Skip to main content

Hukum Menjemput Bukan Islam Berbuka Puasa

Semalam pejabat sebelah ada buat juadah bawaan (potluck) dijemputnya kami yang sedang siapkan rakaman sempena Aidilfitri. Antara menu yang dihidangkan adalah Laksa Pahang. SS pun menerangkan serba sikit tentang Laksa Pahang kepada pelajar SS yang datang dari Sabah dan Sarawak. Ini pertama kali mereka jumpa Laksa Pahang. Sekali rasa, terus nak lagi. Menambah tau!. Sambil makan, asyik puji kesedapan Laksa Pahang. SS pesan kat mereka berdua, sebelum habis belajar ni dan sementara ada di bumi Pahang ni, ambillah peluang untuk meneroka makan-makan dan tempat-tempat yang menarik di Pahang dan di semenanjung. 



Tengok laa si kumang (gadis cantik Sarawak) bernama Lydia ni, entah kali keberapa asyik ulang, sedapnya Laksa Pahang. Banyak dia tanya pasal cara nak buat Laksa Pahang tu, bahan-bahan dalam kuah laksa... SS kongsikan apa yang SS tahu.


Sama juga dengan Sumandak (gadis Sabah) ni. Tu mangkuk kedua tu. Tepuk-tepuk tangan sebab sedap sangat makan Laksa Pahang.  
Alhamdulillah, kena dengan selera mereka berdua. 


Kita kan dah puasa, semoga ada kesempatan SS nak iftar bersama mereka. Kita hidup bermasyarakat majmuk. SS dikeliling pelajar yang bukan muslim. Jadi menjemput mereka untuk sama-sama iftar adalah dibolehkan dalam Islam dan hukumnya harus. Alhamdulillah. Islam memang mengajak kita merapatkan silaturrahim dan ukhwah dengan yang bukan Islam. Indahnya Islam. 






Di kesempatan ini, SS mengucapkan selamat berpuasa SS ucapkan kepada semua sahabat-sahabat blogger dan juga pembaca. 

Comments

  1. Islam itu indah.
    Selamat berpuasa 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA, Islam memang Indah. Salam Ramadan Mubarak.

      Delete
  2. Salam Ramadan Al Mubarak. May this blessed month bring you closer to Allah and His divine
    guidance, filling your heart with peace and tranquility. Insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Yaa Rabbal Alamiinn. Thank you so much. May Allah ease everything ibadah of Ramadan.

      Delete
  3. memang betul....harus kerana ia satu dakwah secara tidak langsung...mana tahu ada yang terpaut hati dengan agama Islam

    ReplyDelete

Post a Comment