KLIK KLIK

11.8.21

5 Minit Masak Singgang Ketuk-ketuk, Campak!

Assalamualaikum ~ ~ jawab dulu salam aku tu...

Hari ni kena masuk pejabat. Biasanya hari kerja aku akan masak menu ringkas sahaja. Tapi hari ni mood nak masak kelaut sikit. Rasa macam nak rehat lebih, jadi kena fikirkan menu yang paling ringkas, mengeyangkan dan jimat tenaga.

Masakan paling sempoi, paling sedap, paling sihat dan paling jimat masa, tenaga dan wang ringgit dimenangi oleh SINGGAAAANNNGGG!!!! hik hik hik.... singgang ni masakan tradisional orang pantai timur lebih-lebih lagi di Terengganu laa...

Bahan-bahan : (3 orang makan) 

1. Air
2. Asam keping 3 keping
3. Serai 3 batang - ketuk!
4. Halia 1 inci - ketuk!
5. Kunyit hidup 4 ketul kecil- ketuk!
6. Bawang putih 5 ulas - ketuk!
7. Bawang merah 3 ulas - ketuk!
8. Cili padi 15 biji - ketuk!
9. Ikan 
10. Pati ikan bilis
11. Bendi 
12. Garam

Cara-cara :
1. Masukkan air dalam periuk
2. Masukkan asam keping
3. Tunggu air mendidih
4. Campakkan semua bahan. Ikan dimasukkan akhir sekali supaya tidak hancur.
5. Garam secukup rasa.

Tadaaaa.....
5 minit saja dah siap!

**aku suka ikan tenggiri, nak masuk ikan kembung atau selayang pun boleh.
**boleh juga guna mcm2 asam sama ada asam gelugor/keping/air asam jawa/tomato
**kali ni aku try guna ikan kerisi jiran sebelah bagi. Ikan kerisi tak boleh simpan lama nanti isi dah tak sedap dan berbau. 
**bendi adalah kegemaran aku dalam singgang dan kari.
**masakan pedas pembangkit selera sebab tu lebihkan cili.

"Ada orang suka singgang ikan, ada jugak yang buat singgang ayam / daging. Tapi singgang ikan tetap menjadi pilihan aku. Singgang kegemaran aku adalah singgang ikan tenggiri.
 
Singgang ni terkenal di makan dengan nasi panas-panas, bersama ikan goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman."


Selamat menjamu selera. 



"Umpama tak cukup Melayu kalau tak kenal singgang dan sambal belacan. "

26 comments:

  1. favourite ni... masam² lg sedap.. mkn pulak dgn nasik panas.. kalau kena ikan fresh hurm lagilah berselera mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kakmim.. bangkit selera terus kalau dpt pekena singgang.

      Delete
  2. Lauk menyihatkan sebab tidak guna minyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. musim2 sekarang kena banyak makanan makanan sihat.

      Delete
  3. Sokong!
    Singgang masakan yang menyihatkan dan berkhasiat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak amie. Musim sekrang memang kena utamakan kesihatan berlipat ganda.

      Delete
  4. Saya tak pernah lagi makan lauk singgang.

    ReplyDelete
  5. Hari ni pun pn is3 masak singgang ikan bawal emas

    ReplyDelete
  6. Eh! sama pula menu kitaaa... dua kali tambah nasi, jadi menu tak sihat dibuatnya.

    ReplyDelete
  7. Sedappnyaaa lauk singgang! Saya pun suka ikan tenggiri, kalau makan confirm menambah hehehe

    ReplyDelete
  8. janjisedapmsak ringkas2 ok ja

    ReplyDelete
  9. meme jeliro sungguh la make nasi pnas lauk ike singge. Tambahe pulo ada ule cicoh budu!

    ReplyDelete
  10. Menu ringkas yang sihat gini.
    Kalau singgang ayam/daging, belum pernah try makan. Ada rupanya ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ada, saya pernah tengok orang masak singgang ayam dan daging. tapi mcam tak kena tekak saya sbb dah biasa makan singgang ikan.

      Delete
  11. singgang walaupun ringkas sedap, kalau mertua akak buat lagi ringkas potong je semua dia tak guna kunyit putih je tapi aduhai layan betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, saya pernah makan juga singgang yang tak letak kunyit. Sama sedap je bila dah sebati semua bahan2 tu.

      Delete
  12. Replies
    1. betul-betul. hirup sampai licin kuah dia. heheheh

      Delete

Klik Sekali