Skip to main content

Posts

Writer's Cut Time

Seperti biasa permulaan bacaan akan tenang, atau mungkin pembaca lain akan merasa bosan. Tapi bagi SS, teruskan meneroka karya ini dengan berhati-hati. Pasti ada sesuatu yang akan buat  SS  teruja. 

Birthday 2026.

Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran kepada Yang Maha Menciptakan.  Segalanya adalah milik DIA. Lahir pada 80-an,  Membesar pada 90-an,  Gila-gila pada 2000-an,  Mendewasa pada 2010-an,  Menuju redha Allah pada 2020-an dan terus berdoa agar Allah merahmati seluruh kehidupan dengan keberkatan, petunjuk dan kasih sayangNYA. 

Bahasa Melayu Jatidiri Bangsa Melayu.

Bahasa Melayu (BM) jati diri Melayu. BM bukan sekadar alat komunikasi, tetapi lambang identiti, warisan dan jiwa sesuatu bangsa.

JANJI

JANJI. . Semua orang boleh berjanji Tapi tak semua orang mampu tepati. . Setiap lafaz janji akan terpatri  Amanah yang menuntut haknya dipenuhi.

Mencari Gembira Dalam Kerjaya.

Mencari kegembiraan dalam pekerjaan adalah keperluan. Mendapat kegembiraan adalah salah satu terapi kehidupan. Sahabat pula mewarnai perjalanan. 🌹🐜

Cottage Pie Idea Untuk Port Luck

Cottage Pie ni ada Daging Kisar + Mashed Potato + Mozarella Cheese. Itu saja. SS ingat susah sangat buatnya. Tapi tak sangka senang saja rupanya. Sementara ada bahan-bahan utama dalam peti, SS lancar saja menu ini untuk pertama kali dalam hidup. Heheheheeeeee Kalau nak buat lagi, akan tambah baik dari segi penyediaan dan bahan-bahannya. Bahan-bahan : Kentang 5-6 biji dipotong dadu Butter 2 sudut besar  Susu full cream dalam setengah cawan Daging Kisar Bawang Holland dipotong dadu Tomato dipotong dadu Garlic powder Garam Black pepper Pelbagai herba (oregano/ Italian herbs/ paprica) Garam Cara Penyediaan : Mashed Potato : Rebus kentang sampai empuk, masuk garam. Apabila dah empuk, lenyek sampai lumat, masukkan butter , susu full cream , garlic powder , garam, black pepper , gaul semua sebati (ubahsuailah ikut rasa sesedap tekak masing-masing). Inti daging : Tumis bawang putih, masukkan daging Kisar, goreng sampai hilang airnya, masukkan bawang Holland, pelbagai herba (o...

Lebih Sedekad Krisis Air Di Selangor

Air merupakan perkara asas kehidupan. Kalau terjejas, memang akan terjejas jugalah rutin hidup. Boleh jadi stress dibuatnya.  Krisis air di Selangor ni memang boleh jadi cerita lagenda agaknya. Satu dunia tahu tentang permasalahan ini. Bukan sekali dua, tapi dah bertahun-tahun lamanya. Rakyat Selangor dah boleh jadi ninja angkut air setiap kali krisis ini berlaku. Allahu. APA PUNCA GANGGUAN AIR DI SELANGOR? 1.  Pencemaran Sumber Air Kegiatan industri dan pembuangan sisa yang tidak terkawal menyebabkan pencemaran di sungai-sungai utama seperti Sungai Selangor dan Sungai Semenyih. Contohnya, pencemaran bau pada 22 September 2022 di Sungai Gong yang mengganggu Loji Rawatan Air (LRA) Langat. Sumber 2.  Kelewatan Projek Infrastruktur Projek penting seperti LRA Langat 2 mengalami kelewatan yang ketara. Seharusnya siap pada 2019, namun hanya dijangka siap pada 2025. Kelewatan ini menjejaskan kapasiti rawatan air dan kestabilan bekalan. Su...

Resepi Ayam Bakar Lada Hitam Terpantas

Kot-kot laa tak ada idea nak masak untuk iftar, boleh laa buat resepi yang ringkas ni. SS biasanya masak ringkas-ringkas saja. 

Iftar 2025 Bersama Rakan Sepejabat di Hotel Shahzan, Kuantan

Officemate adalah keluarga kedua kita.  Seminggu ada 5 hari kita bersama mereka.  Sehari, lebih kurang 8jam bersemuka. 

18 Bahan dalam Resepi Hot Sour Soup Chinese Style

Kadang-kadang bosan asyik menu sama saja. Tiba-tiba teringat menu yang selalu makan kat hotel bila ada event yang menghidangkan menu Chinese Style. Salah satu yang SS suka Hot Sour Soup dan Ikan celup tepung masam manis. Jadi, kali ni SS cuba masak Hot Sour Soup Chinese Style untuk pertama kali. Alhamdulillah. Habis juga seperiuk makan dengan suami. Satu menu ni saja dari tengah hari sampai ke malam. 

PAKEJ HAJI SWASTA PREMIUM DI MKM TICKETING TRAVEL & TOURS

Petang tadi dapat video di aplikasi WhatsApp daripada mak yang sedang mendaki Gua Hira’. Mak kelihatan seronok dapat tengok dengan matanya sendiri keadaan ruangan tempat baginda Nabi Muhammad SAW menyendiri dan bermunajat. Kami adik-beradik yang tengok video pun turut sama rasa dekat dengan kebesaran Allah. Masya-Allah. Itu baru sebahagian daripada mengerjakan ibadah umrah. Bayangkan kalau dapat menunaikan rukun Islam kelima, Allahu, pasti tiada perasaan yang mampu menandingi salah satu kebahagiaan kita di dunia ini.

Sahabat Tadabbur Kuantan di Madrasah Al Jaffar

Alhamdulillah, pertama kali sertai kelas tadabbur November lepas. Jumpa pengumuman di Thread. Kemudian sertai Whatsapp group . Pengasasnya adalah Fatin Suhana seorang blogger suatu ketika dulu. Sekarang, beliau dah buka butik dan kelas tadabbur juga diadakan di butiknya. Tercetus untuk beliau untuk kongsi rezeki ilmu ini namun kawasan butiknya tidak cukup besar untuk adakan kelas yang lebih besar maka setelah berbincang dengan suami dan keluarganya beliau dapat kerjasama dengan Madrasah Al-Jaffar. Tapi tempat terhad, kalau tak silap SS dalam 150 orang sahaja. Kena isi Google Form . Mereka ada umum dalam group tapi kebiasaannya SS akan buka group bila lapang. 

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMPSA 1446H.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMPSA 1446H kali ni kami mengenakan tema 'blackpink'. Sebenarnya   tak beli tak beli baju baru pun. Masing-masing sibuk dengan tugasan hakiki dan gelanggang. Maklumlah kami di Pusat Sukan & Kebudayaan. 

JIHAD EKONOMI PALESTIN BERSAMA AL'ARD

JIHAD EKONOMI PALESTIN Jihad berasal dari perkataan Arab ‘jahada’ bermaksud usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredhai Allah dalam perbagai cara. Jihad juga bermaksud penentangan terhadap anasir-anasir yang ingin merosakkan negara. Selain itu, peperangan suci melawan orang kafir kerana mempertahankan agama Islam juga adalah jihad. Gabungan definisi ini jelas bahawa jihad itu adalah sebuah kecekalan perjuangan menegakkan perkara yang benar bagi mendapat keredhaan Allah S.W.T. Kita semua sedia maklum peperangan di bumi Palestin. Selain jihad memboikot produk-produk zionis, kita juga boleh memperkukuhkan ekonomi Palestin melalui produk-produk keluaran bumi anbiya’ (para nabi) itu. Ini juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial umat Islam untuk membantu sesama Muslim. Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang banyak harta adalah orang-orang yang sedikit (kebaikannya) pada hari kiamat kecuali orang yang diberi harta oleh Allah lalu di...

Chocolate Fudge Cake by Secret Recipe Dari Boss

Terima kasih daun keladi... Tengahari tadi boss call tanya ada kat office tak? SS jawab SS keluar makan. Katanya nak hantar barang. Pelik juga, barang apa. Tak ada pula SS nk bertanya. Tup tup haaaa.... Inilah barangnya...  Terima kasih boss, semoga Allah limpahkan rezeki boss SS. Alhamdulillah, kongsi rezeki dengan kawan-kawan pejabat. Gigih cari bekas risau kek cair... 🤤  Sedap wehhh, keknya.  Masuk senarai SS-lah kek ni. Chocolate Fudge Cake -namanya. SS tak pernah makan lagi. Tapi... Lagi sedap bila boss belanja kaaannn? 🤭🤭