Skip to main content

TTC's Story #21 : Kurma Muda

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Masih menggamit memori 2016.

Aku berkongsi cerita dengan seorang pelajar aku mengenai usaha aku untuk ikhtiar hamil. Aku tak sangka dia turut berkongsi dengan keluarganya. Kemudian dia maklumkan kepada aku bahawa ayah dia berpesan untuk aku amalkan makan kurma muda. Makk aiii mana nak cari. Puas satu Kuantan aku pusing cari kurma muda. Ada satu tempat yang menjual produk-produk dari Arab. Harga waktu tu RM30 sekilo. Beli jugalah. Cuma aku dah lupa aku beli berapa kilo. Aku amalkan makan 7 biji sehari.

Apa kaitan kurma muda dengan ikhtiar hamil? Tak boleh ke makan kurma biasa?


Google

Aku pun cuba mencari jawapan mengenai kebaikan kurma muda. Kurma muda biasanya berwarna kuning dan terdapat lebih banyak kandungan airnya serta lebih sedikit kandungan gulanya. Bagus juga untuk diet ni. Bagi yang sedang ikhtiar hamil, disarankan untuk mendapatkan kurma muda yang usianya sekitar 4bulan dan berwarna agak kuning kemerah-merahan. Kurma muda ini boleh dimakan begitu sahaja ataupun dicampur dalam masakan dan minuman.

Antara kebaikan kurma muda adalah :

  • Kurma muda mengandungi vitamin B6 dan vitamin C.
    • Vitamin B6 dapat membantu seimbangkan hormon estrogen dan progesterone dalam tubuh seseorang wanita. Boleh lihat entri aku sebelum ni mengenai hormon. KLIK SINI.
    • Vitamin C yang terdapat dalam kurma muda mampu merangsang ovulasi wanita serta meningkatkan kualiti dan jumlah sperma serta melancarkan pergerakkan sperma berenang lebih laju mencapai ke sel telur.
  • Kurma muda dapat meningkatkan hormon oksitosin iaitu hormon yang mempengaruhi sistem reproduksi wanitan serta kelahiran dan penyusuan. Hormon oksitosin yang tinggi mampu mencegah stress dan memudahkan proses ereksi dan orgasme dalam hubungan seksual.
  • Kurma muda turut membantu hormon botosin yang berfungsi untuk mengaktifkan pergerakkan pembuluh darah di dalam rahim sehingga meningkatkan kesuburan.

Wanita yang sedang hamil juga amat digalakkan memakan kurma muda di hujung kehamilan agar dapat melancarkan proses bersalin. Kurma muda mengandungin tannin yang berfungsi merangsang kontraksi dan pembukaan jalan serta mempercepatkan waktu bersalin. Gula semulajadi yang terdapat dalam kurma muda membantu memberi tenaga kepada ibu hamil sewaktu proses melahirkan.

Apa beza kurma muda dengan kurma biasa?

Kurma biasa yang aku maksudkan adalah kurma yang biasa didapati di pasaran. Rata-rata yang berwarna coklat. Sedangkan kurma muda berwarna kuning atau kuning kemerah-merahan. Kurma yang berwarna coklat mempunyai rendah vitamin C kerana nutrisinya boleh rosak apabila berada dalam suhu panas atau melalui proses penyimpanan yang tidak betul.

Hidup ni jangan sombong. Kita tak tahu apa pengalaman yang telah dilalui oleh orang-orang yang jauh lebih berusia dari kita. Mereka banyak ilmu, dan banyak petua. Selagi tidak memudaratkan apa salahnya kita mencuba.

  Terima kasih meluangkan masa di blog ini.

“Bukankah ikhtiar itu merupakan tanda tidak berputus asa?.”



 




Comments

  1. Tq sharing, tak pernah mkn lg kurma muda ni.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih berkongsi. Tak pernah jumpa kurma muda. Nak cari jugalah kurma muda kuning ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang senang nak jumpa. Banyak jual online.

      Delete
  3. ALHAMDLILLAH TIASA ADA IKHTIAR N USAHA TANPA JEMU..INSYA ALLAH DIDOAKAN JAYA AMIIN

    ReplyDelete
  4. Kurma ni byk khasiatnya kn... itulah rahsia mknn sunnah... mencuba x salah.. ikhtiar kita.. semoga dipermudahkan... kena yakin jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Semoga saya terus istiqamah dalam ikhtiar.

      Delete
  5. Bagus juga usaha dengan pelbagai cara. Hehe paling penting tidak putus asa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu mana yang serasi dan mujarab utk diri kan.

      Delete
  6. Oooo... uncle pernah rasa kurma muda macam ni... masa gi umrah dulu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki uncle dpt makan di tanah arab. Mesti lagi fresh.

      Delete
  7. Saya tak pernah makan kurma madu. Betul, tu pasal saya lebih suka kawan dengan orang lebih tua. Dia orang dah lalui lebih banyak dari kita, dan tidak lokek pula kongsi ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Saya pun ramai kawan2 lebih berusia. By the way Nur, kurma muda bukan kurma madu. Hehehe

      Delete
    2. Oh, silap, silap. Kurma muda. 😊

      Delete
  8. aku sebenarnya tak suka kurma melainkan kurma madu.

    tq utk perkongsian.

    ReplyDelete
  9. kurma muda ni rasa kelat2 sikit..tak sangka byk khasiatnya..

    dlm kisah Siti Maryam semasa nak bersalinkan Nabi Isa, dia goyangkan pokok kurma dan makan buah kurma..rupanya byk khasiat kurma muda dlm proses bersalin..MasyaAllah..wallahua'lam..

    ReplyDelete
  10. xpenah mkn kurma muda hehehe tp setahu sy rasanya kelat2 sikt ;-)

    ReplyDelete
  11. Tak pernah tahu pulak pasal kurma muda ni. T. Kasih atas perkongsian����

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Hadiah & Perempuan

Assalamualaikum... Bloggers AND Readers sekalian... Macam mana semangat hari ke-3 di tahun baru ni... Moga semuanya sihat dan ceria.. Interframe sikit kat sini. Perempuan & Hadiah. Cik Semut rasa perempuan dan hadiah memang tak dapat dipisahkan. Saling mencintai.. chewah! Dengan kata mudah. Perempuan memang suka dapat hadiah... Betul tak? Tak kisah dari siapa pun.... Mak ayah? Kekasih hati? Kawan-kawan? Betul tak? Tunggu je birthday, anniversary, hari kenduri kahwin.... Perempuan memang teruja nak buka hadiah kan... sila ke blog Henchik Hensyem yang suka bagi hadiah Tapi Lelaki?? Cool je... mungkin dalam hati excited tapi ego, so cover lah sikit kan... Atau lelaki lebih suka memberi hadiah, dan melihat penerima hadiah tersenyum sampai ke telinga? Mungkin itulah hadiah paling bermakna untuk lelaki? Cik Semut teka saja... Tak dapat nak tafsir hati lelaki ni.... ..minta lelaki lah yang jawab persoalan ini ye, Sebenarnya Cik Semut nak minta panda