Skip to main content

Posts

TTC's Story #5: BEKAM

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Uish, sekali lagi. Kali ni, sedar tak sedar lama betul tak update blog. Haiyaaa!!! Agaknya masih ada lagikah yang mengikut cerita-cerita aku ni?. Tak pe lah. Apa pun blog ini adalah sebagai diari hidup untuk mengumpul segala cerita, menggamit kenangan dan rujukan di masa akan datang. Semoga memberi manfaat kepada diri sendiri dan sesiapa yang menjumpai. Agiitteewww... 

Spontaneous Thursday #9

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Cobaaaannn... Dari sehari ke sehari aku menghitung waktu nak update blog. Sejak masuk kerja selepas PKP sampai laa hari ni, semakin menjadi-jadi aku punya tugasan kat pejabat dan kat rumah.  Konon-konon nak laa update blog waktu pagi sebelum mula kerja.  Tak menjadi juga. Bila dah buka komputer, memang hadap kerja dari pagi sampai ke petang. Kemudian, konon-konon waktu lunch hour nak update.  Pun tak sempat juga. Waktu itulah, nak pergi tapau makan laa , pergi masjid laa , kawan pula nak buat sesi luahan perasaan laa . Layankan aje lah. Postpone sebelum balik pula lah nak update,  tapi sebab dah sampai awal kat office,  makanya waktu balik pun jadi awal. Biasanya, semakin nak dekat balik, ada saja staff yang  order tugas. Haiiihh, tak leh jadi ni. Kena balik awal, fokus untuk diri dan keluarga pula. Konon-konon nak balik rumah baru update.   ...

Wordless Wednesday #18

Jangan Berkira

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t......  Wang Ringgit. Pernah aku berkira-kira dengan diri aku. Waktu itu, aku cuma nak tahu berapa perbelanjaan bulanan aku. Apa yang aku dah belanjakan, ke mana duit-duit aku, mungkin aku boleh cut mana yang tak perlu. Niat asal macam tu lah. Beberapa bulan juga aku buat catatan perbelanjaan aku. Lama-lama aku rasa macam tak happy . Rasa macam terkongkong je . Nak belanja itu ini pun macam takut-takut je . Kemudian, aku ambil keputusan untuk tidak membuat kira-kira lagi untuk diri sendiri. Dan aku kembali happy . Rasa bebas sikit dalam hati, tidak terikat. Aku ni bukanlah seorang yang suka shopping . Biasanya aku akan beli apa yang perlu dan bermanfaat untuk aku. Bila berkira dengan diri sendiri, hidup rasa tak gembira. Makanan. Ini benda yang paling aku tak berkira dengan diri sendiri. Kadang-kadang nak beli barang lain, aku boleh fikir-fikir lagi sama ada nak beli atau tak? Perlu atau tak? Tapi tidak bab makana...

Penat Otak

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Aku dah mula masuk kerja bermula Rabu lepas 10 Jun 2020. Sebelum ni dah masuk secara giliran. Tapi tempoh berada di pejabat 5 jam sahaja. Bermula Rabu lepas, tempoh masa dah kembali normal iaitu masa fleksibel bermula jam 7.30 hingga 9.00 pagi dan berakhir jam 4.30 hingga 6.00 petang.  Waktu buat kerja kat pejabat, ringan-ringan sahaja tugasnya. Nak sesuaikan diri dengan norma baharu. Banyak belajar dan praktikal cara pengendalian mesyuarat dan gerak kerja atas talian. Tapi bila sampai rumah, siap mandi, masak, makan sehingga solat Isyak, aku dah tersengguk-sengguk. Entah apa yang penat sangat tu sampai mengantuk awal.  Tak sempat nak blogwalking. Biasanya aku ni spesis burung hantu. Selagi tak pukul 3.00 pagi, memang mata tak reti nak lelap. Rabu-Jumaat tu, memang macam tu lah keadaan aku. Penat lain macam. Mungkin sebab penat fikir agaknya. Mata pula begitu lama mengadap komputer. Aku perasan, b...

Seusia ini.

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Sumber : Google Birthday aku 3 hari yang lepas, 9 Jun. Sampai ke hari ini aku masih mendapat ucapan dari semua kenalan aku. Rupanya masih ada yang mendoakan yang baik-baik untuk aku. Masih ada yang menghargai aku dalam hidup mereka. Aku  bersyukur kerana masih ada yang mengasihani dan menghargai aku. Semua ucapan itu akan aku balas satu persatu. Bagi aku, mereka telah meluangkan sedikit masa untuk memberi ucapan itu, maka apalah salahnya meluangkan masa aku untuk menghargai mereka. Cepat atau lambat, aku tetap rasa seronok untuk membalas. Di blog, facebook , instagram, mesej mahupun whatsapp . Seiring berganjaknya usia itu, a ku terfikir apa bakti ku pada usiaku yang semakin meningkat ini?  Baginda s.a.w wafat pada usia 63 tahun.  Umat Muhammad, majoritinya meninggal seusia itu.  Usia ku?  Telah separuh dari itu.  Jarak antara hidup dan mati juga terasa begitu singkat.  Semoga ada ruang u...

RAKA oleh Mahizan Husain

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Biasanya SS akan baca novel Ramle Awang Murshid sahaja. Itu je novel yang jadi pilihan sebab SS tak peruntukan banyak waktu untuk membaca novel. Memandangkan PKPP ni satu tempoh yang panjang, SS pun bacalah salah satu novel pilihan belia & remaja hari ini. Iaitu BUKU FIXI. Karya thriller tetap menjadi pilihan SS. Banyak sangat buku-bukunya sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Akhirnya SS memilih RAKA, karya Mahizan Husain : Pemenang Sayembara Buku FIXI 2017/8. Tahniah SS ucapkan. Bukan mudah kan, kawan-kawan?. Novel ni penuh dengan unsur suspen, jenayah dan banyak persoalan. RAKA mempunyai susunan bahasa yang bagus, jalan cerita yang teratur dan tidak terkejar-kejar mencapai plot. Ceritanya mencabar minda juga. Ada cerita yang tak tercapai akal. Namun ada juga dirasakan tak mustahil berlaku. Apa maksud RAKA ? Anda kenalah baca, baru ada elemen surprise tu. Hehehe..  Terima kasih meluangkan masa di blog ini ...