Mencari kegembiraan dalam pekerjaan adalah keperluan. Mendapat kegembiraan adalah salah satu terapi kehidupan. Sahabat pula mewarnai perjalanan. 🌹🐜
Jumpa Pn.Ilma yang selalu sempoi dan masih sempoi 😃 Dapat jumpa Kak Kam & Sasana sahabat di JHEPA dulu, terubat juga kerinduan.. Masing-masing gigih laksanakan tugas malam tu, sempat bertanya khabar sekejap, hye hye dan bye bye lalu sambung tugasan.
Segan sebenarnya nak bergambar beramai-ramai sebab rasa macam bukan siapa-siapa pun, tapi Madam Yong tarik tangan sampai ke depan. Semeja dengan Madam Yong banyak yang kami borakkan. Paling tak lupa detik awal pertemuan. Madam Yong kata kami kenal sejak Januari 2013, so Januari ni friendsary kita juga laa kan. Madam Yong sebelum ni merupakan pengarah Confusius Institute UMPSA. Banyak kerjasama yang telah kami jalinkan dan menjadi sebahagian kenangan manis. 🥰
Semuanya tentang persahabatan.
Tarian Singa tu cuma menggamit kenangan pada sebuah kerinduan. Story next chapter kot. 🤓
Program ni diadakan di Hotel Grand Darul Makmur. SS dpt tahu bahawa hotel ni telah berada di bawah kelolaam Majlis Ugama Negeri Islam Pahanga (MUIP). Jadi, bolehlah makan tanpa was-was.
Comments
Post a Comment