Skip to main content

18 Bahan dalam Resepi Hot Sour Soup Chinese Style

Kadang-kadang bosan asyik menu sama saja. Tiba-tiba teringat menu yang selalu makan kat hotel bila ada event yang menghidangkan menu Chinese Style. Salah satu yang SS suka Hot Sour Soup dan Ikan celup tepung masam manis. Jadi, kali ni SS cuba masak Hot Sour Soup Chinese Style untuk pertama kali. Alhamdulillah. Habis juga seperiuk makan dengan suami. Satu menu ni saja dari tengah hari sampai ke malam. 

Bahan-bahannya tak mahal pun. Banyak cendawan. Mampu beli untuk tengah-tengah bulan sementara tunggu gaji minggu depan. Hehehehee...

Masaknya tak susah pun, cuma penyediaan bahan-bahannya yang perlu hiris jadi agak lama berada di dapur. Resepi ini SS simpan dalam blog untuk rujukan SS dikemudian hari. Kalau berminat nak cuba, silakan. SS ni suka masak ringkas-ringkas saja. 

BAHAN-BAHAN
  1. Bawang putih
  2.  Halia
  3. Air
  4. Black Fungus Mushroom
  5. Cendawan Shitake
  6. Cendawan Enoki
  7. Lobak merah
  8. Cili Merah besar
  9. Jejari Ketam
  10.  Kiub Ayam
  11. Kicap pekat
  12. Myk bijan
  13. Lada sulah
  14. Cuka
  15. Garam
  16. Tepung jagung
  17. Telur ayam (sebiji)
  18. Daun bawang

PENYEDIAAN
  1. Cincang bawang putih dan halia
  2. Hiris halus black fungus mushroom, cendawan shitake, lobak merah, cili merah, jejari ketam, dan daun bawang.
  3. Bancuh tepung jagung dengan air dan ketepikan.
  4. Pecahkan telur ayam, kacau dan ketepikan.
  5. Panaskan periuk. Masukkan minyak jika ingin menumis. Tumis bawang putih dan halia sehingga sedikit kekuningan dan naik bau / terus masukkan secawan air, bawang, halia dan kiub pati ayam sehingga mendidih.
  6. Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris termasuk cendawan enoki dan tambahkan air.
  7. Biarkan sehingga sedikit mendidih
  8. Masukkan kicap pekat, minyak bijan, lada sulah, cuka, garam dan gaul sebati.
  9. Masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah
  10. Tuang telur perlahan-lahan sambil mengacau sup. 
  11. Hiris daun bawang dan campak ke dalam sup, atau sewaktu hidangan. 



Gambar dari dalam periuk 



P/S : 
**Disarankan menggunakan sebiji telur untuk mendapatkan kuah yang menarik. Telur yang banyak menjadikan warna kuah lebih kusam.
**Sebatikan rasa masam cuka dalam masakan sehingga rasa betul-betul sedikit masam.

Comments

  1. Masakan Cina memang sedap-sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak amie. saya ni dulu tak boleh terima masakan Cina, tapi bila makin meningkat usia ni, semakin boleh terima tekak ni. ehhehehe

      Delete
  2. nti ldy try order... x pernah makan lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa sila laa order kalau tahu kat mana yang sedap2 tu.

      Delete
  3. Replies
    1. Boleh cuba, kak paridah. Saya punya menu biasanya ringkas-ringkas macam ni saja.

      Delete

Post a Comment