Skip to main content

Writer's Cut Time


Seperti biasa permulaan bacaan akan tenang, atau mungkin pembaca lain akan merasa bosan. Tapi bagi SS, teruskan meneroka karya ini dengan berhati-hati. Pasti ada sesuatu yang akan buat SS teruja. 


Bila sebut pasal Ranggau dah terbayang makhluk kepala kerbau itu. Terfikir juga sama ada RAM sudah tidak ada idea baru atau ada sesuatu yang diluar jangka dari RAM (surprise). Tapi Rangau sepertinya bukan topik utama. Mungkin ada sesuatu yang belum dirungkaikan dalam Rangau sebelum ini? Fikiran Sis agak keliru. Adakah Rangau ini adalah Rangau yang sama dalam Rangau? Atau dia adalah Rangau dalam cerita ini saja?.

Ada terfikir juga, mungkin semua penulis akan melalui fasa Writer's Cut. Atau pun, ini sebahagian perjalanan RAM sebagai penulis?. Adakah Rusdi itu RAM? Atau Rusdi hanyalah Rusdi?.


Tiba-tiba sampai kepada cerita dalam cerita. Mahar Rangbulan dan Liverpool Ghost agak menarik perhatian. Adakah dua cerita ini merupakan salam kenal kepada dua naskah akan datang?.

Keseluruhan bacaan membuatkan banyak persoalan yang berlegar-legar dalam kepala SS namun tanpa jawapan. Tapi mungkin juga tidak perlu dijawab. Ia hanyalah permainan fikiran dan perasaan. 

Sengaja membiarkan persoalan itu berlegar dalam fikiran, sambil terus menikmati juadah cerita. Masih menanti apakah 'surprise' RAM kali ini. Akhirnya, ya! RAM mengakhiri karya dengan baik. 'Surprise' yang SS tertunggu-tunggu telah terhidang diakhir cerita. 

Walaupun karya ini agak ringan dan penuh persoalan namun pengakhirannya tidak mengecewakan SS

Tutup novel. 

Tapi SS masih ada persoalan. 
Adakah Writer's Cut Time ini sebenarnya dalam bayangan RAM yang dikongsi bersama?.
Tetap tinggal tanda tanya.

Tahniah RAM. 


Comments

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.