Skip to main content

JIHAD EKONOMI PALESTIN BERSAMA AL'ARD

JIHAD EKONOMI PALESTIN

Jihad berasal dari perkataan Arab ‘jahada’ bermaksud usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredhai Allah dalam perbagai cara. Jihad juga bermaksud penentangan terhadap anasir-anasir yang ingin merosakkan negara. Selain itu, peperangan suci melawan orang kafir kerana mempertahankan agama Islam juga adalah jihad. Gabungan definisi ini jelas bahawa jihad itu adalah sebuah kecekalan perjuangan menegakkan perkara yang benar bagi mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Kita semua sedia maklum peperangan di bumi Palestin. Selain jihad memboikot produk-produk zionis, kita juga boleh memperkukuhkan ekonomi Palestin melalui produk-produk keluaran bumi anbiya’ (para nabi) itu. Ini juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial umat Islam untuk membantu sesama Muslim.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang banyak harta adalah orang-orang yang sedikit (kebaikannya) pada hari kiamat kecuali orang yang diberi harta oleh Allah lalu dia memberi kepada orang yang di sebelah kanannya, kirinya, depannya dan belakangnya. Dia melakukan kebaikan pada hartanya.” (Hadir riwayat Bukhari dan Muslim)

 



ADAKAH TERDAPAT PRODUK DARI BUMI BARAQAH ITU?

Ya ada. Produk-produk keluaran Al’Alard Far East Sdn Bhd iaitu sebuah cawangan luar negara pertama Al'Ard Palestinian Agri Products Ltd, yang berpusat di Nablus, Palestin. Mereka sangat berdedikasi memperkenalkan produk pertanian premium Palestin ke pasaran antarabangsa khususnya Asia, disamping memainkan peranan penting dalam menyokong ekonomi Palestin melalui perdagangan yang adil dan halal.

Misi mereka adalah untuk menyebarkan kesedaran global tentang kualiti premium produk Palestin sambil menyokong usaha pembangunan ekonomi dan pertanian di sana. MasyaAllah, hebat bukan?.

 


WUJUDKAN AR’ARD DI MALAYSIA?

Ya, Al’Ard adalah satu-satunya syarikat Palestin yang beroperasi di Malaysia berpusat di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Bagi Al’Ard, polisi Kerajaan Malaysia yang sentiasa menyokong perjuangan Palestin sejak puluhan tahun adalah bukti kukuh bahawa Malaysia adalah lokasi paling sesuai untuk menjalankan operasinya.

Itulah sebabnya walaupun produk mereka dihantar ke pelbagai pelusuk dunia seperti Arab Saudi, Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Chile, Jepun, Australia, dan Indonesia, Malaysia tetap menjadi pilihan.

 


PENGALAMAN SENDIRI

Kali ini SS dapat pengalaman berharga manfaatkan sabun Nabulsi. Sabun buatan tangan organik dengan 100% minyak zaitun Palestin. Sabun ini dihasilkan oleh para petani wanita Palestin di Nablus dengan inspirasi daripada resepi tradisi masyarakat Nablusi. Terdapat juga sabun yang dijual dalam bentuk cecair, namun sabun buku ini memberi SS nilai sentimental. 




Lihatlah potongan dan permukaan sabun, SS terbayang kegigihan mereka untuk menghasilkan sabun Nabulsi ini. Kegunaannya sangat sesuai untuk kulit sensitive dan kulit kering. Manfaat minyak zaitun itu sendiri mampu memberi kelembapan kepada kulit. Dan sabun nabulsi ini amat sesuai digunakan sebagai pencuci muka, sabun badan dan kepala. Tidak ada bau campuran pewangi, tapi baunya semulajadi wangi minyak zaitun yang menenangkan. 



Sebelum ni, SS telah cerita tentang kebaikan minyak zaitun Al’Ard di SINI

Minyak Zaitun Al’Ard adalah salah satu kegemaran SS. SS paling suka makan bersama telur ayam kampong separuh masak dan juga salad/ulaman yang ditabur lada hitam. Seorang kawan SS yang ajar cara makan macam tu sewaktu arwah ayahnya belajar di tanah Arab suatu ketika dulu. Sehingga sekarang masih kekal menjadi kegemaran SS selain telan minyak zaitun satu sudu setiap hari untuk manfaat kesihatan. 







GENAP SEDEKAP AL’ARD DI MALAYSIA.

Siapa sangka, rupanya model simbosis ini telah dilaksanakan selama 10 tahun di pasaran Malaysia. Pelbagai usaha yang telah mereka jalankan bagi membawa kesedaran tentang produk premium yang dihasilkan oleh para petani di Palestin.

Al-Ard bermula di Malaysia dengan sistem ejen. Rakyat Malaysia mendapat bekalan secara terus dari Palestin, menjana pendapatan melalui perniagaan dan dalam masa sama, dana dapat disalurkan secara terus kepada rakyat Palestin melalui transaksi perniagaan yang sah.

Mereka sedang melangsungkan kempen ‘Palestin di Setiap Rumah’. Sasaran mereka adalah untuk menghantar RM3,000,000 ke Palestin. Sejak permulaan kempen pada awal Disember 2023 mereka telah berjaya membuat penghantaran dana ke Palestin sebanyak USD 340,000.00 bersamaan RM1,914,790.00. Wah, hebat bukan?

 

PERANAN AL’ARD FAR EAST SDN BHD

Al’Ard Far East Sdn Bhd merupakan anak syarikat pertama Al’Ard di luar Palestin iaitu di Malaysia. Jenama Al’Ard ini telah 10 tahun bertapak di Malaysia dan diakui oleh Duta Besar Palestin ke Malaysia. Mereka memberi tumpuan kepada memperkasa, menyokong dan menggalakkan para petani Palestin dalam menghasilkan produk premium berkualiti tinggi yang boleh bersaing di pasaran antarabangsa.

Bukan mudah untuk sesebuah produk Palestin ini kekal berada di Malaysia dalam tempoh sedekad ini. Ini salah satu bukti produk Al’Ard ini berkualiti dan mempunyai permintaan yang tinggi. Bukankah hanya jauhari mengenal manikam?

 

30 PRODUK Al’ARD BERKUALITI TINGGI

Walaupun produk  Al’Ard menerima banyak halangan, namun ia masih mampu menghasilkan produk berkualiti tinggi mengikut piawaian antarabangsa yang ditetapkan. Produk Al’Ard adalah bebas kimia, segar, sihat dan 100% organik. Antara produk-produk Al’Ard di pasaran Malaysia adalah :

1.       Premium Organic Extra Virgin Olive Oil 500ml

2.       Premium Organic Extra Virgin Olive Oil 500ml (tin)

3.       Premium Organic Extra Virgin Olive Oil 250ml

4.       Premium Organic Extra Virgin Olive Oil 250ml (tin)

5.       Organic Extra Virgin Olive Oil 750ml

6.       Organic Extra Virgin Olive Oil 500ml

7.       Organic Extra Virgin Olive Oil 250ml

8.       Extra Virgin Olive Oil 3L (tin)

9.       Extra Virgin Olive Oil 1L (tin)

10.   Extra Virgin Olive Oil 500ml

11.   Extra Virgin Olive Oil 250ml

12.   Virgin Olive Oil 5L (tin)

13.   Virgin Olive Oil 3L (tin)

14.   Virgin Olive Oil 1L

15.   Virgin Olive Oil 1L (tin)

16.   Black Seed Oil (Habbatussauda) 100ml

17.   Black Seed Paste (Qizha) 500g

18.   Black Seed Paste (Qizha) 250g

19.   Premium Za’atar Blend 250g

20.   Premium Za’atar Blend 100g

21.   Dried Za’atar Leaves 100g

22.   Dries Sage 100g

23.   Tahini 500g

24.   Tahini 200g

25.   Freekeh 500g

26.   Maftoul 450g

27.   Watermelon Seed 250g

28.   Nabulsi Soap 500ml

29.   Nabulsi Soap 250ml

30.   Nabulsi Bar Soap 125ml

Minyak zaitun antara produk yang mendapat permintaan tinggi. SS antara salah seorang rakyat Malaysia yang tidak terkecuali merasai sendiri kelainan minyak zaitun Al’Ard berbanding minyak zaitun yang lain. SS pernah ceritakan di SINI. (https://www.semutsenyum.com/2023/07/alard-palestine-premium-organic-extra.html)

 


KENAPA PERLU MENYOKONG PRODUK PALESTIN?

Seantero negara sedia maklum tentang pergolakkan di tanah Palestin yang berhadapan dengan cabaran politik dan ekonomi. Oleh itu, sokongan kepada rakyat Palestin terutama kepada para petani yang menjadikan pertanian sebagai sumber utama keluarga mereka. Al’Ard ini rupakan satu jambatan yang memberi peluang kepada petani Palestin yang kurang bernasib baik melalui penyediaan kemudahan terkini dan membantu mereka mencapai pasaran global baru. Tambahan pula mereka merupakan pembekal terbaik produk organik sejak tahun 2008 lagi. Oleh itu, produk Palestin adalah diyakini. Bukankah menyokong produk Palestin adalah salah satu jihad kita?

 MANFAAT MINYAK ZAITUN 


TAHUKAH ANDA?

Sambil membantu rakyat Palestin dengan membeli produk mereka, anda juga boleh membantu diri anda sendiri dengan menjana pendapatan. Sertailah program Partner Al’Ard.

 


APAKAH ITU PROGRAM PARTNER AL’ARD?

Partner Al’Ard adalah sebuah program dan usaha yang telah dilancarkan pada awal tahun 2024 bertujuan untuk merancakkan aktiviti pemasaran dan penjualan produk Al’Ard.  Dahulunya proses penjualan dilakukan secara manual dengan melakukan pesanan stok di whatsapp atau secara berhadapan. Setelah mendapat maklum balas daripada semua pihak, Al’Ard telah menambah baik sistem penjualan dan Sistem Alard Partner diperkenalkan.

Program Partner Al’Ard merupakan sistem yang telah dinaiktaraf daripada sistem sebelumnya. Kini penjual produk Al’Ard boleh melakukan pembelian stok di dalam sistem sesuai dengan arus perkembangan teknologi hari ini.

Dengan adanya sistem baru ini, ia dapat memberikan banyak kelebihan kepada para penjual Al’Ard seperti proses pemesanan stok yang pantas di dalam sistem, menyemak stok produk yang tersedia, membezakan kadar keuntungan bagi setiap produk, komisen dan ‘Helper Insentive’ yang baru diperkenalkan serta hebahan kempen dan bahan pemasaran yang lebih pantas.

Sesuai dengan tanda pagar yang mereka bawakan iaitu #BantuDiriBantuPalestine, usaha proaktif ini menjadi serampang dua mata dengan membawa kebaikan kepada diri dari segi kesihatan dan ekonomi kita serta kebaikan kepada keluarga petani dan pertumbuhan ekonomi di Palestin

Pendek kata, Program Partner Al’Ard merupakan salah satu inisiatif untuk merealisasikan misi utama mereka iaitu meningkatkan taraf kehidupan serta ekonomi di Palestin namun ia juga memberi peluang kepada individu dan syarikat menyertai misi jihad ekonomi ini untuk sama-sama menaikkan ekonomi Malaysia.

 

KENAPA PERLU MENJADI PARTNER AL’ARD?

ü  Produk berkualiti tinggi dijamin 100% original dari Palestin !

ü  Produk ‘Evergreen’ yang mendapat permintaan yang tinggi !

ü  Produk Antarabangsa yang telah berada di 35 buah negara !

ü  Jihad ekonomi rakyat Palestin

ü  Meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia

 

BAGAIMANA MENJADI PARTNER AL’ARD?

Alard Partner terbahagi kepada 3 kategori iaitu Gold Partner, Silver Partner dan Bronze Partner. Berikut adalah perbezaan antara Partner Alard:

Gold Partner

ü  Margin keuntungan sehingga 40%

ü  Pembelian Pertama RM3,888.00

ü  Pembelian seterusnya/Pembelian minima RM1,888.00

Silver Partner

ü  Margin keuntungan sehingga 32%

ü  Pembelian Pertama RM388.00

ü  Pembelian seterusnya/Pembelian minima RM388.00

Silver Partner

ü  Margin keuntungan sehingga 20%

ü  Pembelian Pertama RM188.00

ü  Pembelian seterusnya/Pembelian minima RM188.00

 

SALES KIT

Al’Ard juga turut menawarkan Sales Kit/Marketing Support seperti:

ü  Channel Telegram Konten

ü  Gambar/Poster/Video

ü  Flyers Product

ü  T-Shirt Al’Ard

ü  Bunting

ü  Promotion Stand

ü  Non-Woven Bag

ü  Web Listing

Untuk mendaftar sebagai partner Al’Ard, sila layari lamanweb www.partneralard.com atau hubungi nombor whatsapp https://wasap.my/60132615878/SertaiPartnerAlard

 

APA TUNGGU LAGI? INI PELUANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA!

Ayuh! #bantudiribantupalestin

Sama-sama kita berjihad melalui ekonomi.

Semoga Allah memberkati. Amiin.

 




Comments

  1. Alhamdulillah.
    Allah beri peluang kita berjihad melalui ekonomi.
    Free Palestin.

    ReplyDelete
  2. Semoga Palestin kekal merdeka suatu hari nanti.

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.