghasilkan produk bermutu tinggi dengan rasa terbaik dunia.. Haaa, hebat bukan?


SS biasanya menggunakan Za'atar ni dalam masakan seperti spagheti aglio olio, sos carbonara, sos bolognese, telur separuh masak, telur dadar dan sebagainya. 


Hah, ini memang menu sarapan kegemaran SS pagi-pagi sebelum pergi kerja. Ringkas saja. Bagi SS yang masih ikhtiar zuriat, SS mengamalkan makan telur ayam kampung separuh masak setiap pagi, diadun bersama Premium Palestian Za'atar Blend, lada sulah, minyak zaitun dan serbuk halia. Kadang-kadang SS akan cicah menu telur ayam kampung separuh masak ini bersama roti bakar. 


Tak rugi kita dapatkan produk premium bagi meningkatkan kesihatan tubuh badan. Produk keluaran Al'Ard adalah sangat berbaloi untuk dimiliki. Untuk pembelian produk Al'Ard ini, sila layari :



Menarik dari Al'Ard, dengan pembelian First Harvest Premium Organic Extra Virgin Olive Oil pelanggan boleh memenangi hadiah istimewa iaitu :
1) 2 pakej umrah dan ziarah Palestine
2) 400 hadiah istimewa dari Palestine
3) 2 pake umrah




Wow!!! Sangat wow bukan??!!! 
SS pernah memasang impian untuk umrah dan ziarah Palestine juga. Mana tahu ada rezeki, kan.... 


Ingin menjadi agen Al'Ard?
Terus klik : Agen Al'Ard



 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.


Comments

  1. Minyak zaitun al ard ni memang terbaik dan bagus untuk kesihatan seisi keluarga.. Jom sama sama kita amalkan..

    ReplyDelete
  2. produk makanan terbaik tu

    ReplyDelete
  3. untuk anak biasa yanie masukkan dalam makanan diorang. Bagus minyak zaitun terutamanya Al'Ard punya jenama.

    ReplyDelete
  4. bagus minyak zaitun ni kalau diamalkan setiap hari

    ReplyDelete
  5. Mrs. A guna jenama olivie oil baru je consume tak pasti lagi serasi ke tidak

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.