Cuti sekolah kan, SS dah tak tahu nak bawa Nana (anak saudara SS) ke mana lagi dah. Petang tu Nana kata nak pergi makan-makan. Lagilah mati kutu SS nak bawa. Biasa laa perempuan, itu soalan cepu emas paling susah di dunia nak jawab. Hahaha…
Jadi pusing-pusing bandar Pekan, tak fikir panjang terus ke Kafe Belibis by Icah Catering yang viral kafe dalam keretapi. Sebelum ni SS biasa pergi pagi saja. Juadah makanan dan minuman tradisional Melayu Pahang. Laksa Pahang, Opor Daging, Nasi Impit, kuih-muih dan macam-macam lagi. Terkadang yang jadi berat kaki nak pergi sini sebab sistem kedai ni tak mesra. 😅😅 Layan diri tapi tak sistematik. Pelanggan akan ulang-alik, ulang-alik banyak kali. Dah laa kedai panjang. 😅
Tapi kali ni singgah la lagi setelah sekian lama tak pergi. Mana laaa tahu kalau-kalau ada improvement better than before kan. Tapi kali ni pertama kali laa singgah waktu petang. Alhamdulillah rezeki dapat parking. Area sini mmg susah sgt nak dapat petak parking. Ada juga yang pandai-pandai parking laa kat mana yang logik untuk parking tu.
Kemudian,sejurua sampai kafe, nampak laa satu sistem yang berubah iaitu tempat cuci tangan ada dibahagian depan. Itu pun satu perkara syukur nikmat. Kalau tak, sebelum ni nak cuci tangan sebelum dan selepas makan, nuuunnnnnn haaaa jauhhh di penghujung kafe.
Ok. SS perhatikan juga sistem lain. Masuk dalam restoran, terasa lapang. Mungkin dah banyak barang dikurangkan. Tapi SS masih terkebil-kebil macam mana nak order. Nak kena masuk gerabak dulu atau order dulu. Tapi tak nampak menu. Staff tu nampak SS terkebil-kebil dia punya panggil SS ke kaunter. Diberikan SS menu dan kertas utk tanda order bersama sebatang pensil. Katanya boleh duduk di meja dulu, dan tandakan kertas order tu kemudian hantar ke kaunter semula…. SS pun macam hokaaayy. Ikut sajalah sistemnya. Nasib baik makanan mereka hantar ke meja. Kalau ambil sendiri, nayaaa. (By the way, sebelum ni time sarapan kita layan diri ambil pinggan kat kawasan lain, ambil makanan kat kawasan lain, bayar kat kaunter baru pergi duduk).Tak pasti pula sama ada masih sama atau tidak sistem waktu sarapan. Penilain tekak SS untuk makanan sarapan 5/10.
Tak mengapa, kita hari ini mencuba makanan barat. Pesan spagetti carbonara, chicken grill dan mushroom soup.
Penilaian SS :
Presentation 8/10,
Rasa spageti carbonara 6/10 (RM15)
Rasa chicken grill 5/10 (RM15)
Rasa mushroom soup 5/10 (RM5)
Ok laaa dengan harga kan…
Setahu SS, Icah Catering ni antara yang terkenal di daerah Pekan & Kuantan dengan lauk-lauk tradisional Pahang terutama di majlis-majlis perkahwinan ataupun program setempat.
Ada seorang staf tu, perempuan, sangat mesra dan murah senyum. Tanya apa pun, jawapannya tidak mengecewakan. Walaupun SS lupa nama dia, insyaaAllah SS masih ingat wajahnya. Staff yang mesra pun dah cukup menyenangkan hati pelanggan.
Bersyukur dengan nikmat hari ini.
Kafe Belibis tetap menang pemandangan.
Jadi marilah kita posing selepas perut dah kenyang.
Nana posing depan bangunan Muzium Sultan Abu Bakar.
Posing di belakang muzium
Posing di gerabak keretapi.
Acah-acah panjat,kemudian nak turun tak reti. 😅 Tinggi sangat. ðŸ¤
Oh, kat belakang tu gerabak kopi.
Belakang Nana tu lah tempat makan-makan. Masuk ada aircond. 5 minit dah terasa panas. Mungkin sebab pintu train tak tutup.
Ramai orang posing kat sini, Nana pun nak jugaa laa...
Termenung di luar jendela…
Info :
Kafe Belibis
By Icah Catering
Pekan, Pahang
Comments
Post a Comment