Gel Pembersih Wajah Tanah Liat Azyma Care Bebas Sabun dengan Kebaikan Royal Jelly dan Propolis Lebah
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t......
Terkejut dengan berita status terkini Covid-19 hari ini telah melebihi angka 20 ribu. Allahu. Terdiam dibuatnya. Hanya Allah yang tahu rahsia disebalik semua yang berlaku ni dan kita, teruslah berusaha untuk jauh dari virus Covid-19. SS enggan mengulas lebih lanjut mengenai covid-19 yang akan menjadikan kita semakin tertekan dengan melihat angka semakin melonjak dan macam-macam kejadian dalam negara. Adalah lebih baik SS review satu produk buatan Malaysia yang berkualiti dan bagus untuk kulit wajah daripada Azyma Care.
Sebelum ni, hasrat SS untuk dapatkan Azyma Clay Body Wash telah tertunai. Ternyata cinta pandang pertama terus melahirkan bibit-bibit kemesraan, SS memang dah jatuh hati dengan produk Azyma Care setelah menggunakan Azyma Clay Body Wash.
Kali ini, ternampak pula Azyma Care keluarkan produk baru iaitu Gel Pembersih Wajah Tanah Liat Azyma Care. Terus SS rasa teruja. Apa lagi, wajib mendapatkannya. Laju pula penghantaran sampai ke rumah. Lebih menarik rasa teruja ini adalah gel pembersih wajah Azyma Care ini mempunyai kandungan istimewa iaitu Royal Jelly & Ekstrak Propolis Lebah. SS memang suka semua produk yang ada dua kandungan ini sama ada bahan makanan atau pun kegunaan luaran kerana SS tahu kelebihan dan kebaikan dua bahan ini terhadap tubuh badan manusia.
"Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar pelbagai macam minuman yang beraneka warna sebagai penawar bagi manusia. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kekuasaan Allah bagi orang yang mahu berfikir." (An.Nahl :69)
Produk Azyma Care adalah inspirasi daripada sumber semulajadi dan
menggunakan bahan-bahan yang berkualiti, selamat dan sesuai untuk semua
jenis kulit termasuk kulit sensitif. Mempunyai tekstur yang lembut, bebas sabun, sesuai digunakan untuk
kulit lelaki dan perempuan. Jadi, bolehlah guna seisi keluarga.
Pembersih Wajah Tanah Liat Azyma Care ini tetap mengekalkan lima bahan utama iaitu tanah liat Kaolin, lavender, timun, alor vera dan chamomile. Cuma lebih syok pembersih wajah ini, ditambah dengan royal jelly dan ekstrak propolis lebah.
Apa itu Royal Jelly?
Royal Jelly dikenali sebagai susu lebah yang dihasilkan oleh lebah pekerja sebagai makanan untuk ratu lebah dan larvanya.
Apa itu propolis lebah?
Propolis lebah adalah getah yang dihasilkan oleh lebah madu ketika getah dari tumbuhan bercampur dengan zat semulajadi yang dihasilkan oleh lebah itu sendiri sehingga menghasilkan cecair likat kecoklatan dan melapisi sarang mereka.
Antara kebaikan Royal Jelly dan Propolis Lebah adalah :
- Anti-radang
- Anti-bakteria
- Anti-penuaan
- Membaiki kulit
- Menyihatkan kulit
- Menyuburkan kulit
- Meremajakan kulit
- Antibiotik semulajadi
- Menyembuhkan luka
- Penjana sel semulajadi
- Kaya dengan pelbagai enzim, vitamin, mineral, kolagen dan asid amino
Sebab itulah SS memang suka produk yang mengandungi Royal Jelly &
Propolis ini. Banyakkan kebaikkannya kepada kulit kita?. Kulit SS adalah dari
jenis kombinasi. Sejak banyak bekerja dari rumah, SS perasan kulit muka SS
semakin berminyak di T-Zon (hidung dan dahi). Memang kurang selesa dibuatnya.
Gel Pembersih Wajah Tanah Liat Azyma Care ini memang menjadikan kulit terasa
bersih dan lembab. Selesa sepanjang hari. Paling syok, hanya dengan sekali
picit, basahkan dengan air dan cukup untuk sapuan disekitar wajah. Jimat bukan?
Pernah baca tak, produk yang bagus adalah dari jenis yang tidak berbuih? Gel
Pembersih Wajah Tanah Liat Azyma Care adalah salah satu daripadanya. Tapi apa
yang paling SS suka adalah bau harum bahan semulajadi botani yang terdapat
dalam gel pembersih muka ini sangatlah menenangkan. Lepas dah bilas, terasa kulit muka sehalus dan selembut kulit bayi!. Tak percaya? Cubalah!.
Pembersih Wajah Tanah Liat Azyma Care ini menjadi salah satu pilihan yang terbaik buatan Malaysia kerana telah mendapat sijil dan telah diuji secara dermatologi serta Hypoallergic. Paling penting, Pembersih Wajah Tanah Liat Azyma Care;
- Bebas SLES & SLS 👍
- Bebas Paraben 👍
- Bebas Pewarna Sintetik 👍
Gel Pembersih Muka Tanah Liat Azyma Care mempunyai halal JAKIM. Menjadi tuntutan kita untuk mencari dan menggunakan produk yang disahkan halal. Guna tanpa ragu-ragu. Untuk maklumat lanjut dan cara mendapatkan produk Azyma Care ni sila layari www.azymacare.com. Anda pasti teruja!.
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Subhanallah, betapa baiknya Allah. Anugerahkan isi alam ini untuk kebaikan setiap yang hidup di muka bumi. 'Maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang engkau dustakan?' (Ar-Rahman :13)''
Tentu ramai yang berminat produk ni
ReplyDeleteKalau ada dari sumber madu lebah memang banyak sangat khasiat
ReplyDeleteBahan dari alam lebih sesuai dan selamat terutama madu..
ReplyDeleteMadu memang byk khasiat kan..
ReplyDeleteMenarik kombinasi tanah liat dan madu.
ReplyDeleteHadir blogwalking.. :)
ReplyDeleteJadi model!
ReplyDeleteAuuummmm!
Wah dr tanah liat ye, boleh guna utk bersuci dr najis mugholazah ke sis?
ReplyDeletenampaknya serasi dgn kuliy tu👍👍
ReplyDeletePropolis byk khasiatnya.
ReplyDeleteNampak elok produk bebas paraben ni fiza, suka produk alami. Pakai hari-hari pun takpe kan.
ReplyDeletePernh pkai sabun dia. Best.. Mcm nak cuba pulak pencuci muka dia ni
ReplyDeleteDulu KakYa pon pakai sabun jenama Azyma ni Fiza. Mmg bagus dan best sangat pakai. Nanti nak try juga la pencuci muka azyma .. macam best je
ReplyDeleteMmg best guna nie
ReplyDeleteMemang best pencuci muka Azyma Care ni.
ReplyDeleteKak Nina pun pakai ni, memang best! Lembut lembab je kulit. Gentle to skin walaupun my skin sensitive skin. Best best!
ReplyDeleteKak Moha pun dah try guna pencuci muka ni. Best!!
ReplyDeletePernah pakai mandian Azyma, memang best. Pencuci ni belum cuba lagi..
ReplyDeletelawa rupanya cik SS ni..without makeup n filter.....hidung mancung..ngeee..
ReplyDeleteBelum pernah cuba produk ini. Tq for sharing. Mana tau satu masa nanti nak try.
ReplyDelete