Skip to main content

Cottage Pie Idea Untuk Port Luck


Cottage Pie ni ada Daging Kisar + Mashed Potato + Mozarella Cheese. Itu saja. SS ingat susah sangat buatnya. Tapi tak sangka senang saja rupanya. Sementara ada bahan-bahan utama dalam peti, SS lancar saja menu ini untuk pertama kali dalam hidup. Heheheheeeeee
Kalau nak buat lagi, akan tambah baik dari segi penyediaan dan bahan-bahannya.


Bahan-bahan :

  1. Kentang 5-6 biji dipotong dadu

  2. Butter 2 sudut besar

  3.  Susu full cream dalam setengah cawan

  4. Daging Kisar

  5. Bawang Holland dipotong dadu

  6. Tomato dipotong dadu

  7. Garlic powder

  8. Garam

  9. Black pepper

  10. Pelbagai herba (oregano/ Italian herbs/ paprica)

  11. Garam


Cara Penyediaan :
Mashed Potato :
Rebus kentang sampai empuk, masuk garam. Apabila dah empuk, lenyek sampai lumat, masukkan butter, susu full cream, garlic powder, garam, black pepper, gaul semua sebati (ubahsuailah ikut rasa sesedap tekak masing-masing).

Inti daging :
Tumis bawang putih, masukkan daging Kisar, goreng sampai hilang airnya, masukkan bawang Holland, pelbagai herba (oregano/ Italian herbs/ paprica/garlic powder). Masukkan tomato.

Bakar :
Lapiskan inti daging dgn mashpotato, tabur mozarella cheese. Taburkan juga chili flakes/oregano/basil. Kemudian,bakar. SS guna aluminium foil, bakar dlm air fryer sahaja yang suhu 180° selama 8 minit sahaja.


Post-mortem : 
Lepas dah makan, rasa ...
Nampaknya SS memang kena buat penambahbaikan dari segi bahan. Mungkin lain kali boleh tambah puri tomato/ sos Bolognese dan lada benggala. Cadangnya untuk inti daging lebih sedap kalau dapat beli daging segar dan kisar sendiri. Untuk pertama kali buat ni makan sikit pun dah kenyang sampai ke malam. Kalau tengah diet memang mengesal ni.🤭 Bila lagi nak ulang? Mengenang tahap kekenyangannya itu, rasanya setahun sekali boleh laa buat agaknya. Jadi, tahun depan pulalah. Atau, kalau pejabat ada buat port luck, ini salah satu idea. 💡 

Comments

  1. Oh ingatkan buat untuk jamuan. Hehe kalau buat untuk makan di rumah memang jenuh habiskan kalau seorang.

    ReplyDelete
  2. sedapnya....makan pie inti daging, salut kentang mmg mengenyangkan...

    ReplyDelete

Post a Comment