Skip to main content

Posts

UKHWAH TADIKA 90-an

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Hari ni Cik Semut rasa seronok sangat tau. Ingin berkongsi keseronokan perasaan ini. Apa yang seronok sangat tu ye... heheheheh.... Angkara facebook laa, Aku jumpa kawan-kawan Aku masa tadika dulu.  Tak seronok ke macam tu?  Al-kisahnya sorang kawan Aku ni, tetiba tegur Aku. Menerangkan hal ehwal sekolah tadika kami. Bagus betul kawan Aku sorang tu sebab masih mampu mengenali Aku walau telah berdekad tadika itu Aku tinggalkan.Dia pun cadangkan Aku bersama kawan-kawan tadika yang lain yang telah menjadi kawan dia... Rupanya dia memang cari Aku. Tapi kerana nama facebook Aku yang tak macam nama Aku tu, itulah akibat dia tak jumpa Aku. Rupanya ramai lagi kawan-kawan yang mencari Aku. Terima kasih kawan-kawan. Terharu betul Aku. Dan kami bercerita perihal masing-masing alaf ini. Bercadang nak jumpa supaya boleh bercerita dengan lebih syok lagi... paling best, Aku dapat jejak cikgu tadika Aku jugak. Boleh buat reun...

Cinta Tanpa Sedar...

Assalamualaikum semua... Hari ni entri cintan-cintan sikit. Jarang laa Aku cerita pasal cinta-cinta ni kan... hehehe, bukan tak pernah bercinta. Tipulah kaann... Cuma tak ada idea nak bicara pasal cinta. Cuma hari ini, saat ini.... Tiba-tiba dalam hati terasa ada cinta yang hadir...cinta  yang berbaur dengan rindu... chewah!. hehehheh.  Google je Cinta Tanpa Sedar. Itu yang berlaku pada Aku sebenarnya. Blushing jap bila teringat balik. Sebelum ni bukan Aku tak pernah bercinta. Tipulah kaannn. Aku pernah bercinta. Tapi kecundang di tengah jalan.... Tapi lupakan perasaan Aku waktu itu kerana bukan tajuk utama entri ini. Ni nak cerita pasal cinta yang hadir dalam hati tanpa rasa disedari. Yeaahhh... Sebelum ni Aku cerita cinta Aku di :  2C2P dan 2C2P I. Sila kunjungi. ^____^  Penyataan :  "Kini : Dengan izin Allah juga, aku telah menerima lamaran dari seorang kawan juga. Bukan cinta pandang pertama. Moga tahun ni dapat menamatkan z...

Jemput laa datang rumah...

Assalamualaikum kawan-kawan... Google je.. Rasulullah SAW bersabda :   1. "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendakla ia memuliakan tamu-tamunya , dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menjaga hubungan silaturrahimnya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik (benar) atau lebih baik diam." (HR. Bukhari Muslim) 2. "Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu. " (HR. Dailami dan Anas) 3. "Sesungguhnya apabila tetamu masuk pada rumah orang mukmin , maka Allah limpahkan 1000 berkah dan 1000 rahmat pada ahli rumah tersebut." (Durratun Nasihin, hal 22) 4. "Barang siapa memberi makan terhadap saudaranya sesama muslim yang sesuai dengan keinginannya, maka Allah mengharamkan dia dari api neraka....

Rumah Kedah

Ini lah rupa bentuk rumah Kedah. Kedah merupakan salah satu negeri yang terkenal dengan seni ukir selain daripada Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. Kenapa? Sebabnya, Kedah merupakan salah satu negeri yang menjalinkan hubungan rapat dgn Patani. Suatu masa dulu, Patani ni sebuah negeri yang yang terkenal dgn pusat kegiatan seni ukir. Kalau tengok corak ukiran Kedah dan Patani, tidak jauh bezanya. Seni ukir kayu dalam pembinaan rumah-rumah tradisional bukan sekadar hiasan malah ada fungsinya. Contohnya seperti ukiran tebuk yang diukir di tempat-tempat pengaliran udara yang memisahkan ruang dalam dengan ruang luar. Ukiran-ukirannya lebih cenderung kepada bentuk-bentuk tumbuhan, geometri dan kaligrafi  (penghayatan seni keislaman). Tapi sayang seribu kali sayang, rumah tradisional macam ni dah tak ramai yang nak bina lagi dah. Rumah sebegini yang ada pun jarang dipelihara betul-betul. Mungkin tukang kayu pun dah pupus daripada kalangan orang-orang muda (...

Aku lah tu!

11.29 malam ketika aku sedang menaip entry ini. Waktu ini aku rasa badan aku tak berapa sihat. Rasa mcm nak demam. Aku akui aku dah terlalu penat menjalani kehidupan seharian dgn kerja. Kadang tak sempat fikir cuti, tak sempat fikir makan, tak sempat fikir diri sendiri. Semua telah diabadikan utk kerja. Chewah, abadilah sgt... hehehe... Sememangnya aku tersangat penat. Dah hampir 4 bulan aku kerja pagi petang siang malam. 8.00pagi - 2,3 pagi.... dengan memerah kepala otak mencari idea, menyelesaikan tugas di meja kerja, malam pula memerah otak memikir step2 tarian, sambil mengerah seluruh anggota badan bergerak sekali. Fikir dan Kerja, Kerja dan Fikir.... Mana masa untuk fikir pasal keluarga sendiri. Aku juga punya keluarga Mana masa untuk aku menjenguk keluarga Mereka juga perlukan aku Mana masa untuk aku fikir masa hadapan Aku juga impi masa hadapan yang cerah Mana masa untuk aku bertindak menyusun bongkah masa depan Dendam ini ku pendam. Semuanya belum tertunas......

...Yang mungkin tertinggal

Banyak kita dengar, kita tengok, kita tahu betapa mencabarnya hidup kita dlm membesarkan anak-anak dalam dunia serba canggih ini. Aku masih belum berkahwin, sudah pasti belum ada anak. Tapi sering jugak terfikir mcm mana agakanya kehidupan Aku lepas kahwin dan punya anak? Macam mana cabarannya kalau hari ini penuh dgn berita2 negatif tentang belia, remaja apatah lagi dewasa. Di mana salah kita sebagai ibu bapa dan pendidik? Jadi Aku telah menemu satu artikel tentang cara mendidik. Moga-moga ilmu yang ada ni, kita kongsi bersama. Selamatkanlah generasi kita... keturunan kita.. Mudah-mudahan semuanya dalam jagaan Yang Maha Esa.. Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak 1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah * Saidul (penghulu) istighfar * Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9) * Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38) * Doa a...

Masa yang menjarak...

Assalamualaikum kawan-kawan semua... Saat ini, jam 4.34 pagi. Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Memikirkan hari-hari esok yang entah apa yang akan mengejutkan aku. Terlalu lama aku tidak menulis di sini. Terlalu lama juga aku tidak bersama diri ku. Menghabiskan masa-masa seharian dengan aktiviti yang seperti tidak sempat aku mau bernafas... punyalah penat! Siang aku buat kerja-kerja offical... petang sampai ke malam, terus aku mengajar... sampai demam aku pun, nak keluar tak jadi nak keluar banyak kali. Ini membuatkan bdn ku semakin lemah. Makan pun ntah ke mana. Jadual makan dah tak menentu dah sekarang ni... Masa sempat, aku makan. Rehat... mungkin di saat ini aku boleh berehat dengan lebih lama... sekarang jam menunjukkan jam 4.38pagi. Aku masih berjaga. Maafkan aku alam. Kerana telah melanggar fitrah mu yang meminta aku berehat.. . tapi aku masih tidak dapat berbuat demikian. Aku masih risau tentang hidup aku. Macam mana ni... aku tak sempat fikir persi...