Skip to main content

Hukum Mencabut Gigi di Siang Hari Bulan Ramadan






Sebenarnya banyak kali juga dengar ceramah pasal cabut gigi ni tentang cabut gigi di siang hari ketika berpuasa Ramadan. Tapi tetap juga timbul pertanyaan diri sendiri boleh, tak boleh? boleh, tak boleh?

SS pernah ingat seorang kawan SS ni 20 tahun dahulu. namanya Sofea Batrisya (bukan nama sebenar tapi nama samaran tetap kena standard watak novel mahupun drama heheheh).Waktu Sofea Batrisya sakit gigi ketika puasa Ramadan, dia sanggup menahan sakit untuk cabut gigi di waktu malam. Siang hari tu tak usah cakap lah bagaimana dia menahan sakit. Ramai kawan nasihat untuk dia berbuka tapi katanya dia sanggup menahan sakit sehingga waktu malam untuk ke klinik. SS yang tengok keadaan Sofea Batrisya ni memang sangat kesian. Agak memudaratkan diri sendiri. Waktu tu, SS pun tak pasti tentang hukum mencabut gigi. Alhamdulillah SS tak pernah sakit gigi sampai sekarang. Tapi risau juga la. Orang kata sakit gigi ni adalah yang paling sakit selepas sakit kematian dan melahirkan. Betulkah? Wallahualam.


Zaman sekarang Google saja keluar semua poster, gambar, video ceramah tentang apa saja. Tiktok pun ada ustaz ustazah bagi penerangan. Jadi, ringkasnya SS tampallah sekeping poster daripada Yg.Bhg Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), mantan Ahli Dewan Negara dan mantan Mufti Wilayah Persekutuan ke-7. Kalau tak silap, poster di bawah ini adalah sewaktu beliau memegang jawatan-jawatan tersebut. Tapi tak mengapalah, yang penting adalah penerangan ini ringkas dan mudah faham. 



Jadi, hukum mencabut gigi di siang hari bagi yang berpuasa (tidak kira puasa wajib di bulan Ramadan ataupun puasa sunat dalam bulan-bulan Islam yang lain) adalah TIDAK BATAL PUASANYA. Namun cabutlah pada waktu malam hari kecuali kerana keperluan. Apa yang SS faham tentang KEPERLUAN ini adalah jika sakit itu telah memudaratkan diri sendiri, maka dibolehkan untuk mencabut gigi diwaktu siang. Jika masih mampu tahan namun tidak memudaratkan, seeloknya cabutlah pada waktu malam bagi menghormati puasa dan risiko tertelannya air ketika proses mencabut gigi. 


P/S : Gambar SS di atas tu sakit gigi ke? Baru tadi SS kata tak pernah sakit. Hmmm, SS sebenarnya sakit gusi je. Gusi bengkak. Gambar tu lakonan semata-mata. Bak kata suami SS, "awak kalau tak poyo bukan Afiza Asmi lah orangnya".

Selamat berbuka semua.... 

Comments

  1. Ini antara perdebatan yang popular dalam bulan ramadan

    ReplyDelete
  2. Ooo.. Ok la kalau tak batalkan puasa.

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.