Skip to main content

Posts

Keep Planning

~~~ if 'Plan A' didn't work the alphabet has 25 more letters. So, stay cool ~~~

Semut dan Sesumpah Menari-nari

Assalamualaikum kawan-kawan... Sesiapa yang membaca blog ini , walau pun kita saling tidak mengenali tapi Cik Semut tetap menganggap kamu semua kawan Cik Semut... Selamat berkenalan ye... Boleh tinggalkan jejak anda sama ada melalui komen atau 'Shout box'... Komen selalunya untuk mengulas entry Cik Semut... mana-mana pun boleh la... sangat dialu-alukan...Nampaknya Cik Semut tak selalu menaip entry baru...masa dan keadaan betul-betul tak mengizinkan. Apa pun Cik Semut bersyukur dengan kelapangan ini sempat Cik Semut menaip untuk tatapan kamu semua... Kali ini Cik Semut nak cerita pasal seekor kawan Cik Semut ni. Dikenali sebagai Sesumpah. Sebenarnya banyak nama kawan Cik Semut ni. Ada panggil mengkarung la, cicak kubing la, Chameleon, mana yang tak kenal ini gambarnya : kredit to fotomedia Gambar diatas dari Google untuk tontonan kawan-kawan Cik Semut.. Sesumpah ni sejenis haiwan reptilia. Saiznya lebih besar daripada cicak tetapi lebih kecil daripada biawak. ...

Musuh Aku

Assalamualaikum ... Korang dah blogwalking ke hari ni? Dah siap entry baru? Cik Semut ni bertaktih jenuh menyiapkan satu hari satu entry... itu pun kalau masih punya kesempatan... Ni hari ni nak cerita pasal musuh Cik Semut... Orang kata jangan mencari musuh, tak baik... tapi kadang-kadang kita tak cari pun dia datang kat kita... Kadang-kadang terlalu dekat dengan kita... Kadang-kadang kita tak perasan pun dia ada.... Cerita pasal musuh Cik Semut ni sebenarnya bukan musuh sangat pun cuma Cik Semut je tak suka kat dia... Ni haaa, musuh Cik Semut ni.. geram juga bila jumpa dia depan mata Cik Semut. Selalu Cik Semut memang menghindari bila berjumpa dengan dia. . tengok muka dia pun kalau boleh memang tak mahu lah... Tapi kalau dah jumpa, dah duk dekat, Cik Semut cuba lari lah.. kalau tak dapat lari biarkan saja dia di situ... asalkan dia tak ganggu hidup Cik Semut ni.. heheeheh Tapi hari ni Cik Semut teringat kat dia setelah terserempak dengan dia wa...

Ada Kawan Dalam Hutan...

Assalamualaikum kawan-kawan... Tak kira laa follower ke, reader ke... korang tetap kawan Cik Semut... Maaf kerana lama tak mengirim khabar berita kerana kesibukan yang melanda diri Cik Semut... Mai sini Cik Semut nak bercerita sikit... Dah lama Cik Semut tak pergi Jungle Tracking... Siapa yang suka masuk hutan macam Cik Semut sila angkat tangan... haaa, boleh gang la kita ... Dulu masa zaman muda-muda dulu, Cik Semut aktif jelajah hutan sana, hutan sini... panjat bukit sana, bukit sini... masuk gua sana, gua sini... pantang ada  yang mengajak terus je pergi. Sanggup ambil cuti semata-mata nak menghabiskan tenaga dan wang ringgit untuk hobi yang satu ni... Seronok Bedah oiii..... masa ni lah nak bina stamina.. Berat badan pun boleh turun 5kg tau! Sekarang umur pun dah makin meningkat, tanggungjawab dah makin banyak nak luang masa untuk diri sendiri pun kadang-kadang tak sempat... Lokasi : Woodland Resort, Taman Negara Pahang. Daerah : Jerantut. Negeri...

Lif Berhantu...

Google saja Assalamualaikum... Cik Semut memang betul-betul tak sempat nak post entry baru kerana kesibukan tugas dan kehidupan Cik Semut di sini.. Maklumlah sekarang hujan tak tentu masa, Cik Semut gigih mencari makanan untuk simpanan di hari ujan nanti.. heh heh heh... begitulah ibaratnya... nak blogwalking pun tak sempat la kawan-kawan. Hari ni Cik Semut nak cerita pasal LIF. Semua orang pernah masuk lif kan... PASTI.  Kita pun mesti pernah tengok budak-budak dalam dukungan mak ayah menangis-nangis waktu lif bergerak turun naik.... kan?  Ada juga yang imagine terperangkap dalam lif bila naik seorang diri... (Cik Semut lah tu) heheheheh... Bukan apa, sebab banyak sangat tengok cerita hantu dalam lif. Terpengaruh dengan cerita tu lah. Cerita LIF BERHANTU pun banyak kali dengar kat hotel-hotel. Ada yang kata kat hotel selalu tak ditutup aras 4 sebab ada hantu suka naik lif dari aras tu. Macam-macam lah. Tak tahu sejauh mana kebenarannya. Tapi itu l...

80's people

Hari ni ramai kawan-kawan Cik Semut post benda alah tu kat facebook. Kongsi je lah ngan kamu semua.

BOHSIA...

Assalamualaikum kawan-kawan yang membaca.. Macam mana dengan sambutan Aidiladha anda? Meriah atau biasa-biasa saja.. Apa pun yang penting, hayatilah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan oleh Allah SWT supaya mengorbankan puteranya, Nabi Ismail a.s. Carian Google. Tapi topik Cik Semut hari ini adalah pasal BOHSIA. Cik Semut mengenal perkataan tu sejak sekolah rendah lagi. Masa tu darjah 6, bohsia ni 'famous' dikalangan kakak-kakak sekolah menengah. Bohsia yang Cik Semut definisikan dalam kepala otak masa tu adalah  para perempuan yang buruk tingkahlakunya dan pergaulan yang bebas. Jadi masa sekolah rendah tu agak berdebar bila nak melangkah ke alam menengah sebab takot terserempak dengan kakak-kakak bohsia yang pada ketika itu dalam fikiran Cik Semut ni, bohsia ni seorang yang sangat negatif tingkahlakunya.  Tapi bila dah melangkah ke alam menengah, bila dah tengok dengan mata kepala sendiri tak adalah seperti yang Cik Semut risaukan sanga...