Skip to main content

TTC's Story #24 : Pil Hormon vs Pil Perancang

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Masih cerita 2016 yang lalu.

Bila keadaan haid setiap bulan masih tingtong-tingtong, memang mendatangkan tekanan jiwa. Rasa serabut, emosi, dan bermacam perasaan negatif yang muncul. Bila kepala otak dah serabut, jiwa dah kacau, terus ambil keputusan untuk rujuk klinik. Waktu tu pergi klinik berhampiran rumah. Janji dapat cakap-cakap dengan doktor. Tapi kali ni, aku ke klinik Sulaiman pula. Rupanya klinik tu doktor lelaki. Tapi dah sampai tu, cerita saja lah apa masalah yang membelenggu diri. Sebenarnya tukar klinik ni, untuk cari mood dan idea baru doktor. Teori aku, pergi banyak-banyak doktor, dapatlah banyak ilmu.


Kemudian doktor bagitau aku mungkin mengalami gangguan hormon. Ya, memang itu lah masalah aku waktu rujuk pakar sakit puan dulu. Klik SINI. Kemudian, doktor sarankan aku untuk betulkan haid dan kitaran haid dengan makan pil hormon. Kata doktor, pil ini berperanan untuk menyampaikan mesej kepada otak bahawa haid perlu keluar pada waktunya. Doktor minta aku cuba pil itu. Nampak menarik penerangan doktor, dan aku bersetuju untuk konsum pil hormon. Kalau tak ada penyelesaian, aku akan bertambah stress. Sekurang-kurangnya ada ikhtiar dan hati aku akan lapang.

Aku dah lupa nama ubat hormon tu. Doktor bagi tiga papan. Satu papan mengandungi 21 biji pil. 

Cara makan pil hormon :

  1. Bermula pada hari pertama haid
  2. Diambil pada waktu yang sama. 
  3. Dimakan sehingga 21 hari selama 3 kitaran haid. 
Kesannya :
Alhamdulillah. Aku kembali seronok. Haid aku tiga bulan tersebut memang cantik. Datang haid 7 hari, dengan kitaran 28 hari. Syukur, gembira tak terkata.

Tapi, selepas 3 bulan, dan berhenti makan ubat hormon, haid kembali tingtong. Setiap kali menghadapi masalah haid tidak stabil, kulit muka turut terkesan disekitar pipi dan dagu. Jerawat tumbuh meliar dan meninggalkan parut hitam. Aku kembali serabut otak dan jiwa kacau. Aku pergi lagi ke klinik yang sama. Tapi kali ni doktor ganti, perempuan. Aku ceritakan tentang hal itu dan aku bagitau yang aku nak ubat hormon yang sama. Nampaknya ubat tersebut serasi dengan aku. Doktor kemudian bertanya nama ubat tersebut. Silap aku juga tak ambil tahu nama ubat tu. Yang tahu, ubat hormon.  Doktor perempuan itu semak dalam sistem nama ubat yang telah dibekalkan kepada aku. Tapi malangnya, stok ubat tersebut telah habis di klinik. Doktor perempuan itu sarankan untuk aku mencuba ubat yang lain iaitu salah satu pil perancang. Katanya sama sahaja peranannya dengan ubat hormon yang aku makan. Mendengar nama pil perancang, aku agak kecewa. Walaupun pil perancang berperanan membantu stabilkan hormon, tapi aku ingin hamil. Pil perancang tersebut akan mencegah kehamilan. Sebab tu aku tak nak. Mana tahu kalau-kalau waktu tu ada rezeki aku nak lekat zuriat. Dan jauh di sudut hati aku pun memang aku menolak untuk ambil pil perancang.

Kaedah makan pil perancang sama dengan cara makan pil hormon. Mungkin juga pil hormon yang aku makan tu, salah satu daripada pil perancang. Wallahu'alam.


"Apa pun terpulang kepada diri sendiri. Tanyalah hati,kerana jauh di sudut hati Allah sedang menggerakknya memberi jawapan dan menemui ketenangan."




 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.

Comments

  1. Harap berhasil satu hari nanti.
    Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah, terima kasih sentiasa doakan saya.

      Delete
  2. tiasa berdoa kpd-Nya insya-Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, masih gigih berdoa dan berusaha. Terima kasih kak paridah.

      Delete
  3. kalau yang dah biasa kitaran haid teratur setiap bulan kalau tak period mesti rasa lain macam...
    akak dulu masa sakit sampai masuk hospital masa tu kitaran haid tak betul, 2 bulan tak period lepas tu bila masuk hospital seminggu keluar tu pun 2 bulan tak period, bulan ke3 baru keluar dah teratur semula... masa sakit tu memang tak menentu perasaan kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. setiap kali period tingtong dah macam2 perasan berbaur. tu yang kadang2 emosi tak menentu. heheheh...

      Delete
  4. Replies
    1. Ilmu seluas lautan. Mana yang tahu tu, lebih baik dikongsikan.

      Delete
  5. betul. apa - apa perubatan berbentuk chemical kebanyakannya tak sesuai untuk kehamilan.

    harap, period tak teratur tu; tak berterusan dan hidup kembali normal ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. sekrang masih meneruskan usaha, banyak dah perubahan positif yang terhasil.

      Delete
  6. Replies
    1. Terima kasih uncle! kembali bersemangat dah ni!

      Delete
  7. hanya mampu doa semoga usaha ss akan berhasil
    sis msk 40 an masalah period kadang2 timbul memang risau
    sb nanti emosi tak stabil duk fikir mcm2 he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn. terima kasih atas doa. Semoga sis juga sihat fizikal, mental n emosi. amiinn...

      Delete
  8. Alahai tertinggal cerita ttc sis. Ehee nanti free saya singgah lagi ye 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pergi kat label Sharing Is Caring. ADa TTC's Story semua dlm tu. heheh

      Delete
  9. dulu wak rasanya penah komen psl lama x dpt zuriat nih., tp xperlar, tkut ade org sentap plak.,

    anyway, kipidap dongibap ye cik semut., aminn

    ReplyDelete
  10. Perkongsian yang menarik.. Semoga dipermudahkan urusan Cik Semut dan semua yang sedang TTC . :)

    ReplyDelete
  11. Mungkin boleh dikongsikan nama ubat hormon tu. blh suggest dgn kawan2,kakak dan adik2 perampuan..hihi

    ReplyDelete
  12. alhamdlillah mama doakan semoga usaha ajan berjaya amin

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.