Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum...
Kejadian waktu nak pergi lepas balik lunch. Lunch tadi dari pejabat, SS keluar jalan lain, waktu nak masuk semula ke pejabat lalu semula jalan ni. Biasa pagi-pagi saja SS akan lalu jalan ni. Baru suku jalan, dah ternampak kelibat 2 buah lori bomba dibahu jalan. Dan nun di sana, asap berkepul-kepul. Patutlah dua, tiga hari kebelakangan ini asyik bau asap. SS serba salah nak meneruskan perjalanan atau patah balik ikut jalan jauh. Lunch hour pun dah nak tamat. Tapi nun di sana macam langsung tak nampak jalan. Tup tup nampak kelibat motorsikal dan kereta keluar dari kepulan asap. Boleh lalu agaknya. SS pun redah saja dengan tawakal.
Nasib baik selamat. Waktu balik dari kerja, SS lalu jalan yang berasap tu. Sempatlah ambil gambar lokasi yang terbakar tu. Asap masih tebal.
Biasanya kebakaran macam ni disebabkan cuaca terlalu panas, rumput jadi terlalu kering. Tambahan pula jika ada sampah-sarap dari bahan mudah terbakar di celah-celah rumput tu. Sebab tu kita dari kecil dah diajar buang sampah dalam tong sampah. Tapi masih ada lagi masyarakat yang mentaliti dunia ketiga orang kata, spesis yang suka campak sampah keluar kereta atau merata-rata. Eh, jauh pula SS fikir. Tapi itulah yang terlintas difikiran waktu memandu pulang semalam. Memang setiap kali ada kebakaran macam ni, buat SS fikir macam tu.
Sekiranya rakan-rakan blogger ada pandangan perkara apa yang menyebabkan kebakaran macam ni, SS mengalu-alukan untuk komen. Sekadar ingin membuka minda SS.
Terima kasih sudi singgah dan baca entri.
"Kejadian yang berlaku disekeliling kita, adalah untuk kita berfikir,
menginsafi dan mensyukuri."
igtkan kabus di genting highland.
ReplyDeleteKalau kabus genting... syoookk.. sejuukk..
Deletehutan terbakar ke tu?
ReplyDeleteNak kata hutan, tak hutan. Pokok2 besar di bahu jalan je ni...
DeleteBoleh jadi cuaca panas yang buatkan pokok pokok tu terbakar. Disokong pulak ada bahan bahan yang membantu untuk cetuskan kebakaran. Hehehe
ReplyDeleteKan... ini kerap jadi punca kebakaran.
DeleteMungkin angkara perokok kot
ReplyDeleteSetuju juga dengan punca ni. Naik moto sambil hisap rokok, mcm mana nak padamkan api rokok... hisap2, terus campak dalam semak.
DeleteCuaca panas, rumput dan dahan-dahan pokok mengering bila ada bahan pencetus macam kaca terkena matahari itu antara sebab terbakar.
ReplyDeleteSemalam tengok BU kebakaran di Pasar Keramat agak besar jugalah
spesis suka campak sampah kluar dari kereta! omg benci gila spesis ni
ReplyDeletemusim panas gini kan, kot ada yg buang puntung rokok mesti merebak dah rumput pun kering... mudahla terbakar
ReplyDeleteAda tumpahan minyak? Tekaan.
ReplyDeletejerebu dah haa
ReplyDeleteTeringat pengalaman tempuh asap sebab ada kebakaran di bahu jalan, rasa macam dah hujung nyawa masa tu, dahlah jalan tak nampak, api pulak mengahala ke arah jalan
ReplyDeleteAda kawasan perumahan ke kat situ? Api dari pembakaran terbuka pun boleh jadi sebab
ReplyDeleteKalau lalang kering, bila cuaca panas ada kemungkinan mudah terbakar. Pernah juga nampak di highway ada pokok tepi tepi terbakar. Bila daun kering dah start terbakar cepatlah merebak api tu. Bila terbakar ni lagi panaslah cuacanya. Tumbuhan hijau semakin berkurangan.
ReplyDeleteAllah.. Sha setuju sangat dengan SS, selain dari keadaan rumput yang terlalu kering tu sampah yang dibuang merata-rata juga antara punca kebakaran.. memang tak boleh nak buat apa dengan mentaliti kelas ketiga ini.. Cakaplah macam mana pun, nak juga buang smapah merata-rata.. Kadang sengaja..
ReplyDelete