Skip to main content

Posts

Ibu dan Me Time

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Pagi-pagi hari Isnin ni ambil mood dulu sebelum masuk kerja. Tadi pagi, SS parking kereta sebelah kereta kawan. Nampak kawan masih ada dalam kereta sedang memerhatikan telefon pintarnya sambil tersenyum-senyum. Nampak jari telunjuknya ke atas, ke bawah, ke atas, ke bawah menyentuh telefon. SS keluar dari kereta dan mengetuk pintu kereta dia. "Jom! jom!" SS mengajak kawan masuk pejabat. Sambil tersenyum dia jawab "tengah me time ni." Sepanjang langkah kaki menuju pejabat, SS senyum-senyum fikirkan sesuatu. Ibu & me time. Sebagai wanita, SS yakin me time itu sangatlah penting demi mengimbangi emosi seorang wanita.  Kawan yang SS tegur tadi tu, dia merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. 2 perempuan dan seorang lelaki. Katanya dua kelahiran sebelum ni melalui pembedahan. Jadi, doktor sarankan dia untuk last pregnant. Jadi, dia memang gigih untuk dapatkan anak lelaki. Seingat SS dia banyak makan kacang. Kemu...

Wordless Wednesday #19

CELARU

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Dalam hidup ni selalu diberi pilihan. Nasi atau mee? Buah atau jus? Dzikir atau doa? Solat sunat atau mengaji? Kurung atau jubah? Jam atau gelang? Merah atau pink? Baik atau lagha?. Pasti yang baik perlu diutamakan. Perkara baik ni kadang-kadang kena paksa supaya biasa. Hati pun kena didik biar celik. Hari-hari tanpa perubahan, lama-lama beku fikiran. Hari ni emosional sikit, mungkin sebab stress fikir itu ini. Macam-macam persoalan yang datang dalam kepala. Tak terjawab semuanya. Doakan SS menemui jalan & beroleh ketenangan di saat buntu dalam kesesatan pemikiran. Google  Terima kasih meluangkan masa di blog ini. "It's Okay Not To Be Okay, kan?"

Help Me, Please.

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t...... I'm back! Setelah sekian lama mengintai waktu untuk menaip entri. Rasanya lepas ni kena set kt handphone laa. Boleh taip di mana saja berada. Sebenarnya banyak cerita untuk dikongsikan bersama tetapi kekangan waktu untuk meluangkan masa dengan laptop.  Satu saja permintaan ku dalam entri kali ini, boleh tak share macam mana kaedah rakan-rakan blogger sekalian menguruskan waktu untuk meluangkan masa bersama blog kesayangan masing-masing? Google Malam ni aku nak terjah blog rakan-rakan yang dah lama aku tak ziarah...  Terima kasih meluangkan masa di blog ini. "Ziarah-menziarah mengeratkan silaturrahim."

Kayuhan Santai

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Menghitung hari bila nak taip entri baru. Akhirnya dapat juga rezeki mengadap laptop dan menaip entri ini. Alhamdulillah. Mudah-mudahan dapat juga blogwalking ke blog sahabat-sahabat aku yang lain mengeratkan ukhwah. Kali ni nak jadikan kenangan tentang aktiviti kayuhan seorang aku. Cerita yang agak lapuk untuk aku menggamit kembali. Kayuhan santai. Tak lain tak bukan, cerita pasal kayuh basikal je puuuuunnnn. Sebenarnya aku ni bukanlah seorang yang suka ikut trend. Lebih-lebih lagi dalam arena sukan. Nak dijadikan cerita pasal aku berbasikal ni beginilah alkisahnya bermulaaa........ Program Kayuhan Santai 2020 yang aku join ini adalah salah satu program yang diadakan oleh jabatan aku, sempena meraikan sambutan Hari Malaysia. Niat asal aku, sekadar ingin menyokong program anjuran jabatan sahaja . Lagipun, setakat berbasikal pusing-pusing apalah sangat fikir. Chill saja-lah. Enjoy saja-lah. Aku memang tak ada basikal pu...

Very Simple Buttermilk Chicken

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Rasa seronok sebab hujung minggu kali ni, tak perlu kerja. Makanya boleh la berehat kat rumah. Tanya suami, nak menu apa hari ni. Katanya 'Buttermilk Chicken'. Memandangkan hujung-hujung gaji ni, menu buttermilk chicken tak jadi masalah. Kos bawah RM60.00 sahaja untuk kami berdua. Sekali masak, lunch sampai ke malam lauk yang sama. Suami pun tak cerewet makan. Alhamdulillah. Cuma kali ni, kami bercadang nak bagi lauk kat jiran sebelah. Jadi, belilah lebih sikit bahan-bahannya.

Kari Sardin Resepi Mak

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t...... Sekali lagi, semakin hari semakin rindu nak blogging . Tapi apakan daya. Tanggungjawab lain yang perlu diutamakan dan disegerakan. Makanya sebulan lebih aku sakit menanggung rindu. Idea ada, cerita ada, tapi banyak betul dugaan nak ambil laptop , buka blogspot dan menaip. Laptop ni, aku bawa ke hulu ke hilir dengan harapan dapat blogging waktu yang terluang. Tapi naaaahh, akhirnya dapat juga taip entri ni.