Skip to main content

Kursus TIKTOK Content Creator


Sementara ada kesempatan untuk menimba ilmu, SS sertai satu program anjuran Kolej Komuniti iaitu Kursus TikTok Content Creator. Tidak laa SS berhajat nak jadi content creator. Tapi sekadar nak ambil ilmu sikit sebanyak. Pelajar SS semuanya ada Tiktok. Tambahan pula SS dapat tugas jaga TikTok jabatan, sebab tu SS perlu belajar terutama asas penggunaan. 




Bersama fasilitor kursus. Kedua-duanya merupakan pempengaruh Tiktok yand dikenali Sir Ladang dan Alpha Zaki. Kagum dengan mereka. Walaupun mereka pempengaruh, tapi mereka tetap mempunyai kerjaya yang mereka hargai. Cara penyampaian mereka kepada peserta sangat santai dan mudah difahami. Mereka antara contoh pempengaruh yang berilmu.

Kata mereka, nak jadi pempengaruh kena ada ilmu alam realiti. SS setuju. Tiktok itu sekadar platform bukan kerjaya. Masyarat perlu sedar tentang ini. SS sendiri berasa risau lepas terbaca beberapa artikel dan tengok beberapa video tentang anak muda yang menolak ilmu realiti kerana ingin menjadi pempengaruh. Ilmu ditolak ketepi demi dikenali ramai. Ini juga salah satu tanda-tanda akhir zaman apabila manusia semakin menolak ilmu. Kedua-dua penceramah ini mengajak masyarakat untuk terus memberi kebaikan kepada orang ramai. 





Gambar kenangan bersama.

Sudilah ke Tiktok SS : Fizass

Comments

  1. Bagus..menimba ilmu..mana tau boleh diguna pakai nanti kan...

    ReplyDelete
  2. Tak rugi tambah ilmu. Banyak kegunaan.

    ReplyDelete
  3. Uncle masih takde akaun Tiktok.... nak buat lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat laa satu uncle. banyak info jugak dpt kt tiktok sebenarnya. cuma kena pandai nilai sahih atau tak ....

      Delete
  4. Ilmu penting. Takde ilmu tiadalah gunanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaan... ilmu tanpa amal pun tak ada gunanya

      Delete
  5. wah terbaik tu ada ilmu nk guna buat content

    ReplyDelete
  6. Betul itu, TikTokpun mungkin tidak akan relevan pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  7. Bestnya ada program macam ni.. tambah ilmu di dada

    ReplyDelete
  8. Bagus dapat menimba ilmu. Taklah ketinggalan teknologi (macam saya 🤭).

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni sbb dah banyak ketinggalant teknologi jugak sebenarnya. tu yang saja2 join, amik ilmu asas

      Delete
  9. tak rugi tambah ilmu baru
    bagus utk resume kita
    dan nak buat part time as CC TT pun tak jadi masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terfikir jugak tu, tapi belum ada kekuatan dan keyakinan heheheh

      Delete
  10. waahh Sir Ladang & Alpha Zaki!
    Bestnya akak dapat join !

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbelum ni tak kenal pun depa. tapi lepas join event ni, memang best rupanya depa ni.

      Delete
  11. Bagus dapat join macam ni. Nanti kita praktikkan ilmu kita ni pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah... knaa ikut peredaran zaman jugak. amik ilmu sikit sebanyak

      Delete

Post a Comment