Skip to main content

Apa Punca Kebakaran?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum...

Kejadian waktu nak pergi lepas balik lunch. Lunch tadi dari pejabat, SS keluar jalan lain, waktu nak masuk semula ke pejabat lalu semula jalan ni. Biasa pagi-pagi saja SS akan lalu jalan ni. Baru suku jalan, dah ternampak kelibat 2 buah lori bomba dibahu jalan. Dan nun di sana, asap berkepul-kepul. Patutlah dua, tiga hari kebelakangan ini asyik bau asap. SS serba salah nak meneruskan perjalanan atau patah balik ikut jalan jauh. Lunch hour pun dah nak tamat. Tapi nun di sana macam langsung tak nampak jalan. Tup tup nampak kelibat motorsikal dan kereta keluar dari kepulan asap. Boleh lalu agaknya. SS pun redah saja dengan tawakal. 




Nasib baik selamat. Waktu balik dari kerja, SS lalu jalan yang berasap tu. Sempatlah ambil gambar lokasi yang terbakar tu. Asap masih tebal. 



Biasanya kebakaran macam ni disebabkan cuaca terlalu panas, rumput jadi terlalu kering. Tambahan pula jika ada sampah-sarap dari bahan mudah terbakar di celah-celah rumput tu. Sebab tu kita dari kecil dah diajar buang sampah dalam tong sampah. Tapi masih ada lagi masyarakat yang mentaliti dunia ketiga orang kata, spesis yang suka campak sampah keluar kereta atau merata-rata. Eh, jauh pula SS fikir. Tapi itulah yang terlintas difikiran waktu memandu pulang semalam. Memang setiap kali ada kebakaran macam ni, buat SS fikir macam tu. 

Sekiranya rakan-rakan blogger ada pandangan perkara apa yang menyebabkan kebakaran macam ni, SS mengalu-alukan untuk komen. Sekadar ingin membuka minda SS.


Terima kasih sudi singgah dan baca entri.
"Kejadian yang berlaku disekeliling kita, adalah untuk kita berfikir, 
menginsafi dan mensyukuri."


Comments

  1. igtkan kabus di genting highland.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Nak kata hutan, tak hutan. Pokok2 besar di bahu jalan je ni...

      Delete
  3. Boleh jadi cuaca panas yang buatkan pokok pokok tu terbakar. Disokong pulak ada bahan bahan yang membantu untuk cetuskan kebakaran. Hehehe

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Setuju juga dengan punca ni. Naik moto sambil hisap rokok, mcm mana nak padamkan api rokok... hisap2, terus campak dalam semak.

      Delete
  5. Cuaca panas, rumput dan dahan-dahan pokok mengering bila ada bahan pencetus macam kaca terkena matahari itu antara sebab terbakar.

    Semalam tengok BU kebakaran di Pasar Keramat agak besar jugalah

    ReplyDelete
  6. spesis suka campak sampah kluar dari kereta! omg benci gila spesis ni

    ReplyDelete
  7. musim panas gini kan, kot ada yg buang puntung rokok mesti merebak dah rumput pun kering... mudahla terbakar

    ReplyDelete
  8. Ada tumpahan minyak? Tekaan.

    ReplyDelete
  9. Teringat pengalaman tempuh asap sebab ada kebakaran di bahu jalan, rasa macam dah hujung nyawa masa tu, dahlah jalan tak nampak, api pulak mengahala ke arah jalan

    ReplyDelete
  10. Ada kawasan perumahan ke kat situ? Api dari pembakaran terbuka pun boleh jadi sebab

    ReplyDelete
  11. Kalau lalang kering, bila cuaca panas ada kemungkinan mudah terbakar. Pernah juga nampak di highway ada pokok tepi tepi terbakar. Bila daun kering dah start terbakar cepatlah merebak api tu. Bila terbakar ni lagi panaslah cuacanya. Tumbuhan hijau semakin berkurangan.

    ReplyDelete
  12. Allah.. Sha setuju sangat dengan SS, selain dari keadaan rumput yang terlalu kering tu sampah yang dibuang merata-rata juga antara punca kebakaran.. memang tak boleh nak buat apa dengan mentaliti kelas ketiga ini.. Cakaplah macam mana pun, nak juga buang smapah merata-rata.. Kadang sengaja..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Hadiah & Perempuan

Assalamualaikum... Bloggers AND Readers sekalian... Macam mana semangat hari ke-3 di tahun baru ni... Moga semuanya sihat dan ceria.. Interframe sikit kat sini. Perempuan & Hadiah. Cik Semut rasa perempuan dan hadiah memang tak dapat dipisahkan. Saling mencintai.. chewah! Dengan kata mudah. Perempuan memang suka dapat hadiah... Betul tak? Tak kisah dari siapa pun.... Mak ayah? Kekasih hati? Kawan-kawan? Betul tak? Tunggu je birthday, anniversary, hari kenduri kahwin.... Perempuan memang teruja nak buka hadiah kan... sila ke blog Henchik Hensyem yang suka bagi hadiah Tapi Lelaki?? Cool je... mungkin dalam hati excited tapi ego, so cover lah sikit kan... Atau lelaki lebih suka memberi hadiah, dan melihat penerima hadiah tersenyum sampai ke telinga? Mungkin itulah hadiah paling bermakna untuk lelaki? Cik Semut teka saja... Tak dapat nak tafsir hati lelaki ni.... ..minta lelaki lah yang jawab persoalan ini ye, Sebenarnya Cik Semut nak minta panda