Skip to main content

Posts

Yang LEBIH berharga, LEBIH bahagia

Assalamualaikum... Aku suka tengok gambar kahwin. Aku suka tengok hasil-hasil kreatif jurufoto. Aku suka tengok gelagat-gelagat pengantin yang sedang bahagia. Aku suka melihat kemeriahan & pancaran wajah-wajah bahagia setiap yang menghadiri kenduri perkahwinan. Tarikh Kenduri : 18 November 2012 Pelamin : Tiada Bunga Tangan : Tiada Meja makan beradap : Tiada Hiasan bilik : Hanya langsir dan cadar sahaja. Tiada  yang hebat-hebat. Semua biasa-biasa saja. Sangat simple. YANG LEBIH BERHARGA. Saat itu, Pengantin ambil lauk sendiri dan masuk makan kat dalam rumah dengan ayah pengantin perempuan. Sebab kat luar dah penuh dengan tetamu dan rombongan pihak lelaki.. Ayah pengantin kurang sihat sikit.. Tambah pulak kat luar panas. Masyaallah. Indah sungguh rasa ini. Kata AjiYusop : "Lauk pengantin sama je macam orang lain, ambil sendiri lauk. Gulai nangka, kerabu mangga, ikan goreng, sambal belacan. Tiada ayam masak merah, ...

Ada lembu nak jaga!

Assalamualaikum... Aku bekerja di sebuah universiti di pantai timur. Kampus aku berdekatan dengan pantai. Kawasan kampus aku sangat lapang. Dahulunya hutan tempat lembu meragut rumputan. Di kawasan lapang dalam kampus, masih ada lembu-lembu yang sedang meragut rumput. Kadang-kadang segerombolan kerbau pun ada berkubang di kawasan tasik buatan dalam kampus ni. Beberapa kali jugalah, orang menghalau lembu, dan beberapa kali itulah lembu-lembu tak pernah lekang dari pandangan mata penghuni kampus ni. Setiap hari. Dari pagi sampai malam. Ada saja lembu. Meragut rumput, atau berjemur di rumput tanpa apa-apa perasaan yang terpamer di riak muka lembu. Pernah mata bertentang mata waktu aku berjalan ke kafe. Pun aku tak dapat tafsir apa ada di dalam hati atau di benak fikiran lembu-lembu tu.  GOOGLE JE Kadang-kadang petugas keselematan terpaksa buat part-time mengusir lembu-lembu. Kesian jugak aku tengok. Dari mana datang lembu-lembu tu? Sebenarnya, kampus aku adalah di kaw...

Apa ada pada nilai $ ?

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat. Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual: RM 100 :   Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis? RM1 : Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis." RM 1 : Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih? RM100 : Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet. RM 1 : Pernahkah engkau berada di tempat ibadah? RM 100 :  Belum pernah RM1 : Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tet...

Hari Sibuk

Assalamualaikum... Aku dah 'Remove' cbox aku. Macam tak berfungsi je. Takut je, kot-kot ada virus ke apa ke kan. Atas nasihat teman-teman bloger, aku remove je lah.. Minggu ni aku sangat-sangat sibuk. Dah 3 malam aku balik kerja jam 4.00 pagi. Berjauhan dengan suami aku. Aku tinggal di Kolej Kediaman Pelajar bersama students aku. Aku ada kerja di Kampus Gambang. Siangnya menyelesaikan dokumen-dokumen berkaitan program, malamnya mengajar. Penat kot. Nak mengajar budak-budak baru yang kayu... dah la untuk show. Aku pun takut nak hantar budak-budak baru buat pesembahan. Tapi sbb kekurangan penari, terpaksalah aku kerahkan mereka juga. Itu yang jadi balik jam 4 pagi. Siap-siap setengah jam terus terbungkam.  Kampus sedang sibuk dengan Expoconvo. Macam-macam program berlangsung. Aku handle Bengkel Teknik Solekan & Pemakaian Tudung. Ok lah. Budak-budak aku memang suka. Dapat la mereka belajar teknik yang betul. Nanti nak perform, tak payah nak tadah muk...

WELCOME CBOX

 TARAAAAAAAAA........!!!!!!!!!! Selamat tinggal SHOUTBOX aku yang lama.. ko buat pasal sangat kan! Nah! aku ada baby baru. Welcome CBOX...  So, korang-korang pasni, kalau nak cepat-cepat, nak blogwalking, boleh la tegur-tegur aku kat sini ye... Happy Friend, Happy Blogging!

SHOUT BOX AKU

Tengah pening ni... nape sejak hari tu lagi, shout box aku tak boleh berfungsi dengan baik. Tarikh luput ke? webpage dia problem ke? aku tengok kawan-kawan bloger aku ok je dorang punya shout box? tengok ni! Ye, aku ni bukan pandai sangat setting2 ni... Tapi dari itu hari lagi aku tertanya.... ada siapa boleh bagitau aku tak? kalau ada shout box ni senang... boleh korang jerit2 kat aku... boleh korang tegur2 aku... lagi senang aku nak blogwalking kat blog korang... kat situ leh gurau-gurau mesra sikit.... tapi tolong lah aku. macam mana nak kembalikan shout box aku ni? atau aku kena buat balik???? tolong aku ye,,,

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...